Lab 11 Full Lift Shampoo Dan Soft Mask : 2 Produk Terbaik Bagi Penyelesaian Kepada Masalah Rambut Yang Wajar DiMiliki | Rambut merupakan aset paling penting bagi setiap dari kita tak kira wanita mahupun lelaki. Buat wanita, rambut adalah mahkota yang harus dijaga kerana kalau rambut kita bermasalah memang akan buat kita rasa rendah diri. Bagi wanita berhijab walau tiada siapa yang nampak rambutnya tetap akan rasa tertekan bila rambut bermasalah seperti rambut gugur, rosak, masalah kelemumur dan maslah rambut berbau hapak peluh selepas seharian dilitupi tudung. Inilah kebenarannya dilema setiap dari kita dan pastinya semua orang pernah merasainya kan.

"When you find a shampoo that smells amazing and gives you the best hair of your life, you should grab on and never, ever let go"

Dilema jiwa Umi gara-gara masalah rambut gugur berakhir bilamana baru-baru ini Umi diperkenalkan dengan 2 produk  dari LAB 11 iaitu Full Lift Shampoo & Soft Mask yang sangat menarik, tanpa pewarna tiruan, tanpa bau, MIT/CMITT, 100% ekstrak semulajadi dan mengandungi 100% ekstrak minyak pati asli.


  • LAB 11 Full-LIFT Shampoo (300ml) mengandungi ekstrak semulajadi dari daun selada yang membekalkan kandungan sulfur yang tinggi, zink dan magnesium kepada rambut.  Ini akan menguatkan akar rambut, menjadikan folikel rambut lebih tumpat supaya rambut kelihat lebih penuh.  Rambut akan lebih ringan selepas pengunaan syampu dan tampak lebih tebal.  Gandingan buah limau, oren, daun pudina serta minyak kayu putih yang terdapat didalam LAB 11 Full-LIFT Shampoo ini akan membuat rambut lebih segar dan sihat apabila  kaedah mengurut kulit kepala ketika kita menggunakannya.

  • LAB 11 FULL LIFT Soft Mask (250ml) adalah perapi yang cukup sempurna selepas rambut dicuci dengan syampu. Mengandungi pati minyak argan, minyak zaitun dan asid amino, penggunaan perapi (soft mask) ini bagi menambah, menghidrat dan untuk pengstrukturan rambut bercabang, rosak dan mengurangkan rambut mengerbang dan statik.  Kandungan extrak daun selada akan menguatkan akar rambut dan menyegarkan rambut untuk nampak lebih lebat sementara kandungan Vitamin E yang tinggi di dalam  Minyak Argan Morocco akan menganjalkan rambut, melindungi folikel rambut, memperbaiki serta membuat rambut lebih menyinar keseluruhannya.

Dah tahu apa kandungan istimewa dalam setiap produk LAB 11 tu, jom kita kenali apakah fungsi dan kegunaan setiap bahan yang terdapat didalamnya yang membuatkan produk ini cukup istimewa dan berlainan berbanding produk yang sediaada di pasaran.


  • Daun Selada Air (Watercress / Nasturium Officinale)
Pohon jenis akuatik yang sangat tinggi dengan Vitamin C yang membantu menguatkan akar rambut, mengembalikan kesihatan rambut serta memberi rambut yang sihat, teguh dan lembut

  • Minyak Jarak (Castor Oil /Ricinus Communis)
Kaya dengan asid lemak Ricinoleic dan Omega-6 yang berfungsi membantu nutrien menyerap lebih cepat ke kulit kepala, mengurangkan kadar keguguran rambut, melembap, menghitamkan dan menebalkan rambut.

  • Minyak Argan (Argon Oil / Argania Spinsosa Kernel Oil)
Memang tidak dinafikan kebaikan Minyak Argan yang berfungsi memulihara rambut dan membaiki kerosakan, mengembalikan penstrukturan rambut agak tidak bercabang, mengurangkan kadar keserabutan rambut supaya rambut lebih mudah dibentuk, memperbaiki dan mengekalkan nutrisi pada rambut supaya rambut nampak berseri.


  • Pati Minyak Pudina (Peppermint Essential Oil / Mentha Piperita)
Berfungsi untuk meningkatkan peredaran darah di sekeliling kulit kepala, mengurangkan kadar keguguran rambut disamping menggalakkan pertumbuhan rambut dan memberi kelembapan kepada kulit kepala yang kering.



  • Pati Minyak Kayu Putih (Eucalyptus Essential Oil / Eucalyptus Globulus Leaf)
Meransang folikel rambut, mengurangkan kegatalan pada kulit kepala, menggalakkan pertumbuhan rambut serta memberikan ruang kepala kulit untuk pertumbuhan rambut yang lebih ideal.



  • Pati Buah Limau (Lime Essential Oil / Citrus Aurantifolia)
Seperti umum tahu, buah limau sering digunakan untuk menghilangkan kelemumur, mengurangkan kegatalan kulit kepala dan ia juga boleh mengeluarkan minyak pada rambut serta mengekalkan kelembapan kulit kepala kulit dari dalam.


  • Pati Buah Oren (Sweet Orange Essential Oil / Citrus Sinensis )
Bahan penting untuk melawan kemurungan, merangsang pertumbuhan rambut dan menjadikan rambut berkilat dan mengurangkan kelemumur.


Nak rambut cantik dan segar, jom ikuti langkah mudah menggunakan produk dari LAB 11 Full-LIFT Shampoo dan perapinya LAB 11 FULL LIFT Soft Mask.  Cukup mudah dan ringkas sama sama seperti pemakaian syampu jenama lain tapi hasilnya memang terbaik.



4 Langkah Mudah Menggunakan  LAB 11 FULL-LIFT Shampoo



  • Sikat rambut supaya ianya terurus
  • Basahkan rambut sepenuhnya kemudian picit sedikit syampu dan sapukan ke atas rambut
  • Ratakan syampu ke seluruh rambut hingga ke kulit kepala sambil mengurut kulit kepala, jangan terlalu kasar.  Ulangi jika dirasakan perlu
  • Gunakan tuala untuk mengelap rambut dengan lembut dan akhir sekali guna mesin pengering rambut bermula dari atas hingga ke bawah bagi memastikan teksturrambut tidak rosak 

4 Langkah Mudah Menggunakan LAB 11 FULL-LIFT Soft Mask



  • Keringkan rambut dengan tuala sesudah di syampu
  • Ambil sedikit FULL-LIFT Soft Mask dan sapu ke rambut dengan rata hingga ke hujung rambut
  • Guna sikat rambut dan sikat untuk memastikan rambut tidak bersimpul 
  • Biarkan selama 2 - 4 minit sebelum dibasuh dengan bersih

PANDANGAN PERIBADI SELEPAS PENGUNAAN PRODUK LAB 11 FULL LIFT SHAMPOO & SOFT MASK:



Serius best! rambut Umi jenis kering dengan urat rambut yang halus tapi lebat jadi memang mudah bersimpul.  Masalah rambut gugur pun dah semakin merungsingkan dan memang agak berkira dan fikir dua hingga tiga kali bila nak mencuci rambut sebab setiap kali rambut dicuci pastinya rambut pun sama luruh tu tak masuk kes bila nak menyikat rambut, tersangat banyak yang melekat kat sikat..mana tak sakit jiwa hehe tu belum lagi kes bila rambut kering, rambut akan jadi kembang...alahaii bertambah bebanan jiwa kan.

Nampak ngeri kan dengan kadar keguguran rambut yang tahap maksimum tu. Mujur selepas guna Lab II Full Lift Shampoo & Soft Mask ni rambut Umi lebih nampak sihat dan kurang gugur dan yang paling best kegatalan kepala pun dah hilang.  Gambar 1 tu masa hari pertama gunakan syampu Lab 11. gambar 2 - rambut gugur semakin kurang sewaktu disikat dan gambar 3 tu menunjukkan bahawa produk Lab 11 ni memang sesuai digunakan sebab kadar rambut gugur hampir tiada.  Alhamdulillah, dah tak risau untuk basuh rambut selalu dan yang pasti bila  pakai tudung pulak memang tak risau dok tergaru-garu atau rambut berbau sebab masalah dah selesai dengan kombinasi Lab 11 Full Lift Shampoo dan Soft Mask ni.


Jadi sesiapa yang masih dok mencari dan tercari-cari syampu untuk masalah rambut tu, apa kata cuba produk Lab II Full Lift Shampoo & Soft Mask dan rasainya kelainan dan kehebatannya sesuai untuk rambut beruban, rambut gugur mahupun bagi yang mempunyai masalah kurang rambut.


Lab11 International Sdn Bhd (1288754-D)

Laman Sesawang

No Telefon
04-281 0861


Alamat
17, Lebuh Sungai Pinang 3, Nautilus Bay, 11600 Penang.


Brand LAB 11 is a creation of a team of experienced hair and beauty experts from a Malaysia based company, Global Story that has been one of the industry market leader with 18 years of experience and service to millions of customers across the country.

Accomplishment of main company, Global Story with 11 Hairstory saloon branches, 1 Global Story Academy, 2 Sugar Nails saloons, 2 Facestory outlets along with the research and belief that age 11 is the best start to hair beauty had let LAB 11 into the path for the provision of beauty solution.

Along with Global Story's vision to instil beauty and confidence in people from all walks of life, LAB 11 is featured to be a platform that offers series of hair and beauty products varying from head to toe.