Tips Mengenali Personaliti Seorang Lelaki Yang Baru DiKenali Melalui Gigi | Gigi yang putih dan cantik pasti akan membuat senyuman kita sangat menawan menawan pasti dipengaruhi oleh bentuk gigi seseorang.  Adakah bentuk gigi lelaki menggambarkan personaliti dirinya? Ni yang UF jumpa dalam draf sekian lama yang pasti tak lapuk dan mungkin boleh diguna pakai TAPI jangan terus percaya sebab pemerhatian ni mungkin tak ada betulnya dan mungkin ada betul jugak.   Good luck la ya


Image result for jensen ackles smiles
agaknya gigi Jensen Ackles ni yang mana satu kot - sumber Google

Bersaiz Sederhana dan Rata
Merupakan bentuk gigi yang teratur dan  cantik.  Mereka yang memiliki bentuk gigi sebegini adalah seorang yang baik hati dan suka menolong.  Kalau ada yang minta bantuan pasti tidak akan dikecewakan.  Sebenarnya mereka ini ingin sentiasa membahagiakan orang lain.

Besar dan Jarang
dikatakan mempunyai sifat iri hati dengan kejayaan orang lain.  Selain itu, sifat negatif individu yang mempunyai bentuk ini, dia seorang yang keras kepala.  Mereka ini sanggup melakukan apa saja demi memastikan apa yang dikehendaki itu tercapai

Jongang dan Kecil
jangan ingat semua orang yang gigi ke depan itu tak cantik.  Ada juga yang masih kelihatan manis dan cantik.  Sekiranya giginya berbentuk agak jongan dan kecil, bermakna dia boleh bertolak ansur dengan orang lain, keras kepala bertempat dan masih boleh dibawa berunding

Jongang dan Besar
Lelaki yang mempunyai bentuk gigi seperti seorang yang bermulut celupar.  Mereka mudah mengeluh dan tidak pernah puas hati dengan apa yang telah dimiliki.  Sikap itu ada positifnya kerana mereka mudah menempa kejayaan dan asentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik.. Selain itu, mereka seorang yang agresif dan ringan tulang


Tidak Tersusun
Biarpaun bentuk giggi tidak cantik namun hati budinya amat memahami.  Tidak rugi menjadikan mereka ini sebagai taempat meluahkan peasaan keana mereak sentiasa mendengar dan memberi nasihat.  Mereka juga berpengetahuan luas biarpun sikap kebudak-budakan kadangkala merimaskan tetapi mereka pandai membahagiakan orang lain

Masuk ke Dalam
Bila diperhatikan, struktur giginya seakan-akan ke dalam.  Ia menandakan bahawa mereka seorang yang pemalu dan suka menyembunyikan sikap sebenar diri tapi agak pasif.  Mreka ini bersikap pendiam dan tidak begitu pandai bergaul dengan orang lain dan mereka cukup pandai menyimpan rahsia

Kecil dan Tersusun
selalunya berwajah keanak-anakan dan tampak semakin menarik dengan gigi yang kecil dan tersusun indah.  Mereka yang memiliki gigi sebegini dikatakan suka menolong orang dan boleh dipercayai percakapan mereka

Jarang dan Kecil
Dikatakan suka menilai orang lain.  Sering tidak suka pada pandangan orang terhadap mereka, tidak suka dikritik  orang lain dan tidak suka mengalah walaupun membuat kesilapan.
 
Agak-agak ada tak antara kawan-kawan kita yang macam dalam mana-mana kategori tu.  Lepas baca ni jangan dok asyik tengok gigi orang dah la ya.