Sejak terjebak dengan kesukaan anak-anak, Kaison adalah antara tempat yang menjadi kegemaran UF sendiri bila ke Melawati Mall dan Kaison ni terletak di L4 (tingkat 4).  KC Iman adalah orang yang paling teruja bila kesini sebab dia memang minat bila bab dekorasi rumah dan bilik.

Kaison merupakan jenama Malaysia yang menjual pelbagai bentuk barangan untuk dekorasi rumah, hadiah dengan harga yang sangat berpatutan. Dah la murah, cantik dan terkini..jadi siapa tak keruan kan! Siapa yang dah ada rumah sendiri tu lagilah seronok nak hias bagai kan.  Kalau teringin bina rumah di kemudian hari, best baca ni




Memang rambang mata kalau ke sini, mana taknya segala barangan keperluan antaranya barangan hiasan bilik tidur, ruang tamu, dapur


Kalau cikapplepie memang suka sangat kat bahagian ni yang penuh dengan pelbagai barangan untuk membuat props untuk hari lahir, perkahwinan dan macam-macam lagi


Kalau para ibu dan sesiapa yang suka bunga, ruangan ni pasti menjadi tempat yang lama sambil berfikir bunga ni nak letak kat mana? nak ganti yang lama atau boleh buat hiasan gubahan perkahwinan atau jugak letak kat pelamin..ahhh pening nak pilih ahh


Bukan anak-anak saja yang akan teruja kat bahagian ni, mak-mak pun jugak tau sebab pelbagai softtoys yang kecil dan besar yang sedap untuk dicuddle ada kat sini.  


Lagi antara bahagian yang buat mak-mak akan ralit membelek, ambil letak, ambil letak sebab pegang yang satu, nampak yang lagi satu cantik, akhirnya masuk bakul 2 ke 3 barangan...haru kan


Dari jauh pun dah boleh buat hati keseronokan untuk jengah, apatah lagi kalau dah masuk hehe


Kalau jalan-jalan ke sini memang tak sah kalau tak membeli apa-apa, paling tidak dua tiga barang yang akan masuk bakul.  Siapa tak teruja dengan semua barangan yang cantik dan comel sampai tak sedar dalam bakul dah penuh.

Nanti kalau ada masa UF akan tunjuk apa barangan yang dibeli dan untuk apa dan untuk bahagian rumah yang mana.

Kaison Menjadi Lokasi Membeli Belah Barangan Dekorasi Rumah

Oh ya, Kaison pun terdapat di beberapa buah negeri yang lain dan di Johor dah ada tiga cawangan antaranya di Aeon Tebrau City, klik kat SINI dan Kaison Online juga memudahkan kita shopping selain kita boleh melayan diri kat cawangan yang berdekatan..lebih syiok kan.  Ehh..dah mula mencongak untuk memborong untuk tukar apa yang dah lama dengan yang baru dan tambah apa yang kurang kat dalam rumah ke tu?