Rezeki Tahun 2019 Dan 5 Sebab Kenapa Umi Kembali Bekerja | Rezeki Tahun 2019 Dan 5 Sebab Kenapa Umi Kembali Bekerja | Alhamdulillah, 11 Februari 2019, tarikh yang cukup indah untuk UF kenang dan hari ni cukup seminggu UF balik bekerja selepas hampir setahun menternak lemak dan menjadi surirumah sepenuh masa disamping menjadi kawan borak untuk mak.  


Syukur kerana di usia masuk 5 series ni masih laku dan masih diberikan peluang untuk mencari rezeki buat keluarga.  Mesti ada yang bertanya "eh bila nak pencen?" hehe Mungkin 5 tahun lagi kalau ikut perancangan supaya syarikat yang sudi menggajikan UF ni berjaya..tapi ramai yang cakap kalau dah dalam aliran pelancongan ni tak ada istilah pencen..hehe. Pada orang lain mungkin, tapi pada UF tidak kot..nak rehat, nak jaga cucu..hehe. InsyaAllah.  Kita dah diberikan amanah, jadi tanggungjawab kita untuk memberikan yang terbaik kan!


masih bersih lagi meja sebab UF dengan Developer tengah test run platform


Kenapa UF balik bekerja sedangkan UF boleh jadi blogger sepenuh masa?

Pertama, anak-anak UF ada tiga orang yang sedang melanjutkan pelajaran di IPTA dan mereka tak mengambil sebarang pinjaman pelajaran, jadi duit poket minggun serta rumah sewa adalah ditanggung oleh PA & MA. Ketiga-tiga mereka dapat hostel tapi cuma KY yang duduk rumah sewa sebab penginapan yang pihak uni sediakan agak jauh untuk dia berulang alik jadi nak atau tidak kena la cari rumah sewa yang berdekatan.


antara ruangan bekerja sebelum sampai ke bilik UF la

Kedua..UF mencuba nasib berdasarkan pengalaman yang tak seberapa dan kalau dapat pastinya dapat membantu DH kan dan boleh la UF selesaikan hutang kad kredit dan beberapa isu yang berkaitan dengan syarikat lama. 


ruangan santai yang boleh digunakan sesambil buat kerja dan pantry yang berkonsepkan terbuka

Ketiga..UF tak mampu menjadi blogger sepenuh masa sebab pendapatan yang tidak menentu dan rasanya banyak persaingan dengan yang lebih muda..hehe bukan sebab tu juga sebenarnya tapi apa yang UF nampak ada yang lebih negatif pada sesetengah mereka dan sikap suka menikam dalam baik. 


Apa pun biarlah rahsia ni UF simpan seorang diri dan kenal pasti mana kaca dan mana permata. Mungkin UF belum cukup ilmu dalam bidang penulisan dan menonjolkan diri serta belum cukup bijak meng'influence' orang sekeliling.  Belum opportunist hebat lagi!


deretan pokok menghiasi sebagai penghadang ruangan kerja dengan pintu masuk


Keempat..Alhamdulillah UF berjaya buktikan usia bukan penghalang untuk kita mendapat pekerjaaan seperti mana yang kita hendak, yang penting kita kena pastikan kita sihat dan cergas serta gunakan kepandaian serta kebolehan dan pengalaman yang kita ada.


Coffee Machine yang setiap pagi menyediakan kopi yang dikisar yang buat Ayong Azmer teruja sebab dia target nak beli mesin ni


Kelima..tahun 2018 bukanlah tahun yang cukup baik sebab banyak perkara yang berlaku dan tahun itu juga abah menemui Penciptanya dan meninggalkan mak dan kami adik beradik dan UF cuba ada untuk mak, jadi teman berborak, jadi teman makan dan bantu apa yang perlu supaya mak tak rasa kesunyian.  Bohong la kalau kata mak dah ok, tidak sepenuhnya tapi yang pasti dia dah boleh terima kenyataan.


laluan untuk ke ruangan kerja UF yang mana UF akan duduk menelaah kerja sambil berbincang dengan Developer


Berbalik pada kerjaya UF ni sekarang, ada la lebih kurang macam kerja dulu, masih dalam industri yang sama iaitu pelancongan tapi pasaran yang lebih "niche".  UF diberi tanggungjawab untuk menguruskan pengembangan perniagaan ala kalau dalam bahasa Inggerisnya Business Development.  


Kenapa UF beralih tugasan? sebab tugasan ni lebih mencabar tapi masih lagi ada persamaan iaitu UF perlu berjumpa orang berbincang pasal usahasama dan seterusnya mengikat perjanjian kerjasama dengan syarikat dan gaji yang ditawarkan sangat menarik walau sahabat dari bidang yang sama tak berani nak gajikan UF sebab tak mampu kata mereka...ehh negotiable and flexible kita tau..hahaha


UF dapat tahu ramai jugak yang datang untuk temuduga dan pastinya mereka ni yang punya kelulusan lebih dari UF la kan tapi rezeki dah ditentukan oleh Allah swt, jadi jawatan ni menjadi milik UF.  Malahan kata CEO, pengalaman dan kredibiliti UF tu adalah faktor la...dalam dok sengih tu risau jugak sebab kepercayaan yang diberikan tu bukan kecil tau.


Diharap dan doakan UF terus cemerlang dan dapat menjalankan tanggungjawab dengan hebat  dan membuahkan hasil seperti mana yang pihak syarikat inginkan dan UF harap dapat mencari calon yang terbaik untuk menggantikan UF bila tiba masa untuk UF mengundurkan diri.


Banyak lagi tau nak cerita, tapi nanti ada sambungan ceritanya nanti. 

Selamat malam!