Rambang Mata Dengan Makanan Laut Segar Di Sungai Besar | Menjemput Cik Meya bercuti semester tempohhari (26 April 2019) bukan sekadar menjemput tapi ditambah dengan misi membeli makanan laut dan untuk itu bersiap dengan bekas putih untuk mengisi ikan.  Alhamdulillah kali ni mak pun turut serta walau awal tu mak macam tak nak sebab tak berapa sihat.


Usai menjemput dan singgah ke gerai menjual kerepek (acara wajib! hehe), perjalanan diteruskan mencari ikan segar!  DH berdecit la jugak bila tengok kakak yang meniaga ikan kat tepi jalan menghala balik KL tak meniaga tapi mujur laluan ke arah perkampung nelayan (lupa nama jalan tu) tapi bila ditanya peniaga dia sebut Pasar Sungai Haji Dorani.


Memang rambang mata dan teruja, mana taknya makanan laut segar ni baru naik dari laut. Macam kat Kedah, kampung DH pun selalu juga tengok ikan segar tapi kat sini ada pelbagai jenis ikan dan ketam dan makanan lauk yang bercengkerang.  Dek sebab teruja tu lupa nak ambil gambar tapi layan buat live..hehe.  

Apa yang menarik di Sungai Besar, baca SINI


Dan inilah hasilnya tangkapan kami suami isteri yang teruja sampai jari DH kena sepit dek ketam yang masih mengeletis mencari mangsa..hehe

Seafood Sungai Besar
Rambang Mata Dengan Makanan Laut Segar Di Sungai Besar

Pertama kali tengok siput ni yang agak pelik la juga.  Kata peniaga tu namanya siput kijing (bahasa Jawa rasanya) dan kalau dimasak jangan kacau terlalu kuat sebab cengkerang dia rapuh. Ada juga yang memanggilnya remis dan mungkin ada nama lain jugak.


Rambang Mata Dengan Makanan Laut Segar Di Sungai Besar

Kepah! giler tak suka !!


Rambang Mata Dengan Makanan Laut Segar Di Sungai Besar

ikan sebelah atau dikenali dengan nama ikan sisa nabi yang memang bukan asing lagi sebab kalau balik Kedah, ada je ikan ni. Memang rupa tu agak pelik tapi ikan segar baru naik dari laut kan


Rambang Mata Dengan Makanan Laut Segar Di Sungai Besar

ikan tengkerong ni memang biasa ada di Pasar Dato Keramat atau kat mana-mana pasaraya tapi DH tetap akan ambil sebab ikan baru haruslah rasanya manis.


Rambang Mata Dengan Makanan Laut Segar Di Sungai Besar


ikan sembilang laut yang sedap buat gulai dengan timun kuning. Memang kalau ada tak sah tak ambil tapi ambil 2 ekor jer sebab kena fikir storage jugak


Rambang Mata Dengan Makanan Laut Segar Di Sungai Besar


ikan pelaling dari kumpulan ikan kembung atau mackerel pun sedap kalau buat laksa..ehh tapi kami beli tak sampai sekilo sebab storage jugak

Rambang Mata Dengan Makanan Laut Segar Di Sungai Besar

udang kertas yang pastinya sedap la dengan harga kalau tak silap RM28 sekilo..giler murah!

Rambang Mata Dengan Makanan Laut Segar Di Sungai Besar

udang lipan yang masih menguit-guit..hehee tapi tak beli sebab tak sanggup tengok rupanya walau DH dan peniaga tu cakap sedap dan manis..aihhh tak sanggup

Selain dari tu kami pun beli ketam sampai dua jenis, baby crab yang enak digoreng bercili bak kat peniaga dan ketam besar untuk dibuat masak lemak cili api.

Lauk pauk dari makanan laut yang segar ni pun dah selesai habis stok dan masih tak sempat nak up masakan tapi InsyaAllah, esok la kot dan jangan lupa nanti jemput baca resepi simple dari saya lagi ya.

Apa yang dihajati dah dapat jadi lepas tu kami ke misi mengisi perut pulak dan kami berhenti di kedai Faridah Mentarang Bakar

Rambang Mata Dengan Makanan Laut Segar Di Sungai Besar

mentarang masak lemak cili api yang cukup rasa, manis rasa isinya khas untuk mak yang tak pernah makan mentarang lagi.


Rambang Mata Dengan Makanan Laut Segar Di Sungai Besar
lauk pilihan yang cukup simple dengan mentarang, ikan siakap masam manis, kangkung goreng belacan yang so-so jer rasanya..ehh batang kangkung goreng belacan..hehe

Rambang Mata Dengan Makanan Laut Segar Di Sungai Besar
Alhamdulillah, mak suka lauk pauk yang kami pesan dan banyak jugak la mak makan sambil tak habis-habis cakap sedap rasa mentarang yang pertama kali mak makan.  Tapi saya sebenarnya lebih suka mentarang dimasak tumis air macam dibuat oleh arwah mertua dan nanti nak cari gambar dan up resepi mentarang tu...memang terbaik rasanya!

Rambang Mata Dengan Makanan Laut Segar Di Sungai Besar

Pelbagai makanan eksotik ada kat sini, tak perlu risau tapi kalau yang tak mampu nak rasa, tengok jer la orang lain makan heee

Rambang Mata Dengan Makanan Laut Segar Di Sungai Besar 
Rambang Mata Dengan Makanan Laut Segar Di Sungai Besar


 Jadi sesiapa nak mencuba boleh la ke sini okay

Rambang Mata Dengan Makanan Laut Segar Di Sungai Besar

Kata DH kawan dia pun nak ke sana menyopping makanan laut segar macam kami dan kalau dia pergi pastinya saya pun ikut jugak kan tapi kali ni dengan misi lebih besar..apa misi tu? hehe biarlah rahsia!