blog.iamfuzy™ Lifestyle Blog

Lifestyle Blog

September 13, 2019

10 Perkara Isteri Harus Elakkan Agar Tidak Menderhakai Suami

10 Perkara Isteri Harus Elakan Agar Tidak Menderhakai Suami | Terkadang tu kita tanpa sedar melakukan perkara yang boleh menjurus kita berdosa atau menderhakai suami mana taknya banyak perkara yang biasa kita buat sewaktu masih bujangan dan berlanjutan hingga dah berkahwin.  Mungkin si suami bimbang untuk menegur dan mungkin juga si suami mengharap si isteri akan sedar sendiri agaknya tapi sebaiknya tegurlah dengan cara berhemah tanpa membuat siisteri berkecil hati.

sumber Google

Seorang perempuan amat mudah mendapat pahala apabila berkahwin dan paling mudah mendapat dosa bila mereka tidak memahami erti perkahwinan yang sebenar.  Perkahwinan adalah penyatuan dua insan (lelaki dan perempuan) yang menerima seadanya sesama mereka dan memperbaiki segala keburukan serta bertoleransi bersama.  Namun ada isteri yang tidak perasan dan tidak sedar kesalahan yang telah kita lakukan tapi bukan semua kesalahan boleh harus ditanggung oleh isteri kerana tanggungjawab suami adalah untuk memberi tunjuk ajar. Wallahualam

Antara kesalahan yang kita tak perasan yang cukup mudah terjadi dan saya sendiri pernah lalui di antara perkara-perkara di bawah. Semoga kita terus menjadi isteri yang diredhai. InsyaAllah

1. Bila dipanggil oleh suaminya ia tidak datang
"Apabila suami memanggil isterinya ke tempat tidur, ia tidak datang nescaya Malaikat melaknat isteri itu hingga ke subuh" - (HR Bukhari Muslim)


2. Membantah suruh/perintah suami
"Siapa sahaja isteri yang tidak berbakti kepada  suaminya maka ia mendapat laknat dari Allah dan Malaikat serta semua manusia" (Hadith)


3. Masam muka terhadap suami
"Mana-mana perempupan yang bermasam muak di hadapan suaminya bererti ia di dalam kemurkaan Allah hingga ia senyum kepada suaminya tau ia meminta keredhaannya" (Hadith)


4. Jahat lidah/mulut terhadap suami
"Dan ada a4 golongan wanita yang akan dimasukkan ke dalam negara (di antaranya) ialah wanita yang kotor/jahat lidahnya terhadap suaminya" (Hadith)


5. Membebankan suami dengan permintaan yang diluar kemampuan suaminya


6. Keluar ruman tanpa izin suaminya
"Mana-mana perempuan yang keluar rumahnya tanpa izin suaminya ia akan dilaknat oleh Malaikat hingga ia kembali" (Hadith)


7. Berhias ketika suaminya tiada di sampingnya
"Janganlah perempuan-perempua itu menampakkkan perhiasannya melainkan untuk suaminya" (Surah An-Nur : ayat 31)

8. Menghina pengorbanan suaminya
"Allah tidak akan memandang (benci) mana-mana prempuan yang tidak berterima kasih di atas pengorbanan suaminya sedangkan dia masih perlukan suaminya:


9. Membernarkan masuk orang yang tidak diizinkan suaminya ke rumah
"Jangan benarkan masuk ke rumahnya melainkan yang diizinikan oleh suaminya (Hadith)


10. Tidak mahu menerima tunjuk ajar dari suaminya.


Semoga perkongsian ini dapat mengingatkan kita supaya berubah ke arah kebaikkan.  InsyaAllah.

copypaste dari perkongsian sahabat 

2 comments:

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!