blog.iamfuzy™ Lifestyle Blog

Lifestyle Blog

January 13, 2020

Malam Malam Di Restoran Sumpit-Sumpit Pekan

Malam Malam Di Restoran Sumpit-Sumpit Pekan | Memang tak sangka rupanya restoran yang kami tengok sewaktu melalui jalan ni merupakan restoran masakan Sunda salah satu hidangan masakan Indonesia dari suku Sunda yang berasal dari Jawa Barat, Indonesia.  Pasti ramai yang tidak mengenali atau mungkin sukar untuk membezakan antara masakan Sunda dan masakan Minang semestinya cukup dikenali bagi kebanyakan dari kita.

Kalau nak merasa masakan Sunda di Rumah Makan Cibiuk, baca di SINI

Kalau di Kuala Lumpur, sesiapa yang ingin menikmati masakan Sunda, pergi saja ke rangkaian Restoran Cibiuk yang akan menyajikan pelbagai masakan Sunda antaranya Nasi Timbel yang mana nasinya dibungkus dengan daun pisang, Nasi Liwet, Nasi Tutug Oncom, Karedok, Bakakak Hayam dan banyak lagi. Nak tahu lebih lanjut boleh baca SINI

Malam Malam Di Restoran Sumpit-Sumpit Pekan

Malam Malam Di Restoran Sumpit-Sumpit Pekan
Apa yang menariknya restoran ini selain masakan Sunda, restoran yang nampak cukup mewah dan ekslusif ini turut menyediakan masakan Western sebagai pilihan buat pengunjungnya.

Usai memasuki perkarangan restoran ni cukup membuat hati teruja dengan adanya kolam di sebelah kanan dan laluan seakan titi yang menyambungkan kawasan parkir ke ruang makan ni cukup menarik.

Malam Malam Di Restoran Sumpit-Sumpit Pekan

Malam Malam Di Restoran Sumpit-Sumpit Pekan

Malam Malam Di Restoran Sumpit-Sumpit Pekan

Melangkah memasuki ke restoran ni memang membuat saya terpesona dengan dekorasi restoran ini yang diperbuat dari kayu dan seakan berada di bawah sungai.  Persekitaran yang cukup tenang dan tersangat selesa.  Teringat seakan berada di Restoran D'Saji Titiwangsa yang terletak di atas tasik tu.


Malam Malam Di Restoran Sumpit-Sumpit Pekan

Bagi en lalink yang tidak sihat dan selesema tu dia memilih Soup Tulang + nasi + sambey + lime + keropok (RM12.00) yang cukup membuat dia kekenyangan.  


Nasi Ayam Dabu-Dabu + Ulam dengan harga RM10.90 yang sedap nak-nak pulak ada tempe goreng yang lembut yang sedap sungguh bila dikunyah semestinya pilihan saya.  Sambalnya seakan air asam dan terdapat hirisan limau purut yang menambah selera.

Malam Malam Di Restoran Sumpit-Sumpit Pekan
Kak Yang pulak dengan Nasi Ayam Penyet Sambey & Ulam (RM10.90)  - nasi putih, ayam goreng ulam sambey bawang ni ni sesuai untuk anak-anak yang tak tahan pedas 
Malam Malam Di Restoran Sumpit-Sumpit Pekan

Nasi Ayam Sambey Hejo & Ulam berharga RM10.90 menjadi pilihan cikapplepie ni adalah nasi putih dengan ulam dan ayam sambal hejo yang sedap tapi pedas, jadi buat anak-anak kecil tak digalakkan ambil ya.

Malam Malam Di Restoran Sumpit-Sumpit Pekan
Terdapat pelbagai pilihan sambey antaranya sambey kacang, sambey taliwang, sambey belacan, sambey hejo, sambey granat, sambey rica-rica, sambey cibiuk, sambey kicap dan sambey bawang
Malam Malam Di Restoran Sumpit-Sumpit Pekan

Kalau korang ke sini, jangan lupa pesan Satay Maranggi berharga RM18.00 untuk 10 cucuk ni memang sangat sedap dan tak perlu makan dengan kuah kacang pun dah mencukupi. Seperti satay lain semestinya ada nasi impit, bawang, timun dan ada jugak tomato. Sate Manggarai ni berasal dari Kota Purwakarta, Jawa Barat dengan menggunakan daging kambing atau daging sapi.  Difahamkan daging untuk dibuat sate ini adakan direndam ke dalam bumbu sebelum dicucuk dan dibakar jadi sebab tu la bila kami makan terasa keenakan dan kami pun tak beria sangat untuk mencicah dengan kuah kacang tu.
Malam Malam Di Restoran Sumpit-Sumpit Pekan

Kalau dah makan kena la ada minuman kan, jadi pilihan en lalink ialah Kopi Tarik pilihan (RM1.70), saya dengan Mango Susu (RM3.60) dan Vanilla Boom (RM7.00) buat cikapplepie sementara Kak Yang hanya minum air suam.  Jumlah keseluruhan hangus untuk kesemuanya adalah RM75.00 sahaja.
Malam Malam Di Restoran Sumpit-Sumpit Pekan
Pastinya kami akan ke sini lagi bila ada peluang dan ruang sebab makanan di sini cukup menepati selera dan persekitaran yang cukup selesa.  Kalau sesiapa tak de data internet tu jangan risau sebab ada WiFi percuma jadi boleh la ber OOTD ke swafoto atau terus upload ke social media sendiri sebagai kenangan.

Selain daripada tu terdapat musola yang selesa dan dan tandas pun bersih dan luas.

Kalau ada yang berminat nak mencuba masakan Indonesia Sunda ni, singgah jer ke Lot 2204, Kampung Tanah Puteh, 28600 Pekan, Pahang 

Waktu operasi : 11 pagi hingga 11 malam (setiap hari)  | Untuk Tempahan : 60112206882 (En Syed)


070120

6 comments:

  1. Mango süt 😊 kesinlikle denemek isterdim ...

    ReplyDelete
  2. cantik kedainyaaa deco memang tiptop. kalo ada event pape ke best jugak makan2 sini. hehe jaga2 nnt kena sumpit =P

    ReplyDelete
  3. memang cantik dan luas betul restorennya... deko dia tu pun menarik betul...
    dana rasa tak pernah cuba lagi makanan sunda, kalau makanan minang pernah la cuba

    ReplyDelete
  4. Salam kenal jugak dari akak
    menu semuanya best2..harga pun murah..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Wah, menarik restoran ni. Kena cuba ni, kalau-kalau ke Pekan nanti

    ReplyDelete
  6. Layanan pon terbaik ! I like !

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!