Hotel Cathayana Kuantan Penginapan Selesa

by - January 15, 2020

Hotel Cathayana Kuantan Penginapan Selesa | Kuantan lagi? Bulan Disember yang lepas memang agak kerap kami ke Kuantan dan rasanya termasuk ni dah dua kali dengan tempat penginapan yang berlainan dengan niat untuk mencuba hotel mana lebih berbaloi dari segala harga dan keselesaan serta kemudahan yang ada di sediakan oleh hotel dan semestinya lokasi tempat makan yang bersih, makanan yang sedap dan harga pun harus diambil kira kan.

Hotel Cathayana Kuantan Penginapan Selesa


Hotel Cathayana Kuantan Penginapan Selesa
Macam yang sebelum ini, en suami dah kira agak biasa di Kuantan dan Pekan dan beberapa daerah di Pahang ni jadi kelebihan ini saya guna dalam mencari tempat penginapan, tempat makan dan tempat untuk dilawati...mudah kan? Kali ni penginapan yang tak sabar kami duduki pastinya Hotel Cathayana yang nampak sangat cantik dan menarik yang kami tempah melalui Agoda seperti kebiasaanya.

Nak tahu tempat yang menarik untuk di singgah dan di jengah atau tempat untuk menjamu selera di Kuantan, baca SINI

Hotel Cathayana Kuantan Penginapan Selesa

Hotel Cathayana Kuantan Penginapan Selesa

Hotel Cathayana Kuantan Penginapan Selesa

Bila melangkah membuka pintu pandangan terus ke arah meja reception untuk daftar masuk.  Memang luas sangat, bersih dan nampak ringkas dengan di sebelah kiri terdapat sofa untuk pelanggan dan ahli keluarga berehat dan di sebelah kiri ruang terbuka ke cafe yang menyediakan sarapan pagi.  Memandangkan hotel ini terletak di tengah bandar, tak susah untuk cari kedai makan pun malahan pihak hotel pun hanya menyediakan sarapan pagi sahaja.

Hotel ni terletak di kawasan komersial di tengah bandar Kuantan dan dari sini penginap boleh ke Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah dengan berjalan kaki dalam 13 minit jer dan hanya 7km ke Pantai Teluk Chempedak.
Hotel Cathayana Kuantan Penginapan Selesa

Hotel Cathayana Kuantan Penginapan Selesa

Kami menempah Triple Bed yang berkeluasan 26m² (280ft²) dengan pandangan kota dan boleh nampak mall dari bilik ni.  Bilik moden dengan tingkapnya dari lantai ke siling ni memang membuat bilik terang tanpa perlu pasang lampu tapi kalau malam tetatp ler gelap ya. Katil Queen dan Single ni kami cantumkan boleh memuatkan 4 orang di atas katil ni.  Di dalam bilik ni disediakan minibar, Wi-Fi percuma dan TV LCD, cerek elektrik dengan teh dan kopi serta air minuman untuk para penginap dan sejadah turut disediakan didalam laci meja, bagus kan!
Hotel Cathayana Kuantan Penginapan Selesa

Bagi pembaca novel seperti saya memang rasa tersangat la suka sebab boleh duduk di sofa membelakangkan tingkap panjang sambil melayan novel.

Hotel Cathayana Kuantan Penginapan Selesa

Bilik air pulak sangat luas dan kelengkapan untuk menggosok baju ditempatkan bersebelahan bilik air seakan walking closet.

Hotel Cathayana Kuantan Penginapan Selesa

Lepas check-in dan rehat-rehat, kami keluar lebih kurang jam 4 petang untuk pergi menonton Jumanji di TGV Kuantan City Mall.  Kalau dah kata TGV kan jadi pastinya panggung ni selesa tapi macam saya luahkan di FB, Jumanji kali ni macam biasa-biasa saja tak de thrill sampai rindu pada lakonan Robin Williams yang sangat menghidupkan cerita dalam filem tu tapi kata anak pulak...apa la Umi ni..cerita tu ikut peredaran zaman teknologi jadi tak de la board games dah...huhu

Hotel Cathayana Kuantan Penginapan Selesa

Keesokkan paginya kami menjamu selera di cafe yang menghidangkan nasi lemak, bubur nasi, mee goreng, salad, minuman jus limau, kopi dan teh yang standard seperti hotel yang lain tapi paling menarik pastinya bihun kari yang sedap yang menjadi kegemaran saya. Jadi kalau korang menginap di hotel ni sila cari bihun kari ni okay tapi tak tahu la kalau waktu korang menginap kat sini menu dah ditukar...hehe

Hotel Cathayana Kuantan Penginapan Selesa
Terdapat dua buah lif buat para penginap yang meletakkan kereta di aras 2 dan untuk ke aras bilik masing-masing. Kalau dari tempat daftar masuk, lif ni terletak di kiri jadi kalau sesiapa yang kurang upaya dan berkerusi roda, hotel ni memang cukup selesa untuk mereka.
Hotel Cathayana Kuantan Penginapan Selesa

Hotel Cathayana Kuantan Penginapan Selesa

Antara fasiliti yang disediakan secara percuma adalah tempat letak kereta, jangan penginap tak perlu risau sebab ruangan untuk meletak kereta mencukupi buat para pelanggan hotel ni.

Alamat : A 41, 3, Lorong Tun Ismail 5, Sri Dagangan Bussiness Centre, 25000 Kuantan, Pahang |
Phone: 09-517 2000

You May Also Like

5 Comments

  1. What a nice post 😊 thanks for your sharing 😊

    ReplyDelete
  2. Salam.Pernah menginap di sini anak beranak. Selesa juga tempatnya. Turun bawah boleh dah masuk kedai shopping mopping kain baju.

    ReplyDelete
  3. tak pernah dana duduk hotel area bandar kuantan kak, tengok akak buat entry pasal penginapan kt sana... menarik jugak, kalau teriingin jalan kuantan boleh try, cumanya kalau nk ke kuantan mesti ada yg lajak sampai ke kerteh heheheh....

    ReplyDelete
  4. nampak selesa dan luas hotel ni

    ReplyDelete
  5. Ok boleh masuk list untuk diinap next time bila singgah kuantan. Kemain luas dan bersih bilik dia. Lokasi pun cun.

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!