Resepi Sambal Sotong Kering Sedap Untuk Gandingan Nasi Lemak   | Dah lama sangat nak buat sambal sotong kering dan kali terakhir buat sambal sotong pada tahun 2018 kot. Nak buat sambal ni kena ada korum yang ramai sebab DH kurang gemar dan kalau beli pun kena fikir dua, tiga kali sebab harganya RM80 sekilo ok! Tapi baru-baru ni budak yang meniaga kat Pasar Keramat beritahu..ala kak, beli yang ni baru RM40 sekilo dan jenis ni yang orang-orang meniaga tu guna dan dicekaunya sotong kering, ditimbang dan huluran wang bertukar tangan..hahaha.  

Kalau tak silap ada la kot dalam 15 ekor sotong kering dalam plastik tu dan dimasukkan juga seketul pelembut sotong macam kapur tapi keras sesangat sambil tu sempat budak peniaga tu pesan supaya merendam sotong dengan kapur tu semalaman.

Resepi Sambal Sotong Kering Sedap Untuk Gandingan Nasi Lemak 
Memang sedap sangat! ehh puji masakan sendiri nampak..hehe.  Ok kalau bukan kita kredit diri kita siapa lagi kan

Resepi Sambal Sotong Kering Sedap Untuk Gandingan Nasi Lemak
nampak huduh kan...hehe 
Resepi Sambal Sotong Kering Sedap Untuk Gandingan Nasi Lemak 
Memandangkan nak makan nasi lemak hari Ahad, jadinya malam Sabtu tu dah direndam sotong kering dengan ketulan putih tu dengan air menutupi seluruh sotong tu.  Esok paginya waktu keluarkan sotong tu ada bau yang sangat hancing..serius hancing giler sampai rasa nak buang je tapi ambil keputusan untuk rendam dengan garam kasar pulak kemudian basuh satu-satu sotong tu dan akhirnya masukkan dalam air panas selama 10 - 15 minit.  Alhamdulillah bau dah hilang dan lebih lembut tapi kelembutan sotong tu memang tak sesuper lembut sotong nasi lemak cik kak abang kat Taman Melawati tu hehe. 

Kalau Liez baca memang pasti dia pun terliur teringat sambal sotong kering yang lembut tu.

Resepi Sambal Sotong Kering Sedap Untuk Gandingan Nasi Lemak 

Bahan-bahan
10 keping sotong kering
10 tangkai cili kering **
2 labu bawang besar **
3 ulas bawang putih **
1 inci halia **
2 keping asam gelugur / air asam jawa
sedikit gula / gula melaka (kalau suka)
garam secukup rasa

** bahan untuk dikisar dengan sedikit air


Cara menyediakan
  • Sotong yang telah direndam, direbus dengan air panas kemudian ditoskan dan kemudian di cuci bersih dengan membuang tulang, gigi dan lendir. Potong ikut saiz yang diingini.
  • Tumis bahan yang dikisar hingga garing dan masukkan bawang besar yang dipotong dadu serta asam keping
  • Masukkan sedikit gula/gula merah (kalau suka dan untuk mengurangkan rasa pedas)
  • Masukkan sotong yang telah dipotong dan digaul hingga sebati.  Biarkan ia masak dalam 15 minit dengan api sederhana
  • Akhir sekali, tutup api dan masukkan garam secukup rasa.


Resepi Sambal Sotong Kering Sedap Untuk Gandingan Nasi Lemak 
Resepi Sambal Sotong Kering Sedap Untuk Gandingan Nasi Lemak 
Kalau buat nasi lemak paling kurang ada dua jenis sambal iaitu sambal sotong atau sambal udang dan sambal mentah tapi kali ni sambal kelapa tak sempat sebab nak kejar masa.  Lebih menyelerakan kalau ada ikan jeruk masin atau ikan kering, kangkung goreng dan telur mata tapi teringin nak makan telur dadar.

Selamat mencuba!

10 Comments

  1. Sedapnyaaa! Lama tak makan sambal sotong kering.

    ReplyDelete
  2. Lama tak makan nasi lemak ngan sambal sotong

    ReplyDelete
  3. Tak pernah try masak sotong ni untuk sambal nasi lemak. boleh la try pasni

    ReplyDelete
  4. Sedapnya sambal sotong kering tu..

    ReplyDelete
  5. nyummmm sambal sotong makan dengan nasi lemak. perghhh sedap ^_^

    ReplyDelete
  6. kaella tak pernah makan sotong kering ni, hehe nanti ada masa kena try ni.

    ReplyDelete
  7. mmg terus teringat sambal sotong kakak abang tu.. perghh lembuittttt org perlis kata

    ReplyDelete
  8. Sedapnya nasi lemak.

    Ouhh bau hancing. Akak basuh dengan garam kasar. Ruby tak pandai masak sotong kering ni

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!