Sejak semalam dok kecoh pasal perjumpaan orang kuat parti politik di Sheraton Petaling Jaya la dan kenderaaan VVIP masuk ke Istana Negara dan hari ni terungkai persoalan walau memang berlegar dalam minda setiap rakyat Malaysia kan.



Tun M dikatakan meletak jawatan dan surat perletakan jawatan telah diserahkan kepada YDP tengahhari tadi dan turut meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Bersatu.

Namun ada juga cerita lawak yang dok keluar di media sosial yang Tun M akan dilantik menjadi Perdana Menteri ke 8...perghh memang game sungguh kalau jadi begini kan.  Umum memang tahu yang Tun M merupakan Perdana Menteri ke 5 kemudian dilantik menjadi Perdana Menteri ke 7 sewaktu PRU 14 kan dan adakah betul beliau akan jadi PM ke 8.

Kenapa Tun M meletak jawatan? katanya sebab dia tidak bersetuju untuk bekerjasama dengan UMNO, ada yang kata sebab nak bagi laluan pada DSAI dan ada yang kata supaya perjanjian dengan DSAI akan terhapus..wallahuallam.  Apa yang diumumkan oleh DAP dalam sidang media khas sebab ada segelintir dari PH telah khianat dan membuat kerjasama melalui pintu belakang. Hanya mereka yang terlebih lebih mengetahui.  Bayangkan kalau those yang corrupted balik berkuasa pastinya kes mahkamah diaorang akan terhapus sebab mereka dah kebal.  Jadi apa yang kena rakyat tanggung?

Persoalannya apa yang akan jadi pada ekonomi Malaysia dan kepada rakyat? Banyak isu yang masih belum selesai dan siapa pun bakal menjadi Perdana Menteri ke 8 sememangnya akan kena bekerja keras untuk stabilkan ekonomi 

Siapa pilihan saya? Biarlah rahsia tapi saya memang menanti dia untuk menjawat jawatan kerana tiada siapa yang saya lihat mampu kerana pengalamannya dan kalau kerajaan lama kembali memang back to square one sebab yang masih dalam kerajaan lama tu penuh korupsi dan hutang dan apa keburukan yang diaorang dah buat akan terus terpadam.  Untung kepada kita sebagai rakyat?

Apa pun sebagai rakyat memang saya geram dengan pengkhianatan oleh beberapa individu dalam PKR yang rasanya semua orang kenal tapi tak perlu la nak cerita lebih.

Kerisauan orang ramai pastilah impak perletakan jwatan Tun M kepada ekonomi negara sebab dalam membicarakan ketidaktentuan politik perihal bursa saham turut dibincangkan kerana kejatuhannya.

Semoga tiada kekecohan dan rakyat jangan la panik.  Jadi kita tunggu pengumuman seterusnya.

kita tunggu