6 Pantai Menarik Di Kuantan Mesti Di Lawati | Siapa tak suka atau teruja bila di bawa ke pantai lebih-lebih lagi yang suka mandi dan berkelah bukan? Pantai adalah antara tempat yang pasti dikunjungi oleh ramai orang terutama mereka yang sukakan alam semulajadi, suka mandi laut, suka berkelah atau pun yang suka ‘sun bathing’ hehee.  Bagi saya pulak laut antara tempat yang saya suka sebab saya sukakan angin laut, deruan ombak walau saya bukan seorang yang berani mandi laut tapi kalau dapat berkelah dengan keluarga memang sesiapa pun suka.

Semenjak dua menjak ni memang Pahang merupakan negeri yang kerap saya kunjungi dan bila ke sini memang akan ajak en suami menyinggah ke kawasan pantai untuk tenangkan jiwa dan harapnya dia tak la jemu melayan heehe.

Banyak lagi yang boleh korang baca tentang catatan perjalanan saya di Pahang boleh jengah kat SINI dan untuk gambar-gambar perjalanan ni saya abadikan di Instagram khas tapi jenuh nak susun tak semudah untuk diupload di FB...megah wehh

Antara tempat menarik yang korang patut jengah atau lawati di Kuantan khususnya adalah Pantai Teluk Cempedak, Pantai Balok, Pantai Sepat, Pantai Batu Hitam, Pantai Cherating dan Pantai Kempadang yang kami kunjungi buat pertama kali.

1. Pantai Teluk Cempedak
2. Pantai Balok
3. Pantai Batu Hitam
4 .Pantai Pelindung
5. Pantai Sepat

6. Pantai Kempadang
 
6 Pantai Menarik Di Kuantan Mesti Di Lawati
sumber Google

1. Pantai Teluk Cempedak

Pantai paling popular yang semua orang tahu dan memang menjadi tumpuan warga Kuantan mahupun yang pertama kali ke Kuantan.  Selain panorama yang cantik, kemudahan yang terdapat di sini antara faktor pengunjung cukup menggemari ke sini.  Terdapat kedai cenderahati, gerai makanan, taman permainan, surau dan tandas disediakan untuk keselesaan pengunjung termasuklah motel dan resort yang sedia menanti untuk ditempah.

Saya sempat ke sini ada 2 kali rasanya tu pun waktu malam tapi kurang menggemari sebab pantai ni terlalu sesak dan terlalu banyak kedai makan kiranya macam over developed la.  Ada Subway McDonald, StarbucksMungkin saya kurang menggemari tapi tidak pada orang lain.  Dahlah datang waktu malam boleh la pulak saya ni komplen..hehe.


6 Pantai Menarik Di Kuantan Mesti Di Lawati
Pantai TC sumber negeripahang.com

Jika suka bergambar, korang boleh meyusuri jambatan merah hingga ke penghujung pantai dan di sini ada beberapa buah gazebo tapi berhati-hati ya dengan monyet liar yang banyak berkeliaran. Kalau sukakan alam dan fauna berdekatan Teluk Cempedak ni ada hutan siman yang boleh kita daki.  Trek ni boleh dilalui dan kita akhiri sehingga ke Pantai Pelindung


6 Pantai Menarik Di Kuantan Mesti Di Lawati
Pantai TC sumber negeripahang.com

Nampak tak kewujudan satu kubu dipercayai dibina oleh pihak British dalam mempertahankan kawasan dari seranga tentera Jepun pada 1941 dan masih dijaga rapi dan ianya membangkitkan nostalgia penduduk tempatan akan sejarah penjajahan di Tanah Melayu


6 Pantai Menarik Di Kuantan Mesti Di Lawati

2. Pantai Balok

Pantai Balok merupakan pantai peranginan yang tidak kurang menariknya walau berbeza dari Pantai Teluk Cempedak tapi kat sini ada aktiviti windsurfing dan pertandingan windsurfing sering diadakan di sini berikutan arus pantai dan tiupan angina di sini.

Pantai Balok cukup menarik bagi mereka yang meminati perkhemahan dengan kemudahan tapak perkhemahan yang disediakan kepada pengunjung namun tak perlu bimbang dengan keselamtan kerana lokasi ini sentiasa di kawal selia oleh pihak pengurusan pantai bagi mengelakkan sebarang bahaya.  Bagi yang berminat untuk menginap, korang boleh jer tempeh chalet yang terdapat di sini. Kalau pasal makan, tak perlu risau kalau lapar sebab terdapat gerai makan yang menyajikan pelbagai
makanan berasasakn makanan laut

6 Pantai Menarik Di Kuantan Mesti Di Lawati
Pantai Batu Hitam sumber Google

3. Pantai Batu Hitam

Antara pantai yang popular kepada penduduk setempat dan terletak kira-kira 10km dari Bandar Kuantan. Pantainya cukup unik dengan terhamparnya batu hitam pada pantai berpasir putih ni memang selalu sesak sepanjang hujung minggu. Selain menjadi tempat berkelah terdapat ruang untuk berkhemah di sini dengan kemudahan yang biasa terdapat di mana-mana pantai peranginan.

Kami tak jejak kaki pun kat pantai cuma tengok dari jauh je ni sebab kekangan waktu dan sewaktu balik dari Pantai Balok tu tak pulak jumpa jalan masuk ke pantai ni..mungkin lain kali la kot. Memang nak kena paksa en suami bawa ke sini jugak!

6 Pantai Menarik Di Kuantan Mesti Di Lawati

4 .Pantai Pelindung

Pantai Pelindung terletak dalam 4-5 km dari Pantai TC dan jarang dikunjungi oleh pelancong luar kerana tidak tahu.  Apa yang menarik pantainya lebih lapang dan lebih seronok untuk kita sekeluaga dan pesisiran pantainya landai dan tidak berbatu seperti di sesetengah pantai. Di pantai ini juga kita dapat melihat bot nelayan pulang dari laut dengan hasil tangkapan


6 Pantai Menarik Di Kuantan Mesti Di Lawati
Lebih menarik Tasik Pelindung yang terletak bersebelahan dengan pantai ni merupakan taman rekreasi untuk beriadah dan memancing dengan lanskap yang cukup menarik tanpa dikenakan sebarang bayaran kecuali kalau nak makan la.


6 Pantai Menarik Di Kuantan Mesti Di Lawati

Pantai Pelindung ni juga ada sejarahnya dan terdapat kubu pertahanan dibina British untuk mengekang kemaraan Jepun semasa Perang Dunia ke 2 dan dikatakan di sinia adalah kawasan Haji Senik yang mendarat dikenali dengan nama Sungai Beruang. Terdapat perkuburan lama dikenali sebagai kubur Tok Ku Pelindung yang masih terdapat batu nisan dari kayu.


6 Pantai Menarik Di Kuantan Mesti Di Lawati

6 Pantai Menarik Di Kuantan Mesti Di Lawati

5. Pantai Sepat

Juga dikenali sebagai Tanjung Sepat ni merupakan perkambungan nelayan Melayu yang cukup popular bagi warga Kuantan.  Terdapat buaian dipasang tapi tak sempat nak bergambar sebab masa datang tu ramai sungguh orang so bagi saya yang pemalu ni malas la pulak rasa..hehe.  Kunjungan kami baru-baru ni en suami sempat ke pasar untuk membeli ikan tapi kami tiba lewat dan ikan dah habis.  Menurut salah seorang pekedai tu ada satu bot lagi belum balik tapi kalau nak tunggu tak berbaloi pulak takut dia sampai lewat pasti jadual kami pun tergendala..lain kali bisik hati.

Memang menarik pemandangan pantainya dengan pokok-pokok yang pasti menarik minat ahli fotografi apalagi yang suka berselfie.  Aktiviti yang sering dilakukan di sini antaranya bermain layang-layang, memancing, menjala ikan menunggan kuda selain makan

6 Pantai Menarik Di Kuantan Mesti Di Lawati
Pantai Kempadang

6 Pantai Menarik Di Kuantan Mesti Di Lawati
Pantai Kempadang

6. Pantai Kempadang

Pasti ramai yang tak tahu tentang Pantai Kempadang yang terletak lebih kurang 7 km dari pusat Bandar Kuantan tapi pastinya penduduk setempat mahupun warga Kuantan pasti tahu kewujudan pantai ni.  Saya tahu pun sebab KY bagitahu en suami yang dia ada aktiviti di Kempadang sewaktu menjadi facie. Jadi kunjungan ke Kuantan baru-baru ni sempat la ajak en suami ke sini.


6 Pantai Menarik Di Kuantan Mesti Di Lawati
Pantai Kempadang
Sebelum berposing atas buaian ni en suami sempat mengusik..ehh kuat ke buaian ni...hadoiii suka hati jer nak bagi kita hilang mood tapi ahh tetap nak mencuba buaian ni jugak..haha 

Kawasan pantai yang cantik dan tenang sebab hari Isnin dan kami sampai pun waktu tengahhari jadi pastinya tak ada ramai sebab waktu persekolahan. Sewaktu membeli keropok lekor sempat saya berborak dengan peniaga yang ramah tu yang mengatakan kalau hujung minggu memang ramai dah penuh orang mandi manda kat sini. Memang lokasi pantai ni kawasan perkelahan dan rekreasi yang strategik dengan kemudahan seperti tandas, bilik mandi, gerai, masjid serta restoran bagi kemudahan pengunjung. Kalau nak dapatkan hasil laut seperti ikan, sotong, udang dsb boleh beli terus dari nelayan yang baru balik dalam jam 2 petang setiap hari, boleh dapat dengan harga sangat murah di pasar ikan Kempadang ni.

 
6 Pantai Menarik Di Kuantan Mesti Di Lawati
Pantai Cherating sumber Google
Pantai Cherating
Memang tak perlu nak cerita banyak pantai yang popular ni yang terletak di sempadan negeri Pahang dan Terengganu yang sememangnya menjadi tempat pelancongan buat keluarga.  Terdapat banyak kemudahan disini antaranya hotel dan resort dan terdapat pelbagai aktiviti sukan pantai antaranya luncur air, banana boat, berkayak, memancing dan banyak lagi. Memandangkan lokasinya terletak berdekatan Kemaman, korang boleh la singgah ke Terengganu dengan melihat kelip-kelip, snorkeling ke Pulau Ular, ATV Ride, Cherating Mangrove River Cruise dan banyak lagi