Mandurah Hotel Kuantan Penginapan Ekslusif Di Kuantan | Sudah menjadi kelaziman untuk saya meninjau laman-laman web yang memaparkan pelbagai hotel dan resort yang menarik dan berinformasi bagi merancang percutian bersama keluarga dan sewaktu menjengah laman sukamakanjalan baru-baru ni saya terus terjatuh suka dengan penginapan di Mandurah Hotel Kuantan sambil membayangkan kami sekeluarga bercuti di tepi pantai sambil melayan deruan ombak dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Kuantan ni hanya 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur jadi tak la memenatkan malahan Kuantan juga menyajikan pelbagai lokasi menarik dan banyak tempat makan jadi tak perlu risau.


Suka tengok latarbelakang hotel ni dan kalau ada peluang memang nak sangat menginap kat hotel ni. Mandurah Hotel Kuantan ni terletak di kawasan Pantai Balok dan jaraknya memakan masa lebih kurang 10 minit dari pekan Kuantan.

Kalau sesiapa tengok gambar bilik kat Mandurah Hotel Kuantan ni memang akan teruja dengan pemandangan mengadap pandangan laut yang cukup menenangkan dan bilik pun tampak sangat mewah

Hotel dengan 60 buah bilik ini menampilkan bilik jenis standard dan suite keluarga yang direka unik dengan ciri tradisi moden yang pastinya akan membuat penginap berasa selesa apatah lagi bilik di sini menawarkan pemandangan laut yang membiru yang akan membuat kita rasa tenang bila bangun dari tidur


beach bar terletak di tepi pantai 

Selain menginap di bilik yang sangat mendamaikan, mandi laut atau bersantai di tepi pantai, boleh juga jengah ke lokasi yang terletak tidak jauh dari hotel ini antaranya

Pantai Balok
590 m
East Coast Mall
12.06 km
Pantai Teluk Cempedak
12.31 km
Berjaya Megamall
12.46 km
Taman Esplanade
12.86 km
Masjid Sultan Ahmad Shah
13.74 km
Hutan Rekreasi Bukit Pelindung
13.77 km
Pantai Pelindung
13.77 km
Sungai Pandan Waterfall
28.41 km


Alamat : D-929216, Pantai Beserah, Jalan Kuantan, Kemaman, 26100 Kuantan, Pahang, Malaysia | Harga bilik : RM138 - RM145

https://sukamakanjalan.blogspot.com/2020/02/18-hotel-di-kuantan-terbaik-2020-murah.html