Sagu Gula Melaka Mudah Dan Sedap

by - March 25, 2020

Sagu Gula Melaka Mudah Dan Sedap | Sepanjang usia perkahwinan saya pernah buat sagu gula melaka ni sekali jer kot dan kini saya buat lagi untuk di bawa ke majlis makan-makan keluarga di rumah kakak. Agak termenung juga nak bawa apa sebenarnya memandangkan majlis tu akan dihadiri kami adik beradik yang berkeluarga besar dan dijangka lebih 80 orang termasuk sepupu, anak buah dan cucu...sangat meriah

Sagu Gula Melaka Mudah Dan Sedap

Resepi yang saya kongsikan ini boleh dimakan untuk 3 - 4 orang bergantung pada kuantiti yang diambil.

Bahan:
2 cawan sagu, dibilas dengan air dan ditoskan.  
6 cawan air 
2½ sudu pewarna sirap ros
  • untuk sagu berwarna hijau saya gunakan 6 cawan air dengan 7 helai daun pandan, dikisar kemudian ditos untuk diambil air dan dimasukkan kedalam sagu langsung dimasak
  • sebenarnya untuk kadar air tu agak berbeza sebab kita tak guna jenis cawan yang sama

Cara membuatnya
  • Masukkan sagu bersama sirap ros ke dalam periuk, dimasak dengan api sederhana
  • Kacau hingga sagu menjadi kembang dan hilang warna putih tapi harus hati-hati supaya sagu tidak hancur. Tutup api dan sejukkan seketika
  • Masukkan ke dalam loyang dan dikukus supaya sagu benar-benar kembang seperti yang diingini. Ada yang tidak mengukusnya 
Sagu Gula Melaka Mudah Dan Sedap
sagu ni dimakan dengan santan segar yang lebih sedap mengikut selera suami

Bahan untuk kuah A
2 ketul gula melaka/gula gerek
1 cawan air 
1 helai daun pandan disimpul
  • Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan dimasak dengan api sederhana hingga gula menjadi cair dan pekat.  Sejukkan

Bahan untuk kuah B
1 tin susu cair (tidak perlu di masak)
santan kelapa atau santan kotak, dimasak seketika dengan secubit garam


Cara hidangan
  • Sendukkan sedikit sagu ke dalam mangkuk atau gelas
  • Tuangkan gula melaka yang pekat dan kemudian tuangkan susu cair atau santan. 
  • Kalau nak lebih sejuk boleh letak ketulan ais


You May Also Like

4 Comments

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!