Ketahui Kebaikan Cuka Epal Yang Menjadi Rahsia Buat Wanita Besi | Pasti kita pernah terjumpa atau mengenali wanita yang kelihatan sentiasa sihat dan bertenaga selain berperwatakan penuh keyakian, berpentahan dan serba berkebolehan dalam menguruskan kerjaya, rumahtangga dan masa lapang dengan nampak mudah

Ketahui Kebaikan Cuka Epal Yang Menjadi Rahsia Buat Wanita Besi
Ketahui Kebaikan Cuka Epal Yang Menjadi Rahsia Buat Wanita Besi
Salah satunya ialah cuka epal, ramuan yang sekian lama digunakan sebagai penawar untuk merawat pelbagai masalah kesihatan. Banyak keluarga mengamalkan rahsia kecergasan dan kesihatan Wanita Besi ini.

Alce Nero Organic Apple Cider Vinegar produck organik yang diperakui dengan komponen utama asid asetik serta bahan lain seperti asid laktik, asid sitrat, asid malik dan bakteri baik. Oleh kerana cuka epal sejenis asid pekat, pastikan korang melarutkan satu sudu besar ke dalam secawan air terlebih dahulu sebelum meminumnya. Hanya sedikit cuka epal diperlukan untuk membawa hasil yang besar.

Berikut adalah beberapa cara Wanita Besi mengambil Apple Cider Vinegar supaya lebih berkesan.

1.     Tingkatkan sistem imunisasi
Wanita Besi jarang mendapat masalah kesihatan seperti batuk, selesema dan sakit tekak seperti orang lain. Pengambilan cuka epal yang mengandungi asid amino, kalium dan enzim membantu menguatkan sistem imun dan melegakan keletihan.

Jom cuba resipi dibawah yang pasti akan dapat memberikan tenaga di saat kita berasa lesu:
Fire Tonic
Tonik hangat! Kisar halia, lobak pedas, bawang, bawang putih, lada habanero, lemon, kunyit dan serai dalam sukatan sama. Tambahkan 100ml Apple Cider Vinegar. Tuang adunan ini ke dalam bekas kedap udara dan biar selama 14 ke 60 hari. Tapis bagi membuang cebisan tumbuhan. Tambah satu sudu besar tonik ini ke dalam secawan air panas atau teh ‘O’ untuk minuman berkhasiat yang merangsang sistem imun.
Apple Cider Ginger Tea
Minuman cuka oren! Didih secara perlahan 100ml Alce Nero Organic Apple Cider Vinegar berserta 2 keping kulit kayu manis, sebiji oren yang dihiris, 4cm halia dan dua sudu besar madu organik selama 20 minit. Tapis ke dalam bekas kedap udara. Tambah satu sudu campuran bahan ini ke dalam 125ml air dan minum.

2.     Membantu menguruskan badan dan penyerapan nutrisi
Mengekalkan kesihatan dan berat badan ideal memang mencabar, tetapi Wanita Besi bijak menggunakan Apple Cider Vinegar dengan menambahkannya kedalam diet mereka untuk manjaga berat badan. Sains turut menyarankan kaedah ini. Satu kajian dalam Journal of Functional Foods pada tahun 2008 membuktikan penambahan satu sudu cuka epal ke dalam pemakanan mampu mengurangkan lemak pada perut selain membantu menyelesaikan masalah kesihatan lain.²

3.     Kebersihan mulut
Walaupun sibuk sepanjang hari, Wanita Besi sentiasa memiliki nafas yang segar dan kesihatan mulut yang baik. Rahsianya, tonik cuka epal yang diambil pada waktu pagi yang terbukti memiliki sifat antikulat yang membantu melawan radang membran mukus, menurut Journal of Prosthodontics, 2015.3

4.     Menangani masalah senggugut
Wanita Besi belajar mengatasi masalah senggugut dengan pengambilan Apple Cider Vinegar dari hari pertama hingga hari terakhir kitaran haid. Ia dipercayai dapat mengawal atur kitaran haid dan memendekkan tempohnya. Kandungan kalsium dan kalium dapat melegakan kekejangan otot yang menyebabkan kesakitan senggugut.4

Jadilah seorang Wanita Besi yang inovatif. Cuba resepi berikut untuk mengurangkan kesakitan senggugut:

Apple Cider Lemon
Kehangatan teh cuka epal: Tambah 1 sudu kecil cuka epal, sehiris lemon dan separuh sudu kecil halia segar ke dalam secawan teh yang baru dibancuh. Jika mahu, anda boleh juga menambah sedikit madu.

Apple Cider Green Tea
Ketenangan teh hijau cuka epal: Bancuh secawan teh hijau. Sementara masih panas, tambah satu sudu kecil cuka epal dan sedikit pudina.

Tumeric Tonic
Tonik cuka epal dan kunyit: Kunyit adalah sejenis tumbuhan berkhasiat yang sering digunakan sebagai penawar untuk kesihatan. Tonik kunyit juga boleh dijumpai di kedai-kedai organik. Tambah satu sudu kecil Apple Cider Vinegar ke dalam tonik kunyit anda bagi menghasilkan minuman penyembuhan yang menyegarkan.

Serlahkan ciri-ciri Wanita Besi pada diri dengan menjadikan penawar dan tonik Apple Cider Vinegar sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat.

Alce Nero Organic Apple Cider kerana ia perbuat daripada buah epal organik yang ditanam secara eksklusif di wilayah Trentino-Alto Adige dan bebas daripada racun perosak, baja kimia dan unsur GMO. Cuka epal ini kaya dengan rasa dan mempunyai tahap asid yang rendah, menjadikannya sesuai untuk penyediaan salad dan makanan lain. Ianya memberikan tenaga pada tubuh dan jadilah seorang Wanita Besi setiap hari.

Dapatkan keterangan lanjut mengenai Alce Nero Website  | Facebook 

Mengenai Alce Nero
Alce Nero diasaskan pada 1970-an apabila dua koperasi peladang muda Itali mengambil keputusan
untuk mempelopori revolusi organik dengan menghasilkan makanan berkhasiat tanpa menjejaskan
alam sekitar. Alce Nero menggabungkan kaedah pertanian lama dengan penyelidikan termaju
kesihatan dan alam sekitar. Teknik kami mungkin telah berubah, namun jaminan kualiti kami masih
berasaskan semangat asal Alce Nero iaitu kecintaan terhadap makanan, penjagaan alam sekitar dan
larangan penggunaan bahan kimia sintetik.

Kini, Alce Nero merupakan jenama organik No. 1 di Itali. Pengeluar kami terlibat dalam semua
peringkat penghasilan. Ini membolehkan kami menerapkan prinsip kami di sepanjang proses
penghasilan dan menjejak asal-usul produk makanan kami secara terperinci. Justeru, kami dapat
menjamin produk kami produk asli Itali berkualiti tinggi dan 100% organik yang dibawa terus dari
ladang ke meja makan anda. Pengiktirafan organik Alce Nero telah melalui proses yang ketat oleh
perbadanan pengesahan dari Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun.

Di Malaysia, Alce Nero menjual pelbagai jenis pasta organik, minyak zaitun asli, kuah pasta, jem dan
madu. Untuk maklumat lanjut, layari www.alcenero.asia.

6 Comments

  1. menarik. thank you for sharing this kak fuzy

    ReplyDelete
  2. Ada tonik berapi. Hehe bahan-bahan semua dikenali sebagai anti-bakeria.
    Pernah buat letak teh,cuka epal, lemon dan madu.

    ReplyDelete
  3. Wahh banyak khasiatnya.. Tak pernah cuba lagi.. Sedap ke?

    ReplyDelete
  4. sy amal cuka kurma... cuka epal x pernah lagi... nak kena try jugak ni...

    ReplyDelete
  5. Resipi dia tu, adui. Hehe. Susah nak telan ni kalau saya. Terima kasih share kak.

    ReplyDelete
  6. oooo..banyak kebaikan cuka epal ni yea... Sha tak pernah beli pun..nak kena cubalah juga..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!