Resepi Puding Karamel Kukus Mudah Dan Sedap | Sejak hari Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung, masing-masing giat mencari idea untuk memasak antaranya pastilah resepi untuk minum petang sebab masakan tengahhari tu tugasan rasmi umi diaorang dan Cik Meya yang rajin improvice lauk-pauk seperti yang dia inginkan.  Mujur anak-anak sempat balik sebelum PKP dikuatkuasakan, kalau tidak memang.





Resepi Puding Karamel Kukus Mudah Dan Sedap

Resepi Puding Karamel Kukus Mudah Dan Sedap

Bahan-bahan untuk karamel:-
4 - 5 sudu besar gula
2 sudu besar air


Bahan-bahan untuk puding:-
5 biji telur B (kalau saiz A, 4 biji dah cukup)
400ml @ 1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan air

Resepi Puding Karamel Kukus Mudah Dan Sedap

Cara membuatnya:-

Langkah 1 - masak gula hangus
  • Tuang gula ke dalam pan atau periuk dan hanguskan dengan api sederhana.  Bila gula dah bertukar keperangan masukkan 1/2 cawan air dan kacau laju-laju supaya tidak berketul. Padamkan api.  
  • Tuang gula hangus tu ke dalam loyang, bergantung loyang atau saiz bekas ya. Kalau guna bekas kecil, guna 1 sudu jer gula hangus tu. Biarkan ia sejuk dalam suhu bilik.

Resepi Puding Karamel Kukus Mudah Dan Sedap


Langkah 2 - sediakan puding
  • Pecahkan 5 biji telur dan pukul hingga sebati dan letak tepi sekejap
  • Panaskan susu cair dengan api sederhana tapi jangan sampai mendidih
  • Masukkan 3 sudu besar gula, 1 cawan air dan dikacau hingga gula larut dan padamkan api
  • Campurkan telur dan susu cair yang dipanaskan tu dan di tapis supaya tiada benda asing dan masukkan ke dalam loyang yang berisi karamel tu.
  • Kukus selama 30 - 45 minit dan sekiranya adunan masih cair, tambah masa kukusan sebab tiada tepung yang digunakan jadinya ia akan mengambil masa
  • Ambil pencungkil gigi dan cucuk ditengah puding untuk memastikan ianya masak dengan sempurna.  Padamkan api dan biar sejuk sebelum diterbalikkan 

Resepi Puding Karamel Kukus Mudah Dan Sedap
px sumber google

Kalau tiada pengukus, boleh kukus didalam oven dengan cara waterbath/bain marie dengan meletakkan air di dalam loyang.  Tutup loyang puding dengan aluminium foil dan masak selama 45 - 50 min dengan suhu 180.