Kenali Dan Ikuti 25 Mom Blogger Tahun 2020 Di Malaysia   | Menjadi blogger dan menjalankan tugasan sebagai ibu bukanlah sesuatu yang mudah sebenarnya tapi minat menulis serta ingin berkongsi dengan orang ramai dalam pelbagai penulisan menjadikan yang agak susah itu bukan sesuatu yang mustahil

Jom kenali dan ikut 25 mom blogger Malaysia yang ada diantaranya blogger separuh masa dan ada yang sepenuh masa yang mungkin korang pernah baca blog mereka dan bagi yang tak pernah tu, jom kita tengok apa perkongsian yang berfaedah yang boleh kita guna untuk kita dan anak-anak atau mungkin boleh mencuba resepi masakan untuk keluarga. 

Siti Awadah, ibu kepada 6 cahaya mata lebih mesra dipanggil Awa ni merupakan pengasas BITES ni berasal dari Kedah tapi menetap di Kelantan yang friendly dan tak lokek untuk berkongsi ilmu dan rezeki.



Mesra dipanggil Kinah, seorang surirumah sepenuh masa dan merupakan blogger sepenuh masa.  Ibu kepada Thahirah yang sedang membesar dan sedang meniti hari untuk menerima cahayamata kedua.



Liez, mama 2 anak yang sentiasa sibuk dan sedang meniti hari untuk kelahiran anak ke 3 ni memang pandai memasak. Selain sibuk menguruskan rumahtangga, Liez juga membuat bisnes makanan dari rumah seperti sandwich dan kalau korang nak Vietnamese spring roll dengan sos sedap, boleh tempah dari dia.



Afizah Rahman lebih mesra dipanggil Fiza ni merupakan blogger separuh masa dan mempunyai 4 cahaya mata anak ni bekerja dengan sektor korporat.


Emphi Yap tapi lebih dikenali sebagai Mrs Pip, bekas jurutera yang meninggalkan profession untuk menjadi ibu sepenuh masa kepada 3 hero.  Mrs Pip menetap di Sabah

Mommy anak 2 yang full time housewife ni seorang ghost writer dan penulis berkisarkan lifestyle dan parenting.



Blogger separuh masa dan bekerja AADK.  Ibu kepada 2 cahaya mana ni lebih mesra dipanggil cikma ni menetap dan bekerja di Terengganu.


Mimi Azirah, ummi dan blogger separuh masa yang sangat menggemari warna warna pink.


Aida Hanfiah, blogger separuh masa, 3 anak dan masih bekerja. Berkongsi cerita untuk memberi manafaat dan kepuasan peribadi



Blogger dengan seorang puteri yang dikenali ramai sebagai Bonde walau ada antara yang memanggil tu lebih berusia dari bonde sendiri hehe.  Blogger yang ceria dan suka berkongsi pengalaman berkaitan banyak perkara


Mommy blogger separuh masa yang berasal dari Triang, Pahang dan bekerja di PUNB



Blogger separuh masa yang lebih mesra dipanggil KG ni merupakan ibu kepada 3 cahaya mata yang menetap di Ranau, Sabah




Blogger sepenuh masa dengan 4 orang anak ni sangat meminati kulineri turut membuat perniagan makanan. Berasal dari Pahang dan kini menetap di Shah Alam 


Lebih mesra dipanggil Azni ni blogger separuh masa dan punya kerjaya sebagai Ux designer.

Blogger juga ibu kepada 2 puteri yang suka memasak dan berkongsi tentang tips parenting, travel dan beauty



Nor Azlina Mohd Ali atau Ina blogger 3 cahayamata yang berasal dan menetap di Kuantan. Menulis sejak 2013 dan blogger sepenuh masa.


Lisa, blogger sepenuh masa dan ibu kepada 2 anak juga merupakan content creator bebas.  Beliau berkongsi tentang perjalanannya sebagai ibu


Ummi anak 2 yang juga blogger separuh masa dan kini menetap di Melaka. Lebih mesra dipanggil Nora.


Blogger separuh masa dan mummy kepada 3 cahaya mata ini bekerja sebagai agen insuran ni lebih mesra dipanggil Alin.


Mama blogger yang masih bekerja dan punya 2 anak yang sedang membesar menulis tentang kecantikan dan lifestyle.


Eda atau nama penuhnya Siti Rohaida Yusof sepertimana di Facebook ni blogger Johor sepenuh  sepenuh masa. 


Shahada Fauzi, atau dipanggil CikSha merupakan blogger dengan 3 cahaya mata yang sangat suka coklat ni yang berasal dan menetap di Terengganu




Blogger yang dipanggil Yati merupakan blogger sepenuh masa dengan 3 cahaya mata yang berasal dan menetap di Kulim.


Hanny Abdullah, blogger sepenuh masa yang juga pencinta haiwan yang sangat suka mengembara dan mendari peluang perniagaan.


Ok peeps! 25 mom blogger ni semuanya bernaung dibawah Bites Media Consultant so kalau berminat untuk menjalankan kerjasama dengan kesemua atau diantara mom blogger di atas tu boleh hubungi terus kepada Bites Media Consultant.


15 Comments

  1. yay dah follow semua hehe

    ReplyDelete
  2. Selamat berkenalan semua, 24 Mom Blogger Malaysia #BITERS yang hebat-hebat belaka...

    ReplyDelete
  3. Ada yg dana kenal mommy2 dalam tu

    ReplyDelete
  4. kenal belaka semua ni. .peramah2 pulak tu.. =D Lagi2 kalau umi fuzy

    ReplyDelete
  5. Heheheh thank you list kan saya Kak Fuzy :D

    ReplyDelete
  6. ramai antaranya yang pernah jumpa di event2,memang terbaik lah kan :)

    ReplyDelete
  7. Ramai blogger2 best dan hebat... ada pernah jumpa dan ada yang belum..

    ReplyDelete
  8. happy dapat kenal fuzzy... happy sebab dpt jumpa blogger yang seangkatan umur hahaha.. terus jadi semangat tau nak berblogging nih

    ReplyDelete
  9. Happy juga dapat kenal kak Fuzy tau.. semua yg tersenarai mommy blogger yang hebat2..

    ReplyDelete
  10. mrs pip singgah sini. wah hebat2 semua mommy blogger ni...

    ReplyDelete
  11. Tenkiu umi. Kite pun dah start follow umi. Salam perkenalan.

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!