Sandwich Pattaya Sarapan Pagi Yang Mudah Sedap Kenyang Sampai Petang

by - April 13, 2020

Sandwich Pattaya Sarapan Pagi Yang Mudah Sedap Kenyang Sampai Petang | Good morning peeps! Ok buat yang buntu nak buat sarapan pagi tu mungkin boleh cuba resepi simple yang mudah sedap kenyang sampai petang ni.  Dipetik dari ayat hubby masa mula-mula hidangkan dia sarapan pagi yang mudah ni.  Part kenyang sampai petang ni sebenarnya tidak mungkin bagi mereka yang suka makan dan makan banyak macam anak bujang sulung tu..


Sandwich Pattaya Sarapan Pagi Yang Mudah Sedap Kenyang Sampai Petang

Bahan-bahan:-
2 biji telur
2 keping roti Gardenia
Tuna Saba Mackarel Flakes Ayam Brand
Bawang, dipotong dadu
4 biji cili api, dihiris
Mayonis Kimball
Sos cili Life



Cara membuatnya

  • Panaskan kuali dan letakkan sedikit mentega. Masukkan telur yang dipukul tadi dan dalam 2 minit gelekkan kuali supaya telur tu melebar macam nak buat nasi goreng pattaya


  • Letakkan sekeping roti, sapukan tuna/sardin, letakkan mayonis dan sos cili. Letakkan cheese dan akhir sekali letakkan sekeping lagi roti.


  • Lipatkan telur dengan cara membungkus telur.  Biarkan seketika dan boleh diangkat untuk dihidangkan


Sandwich Pattaya Sarapan Pagi Yang Mudah Sedap Kenyang Sampai Petang

Selain tuna, sardin merupakan bahan yang cukup mudah kalau ada dalam stok atau mungkin letak sosej yang dihiris berserta daun bawang yang dihiris atau letak salami pun sedap.

Kalau nak guna sos cili dan sos ikan tumpang 

Selamat mencuba!

You May Also Like

4 Comments

  1. Wah, nampak menarik ni. Boleh cuba sebab dah hampir kering juga idea nak memasak. Hehe.

    ReplyDelete
  2. nampak pon sedap je tu. tuna memang favourite. agaknya letak isi ayam pon sedap kot

    ReplyDelete
  3. Baru nak try. sekali tak cukup 2 bahan,daaa..KIV la dulu..Nanti keluar beli barang, masukkan 2 bahan ni dalam senarai utk beli..

    ReplyDelete
  4. Menarik ni, tak pernah cuba buat lagi..:) done follow u back, tq for coming my blog sis..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!