Eid Mubarak! Minal Aidin Wafa'izin Salam Aidil Fitri Buat Semua |  Salam Syawal 1441H dari kami sekeluarga yang tahun ni hanya beraya di Kuala Lumpur.  Sepatutnya kalau mengikut giliran, kami akan beraya di Kedah namun disebabkan pandemik Covid-19 bukan kami saja tapi semua rakyat Malaysia tidak dibenarkan merentas negeri.  Sedih? memang sedih bila perancangan harus bertukar tapi kita harus akur dan perlu fikirkan kesihatan diri dan mereka yang lanjut usia di kampung.    Mungkin ada antara kita yang risau bila tidak dapat berjumpa dan bermaafan dengan ibu bapanya  pada sambutan Aidil Fitri tahun ni apatah lagi mengenangkan tiada adik beradik yang tinggal berhampiran untuk menziarah mereka. Ya! memang risau tapi harapnya ada saudara mara dan jiran tetangga yang sudi tengok-tengokkan mereka dan membantu apa yang perlu dan selebihnya kita berdoa dan bertawakkal kepadaNya.

Bab tak dapat balik kampung ni ramai yang akan sensitif bila terdengar lagu raya berkumandang dan bak kata PM8, jangan putarkan lagu Dendang Perantau antaranya, dia rasa sedih dan saya pun setuju sebab nanti mau meleleh air mata en hubby.

Sesungguhnya sambutan Aidil Fitri tahun 2020 ni memang cukup berbeza dan mengajar kita banyak perkara dan semoga kita terus sabar, tabah dan InsyaAllah kita akan menang.

Dah siap ke kuih raya tu? Bagi saya tahun ni ada tambahan dan perubahan pada menu raya nanti dna tunggu saya update nanti.  Buat para suami jangan lupa untuk menjadi imam solat Aidil Fitri nanti, ajak isteri dan anak-anak untuk mengerjakan solat raya di rumah, baca SINI



Ada yang menarik untuk saya kongsikan bila ramai antara kita mengirim Ucapan Selamat Idul Fitri disertai tulisan Taqabbalallahu Minna Wa Minkum.

Jangan keliru, arti Taqabbalallahu Minna Wa Minkum saat Idul Fitri dan cara membalas ucapan itu yang benar.



Apa arti Taqabbalallahu Minna Wa Minkum dan bagaimana cara membalas ucapan itu yang benar?


Ketika seorang Muslim bertemu dengan sesama Muslim pada momen Idulfitri, para sahabat Nabi mencontohkan untuk mengucapkan selamat hari raya dengan ucapan sekaligus doa:


تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَ مِنْكُمْ

Taqabbalallahu Minna Wa Minkum
"Semoga Allah menerima (puasa dan amal) dari kami dan (puasa dan amal) dari kalian."

“Para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam apabila bertemu di hari raya, mereka mengucapkan kepada sebagian lainnya: taqabbalallahu minna wa minka,” tulis Ibnu Hajar Al Asqalani dalam kitab Fathul Baari.

Lalu bagaimana jawaban Taqabbalallahu Minna Wa Minkum?

Dalam riwayat sahabat dan salafush shalih yang sampai kepada kita, jawaban Taqabbalallahu Minna Wa Minkum adalah doa yang sama: Taqabbalallahu Minna Wa Minkum.

sumber :  https://makassar.tribunnews.comhttps://makassar.tribunnews.com/2019/06/04/jangan-keliru-arti-taqabbalallahu-minna-wa-minkum-saat-idul-fitri-dan-cara-benar-balas-ucapan-itu

8 Comments

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf Zahir Dan Batin untuk akak sekeluarga ya.

    ReplyDelete
  2. Salam lebaran 1441H
    maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  3. Salam aidilfitri 2020, maaf zahir batin #staysafe #stayhome

    ReplyDelete
  4. Salam aidilfitri 2020, maaf zahir batin #staysafe #stayhome

    ReplyDelete
  5. Selamat hari raya PKPB
    Maaf zahir batin ya!

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Raya Aidilfitri Kak Fuzy! :)
    Takpe, semoga dengan kesabaran kita semua hari ini dapat menjaga dan memelihara keselamatan ahli keluarga kita yang lain #staysafe

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!