7 Sajian Hari Raya Wajib Ada Bagi Meyambut Aidil Fitri| Sejak PKP ni segala benda kita tak berapa nak ingat antaranya tarikh hari ni, hari apa sebabnya en hubby dan anak-anak semua kat dalam rumah duduk lepak macam hari minggu. Letih yaamat sebab memasak 4 kali sehari dan mujur Ramadan tiba jadinya memasak 2 kali sahaja tapi saya masih tetap memasak untuk bonda yang dah lanjut usia.


Pejam, celik, baring, ke depan ke belakang dan mundar mandir dalam teratak yang kecil ni tup tup Ramadan pun dah berakhir..Ya Allah cepat sungguh waktu berlalu dan banyak perkara yang tak sempat dibuat secara berkualiti tapi Alhamdullillah, bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk merayakan Aidilfitri tahun ni.

7 Sajian Hari Raya Sambut Aidil Fitri

Sememangnya 7 sajian ni antara sajian wajib bila tiba Aidilfitri yang akan disediakan di petang  menjelang Aidil Fitri dan ada antaranya akan terhidang di meja makan di rumah masing-masing yang membezakan pagi kita dengan pagi-pagi yang lain. Kalau tidak setiap pagi hidangan minum pagi kita secangkir nescafe, sandwich atau mungkin nasi lemak dan mee goreng kan. Tapi mungkin ada yang lebih moden tiada ketupat apalagi nasi impit dengan rendang atas sebab tersendiri tapi bagi saya sajian inilah yang mewarnakan hari kemenangan setelah sebulan menahan lapar dan dahaga ditambah dengan amalan untuk mendapat pahala dan keredhaanNya


Pagi Aidil Fitri anda macam mana pulak ya? Pagi Aidil Fitri kami bermula mandi sunat dan solat Aidil Fitri bersama keluarga di rumah kerana masih lagi PKP dan selepas soalt en hubby membacakan khutbah dari teks kekeluarga yang saya kongsi sebelum ni, baca SINI yang cukup menyebakkan jiwa saya dan dia sendiri. 




1. Ketupat Palas Resepi Bonda Mertua

7 Sajian Hari Raya Wajib Ada Bagi Meyambut Aidil Fitri

Bahan-bahan:-
Bahan-bahan 
1 kilo beras putih susu
1 kilo santan pekat
1 cawan kacang mata satu, direndam semalaman
2 helai daun pandan, dikerat 4
garam secukup rasa


Cara penyediaan:- 
  1. Rendam beras pulut dalam 4 jam dan ditoskan airnya tapi kalau pulut susu, tak perlu rendam lama sebab beras pulut susu mudah lembut. 
  2. Masak santan dengan daun pandan di dalam periuk, dengan api perlahan hingga nampak santan hampir mendidih masukkan beras pulut, kacang serta garam.  
  3. Kacau pulut dengan kerap supaya tidak melekat dan sehingga kuah menjadi likat dan beras separuh masak
  4. Tutup api dan biarkan sejuk sebelum boleh dimasukkan kedalam ketupat


Cara merebus:-
  • Panaskan air didalam periuk hingga mendidih dan kemudian masukkan ketupat sehingga tenggelam.
  • Masak sehingga air tersebut kering. Keluarkan ketupat dan toskan.
  • Ketupat boleh juga dikukus dalam 11/2 atau sehingga ketupat mulai masak
  • Beras pulut yang dimasak boleh memuatkan dalam 40 biji ketupat palas saiz sederhana tapi kalau pulut yang lebih, bungkus je beras pulut seperti burakas atau kuih lopes

Nota:-
  • Kalau nak buat frozen, selepas proses bungkus terus simpan dalam freezer. Nak guna barulah direbus sehingga masak cantik. Ketupat ni tahan berbulan2 kalau simpan di dalam freezer
  • Selalunya daun pandan disimpul tapi kali ni hanya dipotong sebab rasa rugi bila pulut melekat di celah simpulan tu, nak colek masuk mulut tak boleh sebab berpuasa hehee


2. Ketupat Jawi Kesukaan Bonda Chik

Teringat dulu Allahyarham abah dan bonda akan bersama-sama menganyam ketupat dan tugasan saya cuma terikkan anyaman sebelum dimasukkan beras.  Memang kekadang tu jenuh la jugak tapi saya berjaya kali ni dan hasilnya ketupat jawi jadi cantik.

7 Sajian Hari Raya Wajib Ada Bagi Meyambut Aidil Fitri

Cara penyediaan:-
Beras dibasuh bersih dan ditoskan hingga kering.  Sediakan kelonsong beras jawi dan masukkan lebih kurang separuh dari kelonsong dan kemudian dikemaskan anyaman sebelum direbus


3. Nasi Impit

Teringat zaman kanak-kanak dulu bila Bonda Chik buat nasi impit dengan memasak beras hingga jadi kembang lepastu dimasukkan kedalam talam dan ditindan dengan batu giling untuk memampatkan nasi impit dan Kak Uda saya pulak akan membungkus beras di dalam plastik yang kemudiannya di rebus sama seperit nasi impit Nona atau jenama lain, memang lembut dan wangi

7 Sajian Hari Raya Wajib Ada Bagi Meyambut Aidil Fitri

4. Resepi Gulai Daging Utara 

7 Sajian Hari Raya Wajib Ada Bagi Meyambut Aidil Fitri

Bahan-bahan:-
2 kilo daging, dipotong kecil
5 bungkus rempah kari ikan cap O
¼ cawan kerisik
1 kilo pati santan
4 cawan air
garam secukup rasa
¼ cawan minyak

Bahan Tumis:-
8  bawang merah, dihiris/tumbuk
4 bawang putih, dihiris/tumbuk
2 inci halia, dihiris/tumbuk
5 buah pelaga
2 bunga lawang
5 bunga cengkih
1 tangkai daun kari

cara membuatnya:-
  1. Perap daging yang telah dipotong dengan rempak kari dalam 15 - 20 minit.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumisan hingga naik bau dan bawang kekuningan kemudian masukkan daun kari
  3. Masukkan daging yang telah diperap, masak hingga naik minyak
  4. Masukkan santan dan air, biarkan daging direnih dengan api sederhana
  5. Bila kuah dah mengelegak, masukkan kerisik dan kacau biar sebati
  6. Tutup api dan masukkan garam secukup rasa.

5. Resepi Rendang Ayam Kampung

7 Sajian Hari Raya Wajib Ada Bagi Meyambut Aidil Fitri
Bahan-Bahan:-
1 ekor ayam kampung
800 ml santan Ayam Brand atau ½ kilo santan pekat
3 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit
2 helai daun limau purut (optional)
2 keping asam keping
garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan untuk kisar halus:-
15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 ketul kunyit hidup
2 inci lengkuas
4 batang serai

Cara Penyediaan:-
  1. Bersihkan ayam, potong dalam saiz yang kecil dan toskan. Kalau guna ayam biasa, tak perlu potong kecil tapi terpulang ikut selera masing-masing
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak dan garing. 
  3. Masukkan pula ayam dan biarkan masak selama 5-10 minit. Tambah air supaya rempah akan sebati dengan isi ayam.
  4. Bila kuah menjadi agak kering, masukkan santan dan asam keping. Kacau perlahan-lahan di atas api sederhana sehingga kuah menjadi pekat.
  5. Masukkan kerisik, daun kunyit dan daun limau purut dan biarkan kuah menjadi pekat 
  6. Tutup api dan perasakan dengan garam secukup rasa. Tabur dengan hirisan daun kunyit sebagai hiasan.

Tips:-
  • Ayam kampung ni sebaiknya direbus hingga menjadi lembut tapi terpulang kepada masing-masing
  • Kalau anda menggunakan ayam daging, keluarkan ayam yang sudah masak dan kuah dimasak hingga menjadi pekat, dimasukkan semula isi ayam ke dalam kuah supaya isi tidak hancur.
  • Disyorkan menggunakan gula melaka sekiranya inginkan rasa yang manis dan rasa rendang jadi lebih sedap.

6. Kuah Kacang Resepi Bonda Chik

Kuah Kacang ni bonda akan jadikan pencicah untuk ketupat jawi ataupun nasi impit.

7 Sajian Hari Raya Wajib Ada Bagi Meyambut Aidil Fitri
Bahan-bahan:-
½ kilo kacang tanah
2 biji bawang besar, dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
2 inci halia, dikisar
1 inci lengkuas, dikisar
4 batang serai, dikisar
10 tangkai cili kering, direbus dan dikisar
setengah sudu kecil udang kering
1 sudu besar asam jawa
1 ruas gula melaka
1 sudu kerisik
sedikit belacan
Garam secukupnya

Caranya:-
  1. Kacang dibersihkan dan buang kacang yang buruk, batu dan anasir selain kacang, dibasuh dan ditoskan dan pastikannya benar-benar kering dengan menjemur di panas matahari. Kacang kemudiannya digoreng berserta dengan kulitnya dengan minyak hingga bertukar kekuningan. Bila kacang sudah sejuk, kisar bersama kulit hingga halus atau ikut kesukaan
  2. Panaskan minyak di dalam kualai dan tumis bahan yang dikisar hingga naik bau.  
  3. Masukkan kacang yang dikisar dengan air dan biar dimasak dengan mesra dan sekata.  Pastikan api sederhana
  4. Masukkan gula dan air asam jawa serta kerisik dan biarkan dimasak dan dikacau sesekali supaya masakan tidak melekat di dasar

7. Sambal Kelapa Resepi Bonda Chik

Sambal Kelapa ni memang antara menu wajib bonda untuk dimakan bersama ketupat jawi dan sebagai backup untuk rendang daging campur malahan sambal kelapa ni bonda akan masak bila-bila dia teringin dan dimakan waktu sarapan pagi atau petang.

7 Sajian Hari Raya Wajib Ada Bagi Meyambut Aidil Fitri

Bahan-bahan:-
2 biji kelapa parut
½ sudu kecil udang kering, dibasuh
garam secukup rasa

Bahan untuk dikisar:-
10 tangkai cili kering, direbus
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia, dikisar
1 inci lengkuas, dikisar
4 batang serai, dikisar


Cara membuatnya:-

  • Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar seketika dan masukkan kelapa parut tadi.  Digaul hingga sebati dan sekata. Perasakan garam dan biarkan sambal kelapa kelihatan agak kering dan tutup api.



Artikel berkaitan :