23 Tips Lembutkan Daging Agar Daging Empuk Dan Tidak Liat | Bila memasak daging ni tak kira la nak buat daging goreng, pasti rasa geram sebab makan daging liat dan jenuh nak dikunyah.  Masalah orang gigi penuh satu hal dan masalah orang yang bergigi palsu apalagi buat bonda yang gigi pun dah tinggal beberapa kerat tu lagi payah.  


23 Tips Lembutkan Daging Agar Daging Empuk Dan Tidak Liat



Banyak petua melembutkan daging bakar, cara melembutkan tulang daging, petua melembutkan daging kambing dan petua melembutkan daging itik pastinya dengan menggunakan periuk tembikar ni dan Alhamdulillah semuanya berhasil.


Juga pernah tahu cara memotong daging juga penting dengan dipotong arah berlawanan dengan urat daging dan pastikan periuk ditutup semasa daging direbus atau dimasak. Jadi saya kongsikan beberapa petua melembutkan daging yang pernah saya cuba untuk anda mencuba pulak.

23 Tips Lembutkan Daging Agar Daging Empuk Dan Tidak Liat



1. Guna periuk tembikar
Sejak ada periuk ni dah lebih 10 tahun rasanya, tak pernah mungkir dan daging gulai atau sup yang dimasak dengan cara merebus dalam periuk ni memang lembut. Apa pun bergantung pada jenis daging juga.


2. Daun pandan
Ambil 2 helai daun pandan, simpulkan dan masukkan kedalam periuk yang berisi daging yang direbus. Memang berkesan dan daging akan lembut dan wangi serta sedap untuk dimakan


3. Daun pisang
Ambil daun pisang abu dan lapkan dahulu sampai bersih.  Kemudian carik-carikkan daun pisang abut dan masukkan kedalam kuali bersama daging yang hendak dimasak. Cara ini pun saya sudah cuba dan berhasil.


4. Periuk pressure cooker
Kalau ada sesiapa punya periuk pressure cooker, masukkan saja daging dan masalah akan selesai tak  sampai 2 jam. 

Walau bagaimanapun cara lama ini lebih unik dan keenakan daging tu terasa sedap berbanding cara moden ni. Setiap orang punya citarasa yang berbeza kan jadi tidak pada dia tapi tidak juga pada orang lain


5. Biji kurma/buah kurma
Masukkan 4 -5 biji buah kurma ke dalam daging yang sedang direbus, selain melembutkan biji kurma akan menjadi pemanis semulajadi kepada daging. Cara yang wajar dicuba sebab petua melembutkan daging yang disyorkan 


6. Buah Keras
Tumbuk buah keras sampai lumat guna dan masukkan kedalam masakan seperti gulai daging atau daging goreng dan masak. Tumbuk lumat buah keras, lalu masukkan ke dalam ramuan gulai daging. Daging akan lebih cepat empuk


7. Daun nangka
Bersihkan beberapa helai daun nangka dan masukkan kedalam periuk bersama daging yang hendak direbus atau dalam masakan.  Ada yang pernah mencuba? kalau ada tak pahit ke rasa daging tu?


8. Pinang Tua
Ambil setengah atau sebiji pinang tua, kupas dan bersihkan, kemudian masukkan kedalam periuk yang dimasak sekali dengan daging


9. Tebu
buangkan kulit dan bersihkan, ptoong tebu secara memanjang seruas-ruas. Masukkan isi tebu kedalam kuali berisi daging masak rendang atau sup dan dimasak hingga empuk


10. Sudu besi atau tembaga
Letakkan sebatang sudu / garfu ke dalam periuk dan rebus bersama daging. Memang cepat lembut sebab dipercayai sudu ni dapat tingkatkan suhu dalam periuk. Selain guna sudu besi / tembaga, ramai juga menggunakan sudu porselin / kaca. Dipercayai sudu akan menyerap lebih haba / kepanasan yang membantu proses melembutkan daging.


11. Rebus Bersama Nanas
Nenas ni kata orang 'tajam' jadi fungsinya sangat berkesan untuk melembutkan daging dan membuatkan rasa daging lagi enak tapi guna nenas yang segar bukan nenas dalam tin ya. Kalau periuk kecil, cukup masukkan 1 atau 2 hirisan nanas.


12. Rendam Bersama Soda Bikarbonat.
Sebelum daging dimasak, terlebih dahulu lumur daging dengan soda bikarbonat. Ia hanya mengambil masa tidak terlalu lama untuk menunggu daging lembut. Apabila daging agak lembut, basuh dulu daging sebelum masak.

Pengalaman saya menggunakan soda bikarbonat ni cukup mengecewakan sebab bila daging dimasak tu rerasa agak pelik dan memang tak boleh masuk dalam tekak.  Dok terfikir mungkin sebab tak habis kesan soda bikarbonat, rasanya dah cukup bersih saya basuh.  Ada yang pernah mencuba? 


13. Potong Daging Lawan Urat.
Semasa memotong daging, kita tengok dulu ‘urat’ daging, potong lawan arah supaya urat-urat daging terputus dan senang daging nak empuk. Kalau saya memang kurang arif sebab daging yang saya beli tu selalunya daging tempatan segar dan dah siap minta si penjual di Pasar Dato Keramat tu tolong hiriskan.

23 Tips Lembutkan Daging Agar Daging Empuk Dan Tidak Liat



14. Rebus Daging Guna Periuk Bertutup.
Petua orang dulu, daging yang kita sedang rebus, perlu ditutup rapat dengan penutup periuk. Letakkan pemberat seperti  lesung batu atau apa saja yang berat supaya wap air tidak keluar.


15. Guna panadol
Masukkan panadol ke dalam rebusan daging. Petua ini biasa di dengar diamalkan di majlis kenduri yang biasanya memasak daging dalam jumlah yang sangat banyak. Tak pasti keberkesanannya. Ada yang penah mencuba?


16. Buah betik muda dan daun betik
Potong atau hiriskan betik muda dan rebuskan bersama daging. Pastikan anda kupas kulit dan buangkan biji terlebih dahulu kemudian baru masukkan ke dalam rebusan daging. 


17. Daun betik
Difahamkan ianya disyorkan terutama unutk buat sate daging.  Hiriskan terlebih dahulu daging yang hedak dimasak, lumurkan daging dengan bahan perencahnya.  Bungkus daging dengan daun betik selama 1 jam.  Setelah itu daging dibakar.

Ada yang mengatakan memasukkan daun betik sewaktu merebus daging dan pengalaman saya sendiri tu memang cukup mengecewakan sebab daging terasa pahit macam daun betik tu tapi mungkin silap cara saya kot. Ada yang pernah guna daun betik dan berhasil?


18. Jus limau/lemon
Lemon atau limau nipis memiliki kandungan asid bagi membantu melembutkan daging dengan kadar yang cepat. Mudah caranya dengan menghiris nipis atau potong lemon dan perahkan ke dalam rebusan daging. Selain itu, anda juga boleh perahkan lemon ke daging dan dibiarkan selama beberapa jam atau semalaman.


19. Cuka
Perap daging yang telah dipotong dengan sedikit cuka makan selama lebih kurang 15 - 20 minit. Selepas itu toskannya hingga kering, lalu masak seperti biasa. Anda hanya perlu memastikan api dapur berada pada tahap sederhana ketika daging itu hampir menggelegak. Hasilnya daging lebih cepat empuk dan rasanya juga amat sedap.


20. Guna santan
Rebus daging bersama-sama pati santan kelapa hingga mendidih. Bagi sekilo daging, gunakan sebiji kelapa. Selain daging menjadi empuk, daging juga lebih terasa lemak dan enak kerana telah diserap santan didalamnya dan daging juga akan lebih lembut jika dipotong dengan cara yang betul


21. Tempe
Kepingan tempe juga selalu digunakan untuk melembutkan gulai daging. Hanya masukkannya ke dalam masakan dan biarkan. Rasanya ragi yang digunakan dalam tempe yang memainkan peranan melembutkan daging, ada yang pernah mencuba?


22. Batang ubi kayu
Anda juga boleh cuba menggunakan keratan batang ubi kayu. Pastikan batang ubi kayu itu dibersihkan terlebih dahulu. Masukkan ke dalam periuk ketika ia sedang mendidih sahaja. Biarkan selama 10 – 15 minit, lalu angkat serta asingkan batang ubi kayu tersebut. Ada yang pernah mencuba petua ni? tak pahit?


23. Tepung dan kicap
Gaul daging bersama tepung dan perapkan dengan kicap selama 30 minit sebelum dimasak atau cara lainya, rendamkan daging yang sudah dipotong dengan tepung gandum atau jagung untuk seketika sebelum memasak.


Tips 

  • Apa pun kena tahu antara perkara penting dalam memasak daging ni, jangan letak garam ketika daging sedang direbus atau dimasak. Garam masuk akhir sekali.  
  • bukan semua jenis tips boleh diguna pakai untuk sebarang masakan dengan daging seperti kalau masak kari mungkin tak boleh perap dengan cuka sebab rasa masam tu tetap akan dirasai. Ini pendapat saya tapi mungkin ada yang pernah mencuba, boleh la berkongsi pengalaman anda juga  di ruangan komen.
  • Semasa memasak daging, pastikan api dapur berada pada tahap sederhana ketika masakan daging itu hampir menggelegak. Hasilnya daging lebih cepat empuk dan rasanya juga amat sedap.

Selamat mencuba!