Resepi 15 Jenis  Kerabu Sedap Pasti Buat Terliur | Tak sangka yang kerabu ni punya daya tarikan yang bila kita tengok pun dah boleh buat rasa terliur apatah lagi kerabu yang menggunakan kerisik buatan sendiri dan beras sangai yang aromanya buat kita terasa lapar.  Ada yang memanggil kerabu sebagai urap tapi secara amnya seakan sama atau ada sesiapa yang tahu membezakan keduanya?

Kerabu ni selalunya menjadi pembangkit selera tapi ada yang tak suka sebab kebanyakan kerabu menggunakan daun herba seperti daun kaduk, cekur, serai dan ada yang rare  seperti paku rawan. Ada antara kerabu ni sedap bila ianya sejuk maksudnya di masukkan kedalam peti sejuk dalam 20 hingga 30 minit sebelum dihidangkan bersama nasi panas selepas disediakan. Tepuk dada tanya selera!

Resepi 15 Jenis  Kerabu Sedap Pasti Buat Terliur
Nota:-
Beras sangai - beras dibasuh dengan dilalukan air dan toskan biar benar-benar kering sebelum disangai (goreng kering tanpa minyak, tanpa air) hingga kekuningan dan sedikit gelap tapi bukan hangit kemudian di tumbuk tapi jangan sampai hancur.

Untuk memudahkan, boleh tengok senarai resepi 15 jenis kerabu sedap yang pasti akan membuka selera sewaktu dibuat apatah lagi bila masuk ke mulut. Selamat mencuba!

1. Resepi Daun Kerabu Pegaga
2. Resepi Kerabu Tembikai
3. Resepi Kerabu Perut Ala Thai
4. Resepi Kerabu Kaki Ayam
5. Resepi Kerabu Timun Bersantan
6. Resepi Kerabu Paku Rawan
7. Resepi Kerabu Taugeh Dengan Kerang
8. Resepi Kerabu Timun Dengan Ikan Rebus
9. Resepi Kerabu Belimbing Kering
10. Resepi Kerabu Daun Kaduk
11. Resepi Kerabu Mangga
12. Resepi Kerabu Suhun Ikan Bilis
13. Resepi Kerabu Kacang Botor
14. Resepi Kerabu Bunga Betik
15. Resepi Kerabu Ikan Bilis


1. Resepi Daun Kerabu Pegaga
Resepi 15 Jenis  Kerabu Sedap Pasti Buat Terliur
Bahan-bahan:-
2 ikat daun pegaga kerinting
150 gm udang (nak letak lebih pun boleh)

Bahan-bahan untuk dikisar:-
10 biji cili kering dibuang biji dan dibasuh kemudian direbus 
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
belacan sebesar ibu jari
asam jawa sedikit
kelapa parut bahagian putih
garam secukup rasa

Cara membuatnya:-
Daun pegaga yang telah dibersihkan, dibasuh, dihiris halus kemudian direndam dalam bekas berisi air dan dimasukkan garam dalam 10 min, toskan dan diperah. Udang dibuang kulit, bahagian hitam kat belakang tu dan direbus. Toskan dan air rebusan udang nanti dimasukkan dalam bahan yang hendak dikisar. Bahan yang telah dikisar dimasukkan ke dalam bekas, masukkan daun pegaga serta udang serta garam, digaul hingga sebati. Siap!


2. Resepi Kerabu Tembikai
Resepi 15 Jenis  Kerabu Sedap Pasti Buat Terliur

Bahan-bahan:-
Tembikai
Belacan
Cili api - dihiris
Cili masak - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
garam secukup rasa

Cara membuatnya:-
Kikis isi tembikai (selepas diambil isi yang merah untuk dimakan) dengan menggunakan sudu tapi jangan sampai korek sampai ke kulit pulak ya. Larutkan belacan dengan sedikit air, masukkan bawang, cili api dan cili merah dan kemudian isi tembikai, gaul sampai sebati dan masukkan garam sesedap rasa. Siap!


3. Resepi Kerabu Perut Ala Thai
Resepi 15 Jenis  Kerabu Sedap Pasti Buat Terliur

Bahan-bahan:-
500gm perut lembu, dibersihkan dan direbus dengan asam keping.  Direbus hingga lembut
3 batang kacang panjang (tapi untuk resepi kali ni tak letak hehe)
2 batang serai, dihiris halus
3 ulas bawang merah, dihiris halus
1 labu bawang besar, dihiris nipis
10 biji cili padi, dihiris
1 biji tomato, dipotong kiub
4 biji limau kasturi, diambil jusnya
3 pokok daun ketumbar, diracik halus
2 sudu sos ikan
2 sudu kerisik
Daun kesum, diracik halus
¾ sudu gula
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:-
Rebus perut dengan asam keping hingga lembut dan kemudian toskan. Satukan perut dengan kesemua bahan yang dihiris/dipotong dan digaul rata. Masukkan jus limau kasturi, sos ikan, gula dan garam secukup rasa. Siap!


4. Resepi Kerabu Kaki Ayam
Resepi 15 Jenis  Kerabu Sedap Pasti Buat Terliur

Bahan-bahan:-
350 gm kaki ayam, dibersihkan
5 ulas bawang merah, dimayang
1 labu bawang besar, dihiris
2 batang serai, dimayang halus
5 biji limau kasturi, diambil jusnya
5 biji cili api, dihiris
2 pokok ketumbar, dihiris halus
5 - 7 helai daun selasih, dihiris halus (kalau tak suka tak perlu letak)
2 helai daun limau purut, dihiris halus (kalau tak suka tak perlu letak)
2 sudu sos ikan
gula dan garam secukup rasa


Cara membuatnya:-
Kaki ayam dibersihkan, direbus hingga empuk dengan asam keping.  Angkat dan toskan.  Bila dah sejuk boleh la ditanggalkan (diperisi) isi dari tulang. Masukkan kesemua  bahan yang telah dihiris, dimayang dan dipotong serta kaki ayam ke dalam bekas dan digaul hingga rata.  Masukkan air perahan limau kasturi, sos nampla serta garam dan gula secukup rasa. Siap.


5. Resepi Kerabu Timun Bersantan
Resepi 15 Jenis  Kerabu Sedap Pasti Buat Terliur
Bahan-bahan:-
7 batang cili kering, dibuang biji, direndam dalam air supaya lembut *
* nak letak cili api pun boleh jugak
4 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
Segengam udang kering, ditumbuk kasar
1 sudu lada hitam *
Garam secukup rasa
2 biji timun dibuang kulit kemudian disagat/parut
1 labu bawang besar dimayang
1 cawan santan pekat

*ditumbuk hingga lumat

Cara membuatnya:-
Timun yang telah disagat/parut diperah dan buang airnya dan disatukan dengan bawang dan  bahan yang ditumbuk, digaul hingga mesra dan masukkan santan, digaul hingga sebati dan masukkan garam secukup rasa.


6. Resepi Kerabu Paku Rawan
Resepi 15 Jenis  Kerabu Sedap Pasti Buat Terliur
Bahan-bahan:-
1 - 2 ikat pucuk paku rawan, direbus dan ditoskan
½ kilo kerang. direbus tanpa air, dikopek
10 tangkai cili kering, dibuang biji *
4 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
½ inci halia *
sedikit belacan *
½  cawan perahan air asam jawa
1 gengam beras sangai, ditumbuk kasar
2 - 3 sudu besar kerisik
1 labu bawang besar, dihiris
Garam secukup rasa


Cara membuatnya:-
Pucuk paku rawan yang ditosk, diperah airnya dan kemudiana digaul mesra dengan bahan yang ditumbuk.  Kemudian masukkan kerang, peraahan air asam jawa, kerisik, beras sangai, digaul hingga mesra dan garam secukup rasa. Siap!


7. Resepi Kerabu Taugeh Dengan Kerang
Resepi 15 Jenis  Kerabu Sedap Pasti Buat Terliur

Bahan-bahan:-
300 gm taugeh, dibersihkan dan dicelur sekejap dalam air panas, toskan
600 gm kerang, dibersihkan, direbus dan diambil isi
7 tangkai cili kering
3 ulas bawang kecil
1/2 cawan pekat air asam jawa
3 sudu kerisek
5 sudu beras sangai
garam secukup rasa

Bahan untuk hiasan:-
2 biji cili merah, dihiris
1 labu bawang besar, dimayang
3 biji cili api

Cara membuatnya:-
Cili kering ditumbuk hingga lumat, masukkan bawang merah dan ditumbuk jangan terlalu halus
Masukkan bahan yang ditumbuk kedalam bekas, masukkan air asam jawa, garam dan kerisek.  Gaul hingga rata
Masukkan kerang dan taugeh, digaul biar hingga rata, kemudian masukkan bawang besar, cili merah dan cili api, digaul rata dan akhir sekali taburkan beras goreng


8. Resepi Kerabu Timun Dengan Ikan Rebus
Resepi 15 Jenis  Kerabu Sedap Pasti Buat Terliur

Bahan-bahan:-
Ikan kembung dibasuh dan direbus
1 biji timun dibasuh dan dikelar memanjang dengan garfu, dihiris nipis
1 labu bwang besar
3 biji cili api
1 biji cili merah
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:-
Ikan kembung diperisi, dibuat tulang dan diramas supaya hancur kedalam bekas, kemudian masukkan timun yang telah dihiris, bawang besar, cili api serta cili masak, digaul mesra. Masukkan jus limau nipis dan digaul rata, masukkan garam mengikut cita rasa.  Siap!


8. Resepi Kerabu Belimbing Kering
Resepi 15 Jenis  Kerabu Sedap Pasti Buat Terliur
Bahan-bahan:-
5 batang serai
Segengam buah belimbing kering
5 ulas bawang merah kecil, hiris nipis
7 biji cili api
1 sudu kerisik

Cara membuatnya:
Serai dihiris halus kemudian dibasuh dan diperah buang airnya. Kalau tidak rasa serai ni akan buat rasa macam perit. Buah belimbing kering dihiris kecil dan dicampur ke dalam bekas dengan serai kemudian masukkan bawang kecil dimayang nipis (dibasuh dan diperah airnya) supaya kering dan dicampur dengan serai dan belimbing kering. Gaul kesemua bahan, masukkan sedikit kerisik yang akan menaikkan bau wangi kerabu ni dan akhir sekali taburkan cili api.  Siap
Nota : Garam tak perlu kerana buah belimbing buluh memang dikeringkan sudah digaul garam terlebih dahulu.



10. Resepi Kerabu Daun Kaduk
Resepi 15 Jenis  Kerabu Sedap Pasti Buat Terliur

Bahan-bahan:-

15 helai daun kaduk, dibasuh dan ditoskan
2 helai daun cekur (kalau tak letak pun tak apa)
3 biji limau kasturi
½ biji kelapa parut, ambil bahagian yang putih
garam secukup rasa

Bahan untuk ditumbuk:-
10 tangkai cili kering
3 tangkai cili api (kalau tak letak pun tak apa)
5 ulas bawang merah

Cara membuatnya:-
Daun kaduk yang telah ditos kering dihiris halus-halus. Masukkan bahan yang telah ditumbuk kedalam bekas bersama kelapa parut, gaul hingga mesra dan daun kaduk, perahan limau kasturi dan digaul hingga rata dengan garam secukup rasa.


11. Resepi Kerabu Mangga
Resepi 15 Jenis  Kerabu Sedap Pasti Buat Terliur

Bahan-bahan:-
2 biji mangga, dikupas dan dipotong memanjang
1 batang bunga kantan, dihiris nipis
1 batang serai, dihiris nipis
3 ulas bawang merah, dihiris nipis
1 labu bawang besar, dihiris nipis
1 biji cili merah, dihiris nipis
5 biji cili padi, dihiris nipis
segengam ikan bilis goreng
1 sudu sos ikan
1 sudu jus limau nipis
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:-
Campurkan mangga dengan garam dan air. Gaul sebati dan biarkan seketika untuk kurangkan rasa masam. Toskan airnya. Masukkan mangga ke dalam mangkuk bersama bahan ditumbuk, gaul hingga sebati kemudian masukkan  perahan jus limau, sos ikan, garam, gula dan ikan bilis goreng.  Gaul hingga sebati dan siap!

Kalau ada kacang goreng yang ditumbuk kasar, taburkan dan memang buat selera makin mencanak!


12. Resepi Kerabu Suhun Ikan Bilis
Resepi 15 Jenis  Kerabu Sedap Pasti Buat Terliur
Bahan-bahan:-
1 paket suhun
Cili padi, cili merah, bawang merah dan bawang putih, serai } dihiris halus
Daun limau purut dihiris halus
jus perahan limau kasturi
Sos ikan – 1 sudu besar
Kacang tanah goreng, ditumbuk (kalau suka)
garam secukup rasa

Cara-caranya:- 
Suhun yang sudah lembut ditoskan dan dimasukkan kedalam bekas, masukkan bahan yang dihiris halus tu bersama jus perahan limau kasturi dan sos ikan, digaul sampai sebati dan taburkan ikan bilis goreng.  Masukkan garam secukup rasa


13. Resepi Kerabu Kacang Botor
Resepi 15 Jenis  Kerabu Sedap Pasti Buat Terliur
pix sumber Google
Bahan-bahan:-
8 batang kacang kelisa/botor
1 labu bawang besar, dihiris
1 biji cili merah
½ mangkuk kecil isi udang, direbus dan ditoskan
1 sudu makan pes tomyam
2 sudu makan perahan limau kesturi
2 sudu makan kacang tanah goreng, ditumbuk kasar
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:-
Masukkan kacang botor yang dihiris nipis, bawang besar, cili merah dan semua bahan yang lain didalam mangkuk dan di gaul sebati dan garam secukup rasa. Siap.


14. Resepi Kerabu Bunga Betik
Resepi 15 Jenis  Kerabu Sedap Pasti Buat Terliur
pix sumber Google
Bahan-bahan:-
1 mangkuk bunga betik, asingkan batangnya dan direbus
1 labu bawang besar, dihiris
2 sudu jus perahan limau kasturi
1 sudu teh gula
5 biji cili merah
4 biji cili api
1 sudu teh belacan
3 biji bawang merah
2 sudu makan kerisik
1 sudu makan udang kering
½ cawan santan pekat
garam secukup rasa

Cara membuatnya:-
Bunga betik yang telah direbus, ditoskan. Cili merah, cili api, belacan, bawang merah dan udang kering ditumbuk. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk, gaulkan rata dan masukkan garam secukup rasa. Siap.


15. Resepi Kerabu Ikan Bilis
Resepi 15 Jenis  Kerabu Sedap Pasti Buat Terliur
pix sumber Google

Bahan-bahan:-
1 mangkuk ikan bilis, dibasuh dan digoreng
1 labu bawang besar
1 kuntum bunga kantan
1 biji manga muda
5 biji cili api
3 sudu jus limau kasturi
1 sudu teh gula
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:-
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaulkan hingga sebati. Siap.


11 Comments

  1. ya Allah... meleleh air liur

    ReplyDelete
  2. Sedapnya kerabu! Saya suka makan kerabu sbb ranggup² kalau kena cukup rasa mmg habis cepatlah. Hehehe

    ReplyDelete
  3. Sedapnya...kerabu tembikai tak pernah mkn..

    ReplyDelete
  4. Dina lah hantu kerabu. Kerabu memang kegemaran Dina!

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum. Kerabu ni bagus utk diet dan awet muda sebab guna bahan2 alam semulajadi.

    ReplyDelete
  6. waaahhhhhh, first time tau ada byk jenis kerabu. selalunya dengar kerabu mangga, kerabu bunga betik je.... hhee, boleh try lah lepas ni <3

    ReplyDelete
  7. Kerabu fav ana setiap kali puasa mesti kerabu kacang botol kak. Pembuka selera terbaik tu.

    ReplyDelete
  8. terima kasih share resepi.... :D

    ReplyDelete
  9. ya Allah sedapnya semuaaaa

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!