Sajian Fusion Cukup Menarik Di Restoran Anggun Chef  | Tahniah buat Anggun Chef yang baru-baru ini merasmikan pembukaan Restoran Anggun Chef di South Entrance MITEC. Ruang restoran yang cukup luas dan selesa ditambah pula dengan dekorasi yang cukup ringkas tapi cukup menarik dan elegan apabila melangkah masuk ke ruang restoran. Di bahagian luar terdapat buaian untuk pelanggan merakam gambar kenangan.

Anggun Chef dahulunya dikenali sebagai Anggun Fusion,  telah membuka restoran pertamanya di Plaza Damas 3 pada 12 January 2013. Penyertaan Anggun Fusion sebagai food vendor di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (Mitec) telah membuat ruang kepada Anggun Fusion untuk terus melebarkan sayapnya.

Sajian Fusion Cukup Menarik Di Restoran Anggun Chef 

Sajian Fusion Cukup Menarik Di Restoran Anggun Chef
gambar sumber IG Anggun Chef
Anggun Chef memperkenalkan hidangan fusion yang menggabungkan masakan barat dan Asia sebagai suatu kelainan dan tarikan untuk masyarakat Malaysia dan terdapat lebih 20 menu untuk dipilih dan saya pasti sajian signature yang disajikan disini sememangnya akan menjadi tarikan. Menariknya lagi, bahan-bahan yang digunakan di Anggun Chef adalah jenis premium dan setiap masakan tidak mengandungi sebarang gula tiruan mahupun MSG. - Cik Mimie Azura, pemilik Anggun Chef 

Dengan bertemakan "Elegance In Flavours" begitu juga dengan hidangan yang disajikan cukup unik dan elegan dalam kepelbagaian yang direalisasikan ke dalam setiap hidangan dari chef yang berpengalaman.



Sajian Fusion Cukup Menarik Di Restoran Anggun Chef 

Nasi Lemak Anggun RPB merupakan sajian signature Anggun Chef yang disajikan Ayam Rendang Peanut Butter (RPB).  Rasa rendang yang cukup berlainan dari rendang biasa yang saya pernah makan dan rasa lemak yang tidak keterlaluan, tidak pedas dan cukup istimewa.  Nasi Lemak RPB cukup lengkap dengan bahan sampingan seperti ikan bilis goreng, kacang, timun, telur dan sambal tumis yang menepati selera


Sajian Fusion Cukup Menarik Di Restoran Anggun Chef 

Anggun Asam Pedas Lamb Grill yang disajikan bersama spaghetti ni memang cukup unik bila digandingkan dan wajar dicuba kalau anda ke sini.

Sajian Fusion Cukup Menarik Di Restoran Anggun Chef 

Bagi peminat daging tetel, anda boleh mencuba Anggun Asam Pedas yang disajikan dengan daging tetel dan anda boleh membuat pilihan antara daging tetel atau ayam untuk dimakan bersama nasi kukus serta ulaman.

Sajian Fusion Cukup Menarik Di Restoran Anggun Chef 

Peminat piza boleh mencuba piza pan crust Magherita atau Hawaian Beef/Chicken ataupun Marinara yang sememangnya sedap dan dihidangkan dan sebagai peminat piza, memang ni la yang saya dok ulang makan.


Sajian Fusion Cukup Menarik Di Restoran Anggun Chef 

Antara dessert yang harus dicuba
Sajian Fusion Cukup Menarik Di Restoran Anggun Chef 

Mim's Seri Muka  (Seri Muka brûlée) yang cukup unik dan wangi dengan karamel pandan dibahagian 

Sajian Fusion Cukup Menarik Di Restoran Anggun Chef 
Dah kenyang dengan sajian berat, kita minum Caramel macchiato atau Lemon Basil sambil menikmati pelbagai jenis cookies yang di buat oleh Chef XXX yang berasal dari Peranchis.  Menariknya setiap kopi yang disajikan pihak Anggun Chef menggunakan biji kopi yang diimport dari Peranchis, dikisar dan dijadikan minuman mengikut permintaan pelanggan. Patut lah Cappucino yang diminum tu sedap!

Sajian Fusion Cukup Menarik Di Restoran Anggun Chef 

Bagi yang menyukai minuman sejuk, wajar mencuba minuman sejuk seperti Frozen Virgin Margarita, Apple Mint Virgin Mojito, Blueberry Virgin Mojito yang pasti menyegarkan tekak anda.


Sajian Fusion Cukup Menarik Di Restoran Anggun Chef 
Kalau dah datang makan disini, jangan lepaskan peluang bergambar di buaian yang terletak di bahagian luar restoran ini dan jangan lupa letakkan #AnggunCradle disetiap gambar atau video yang anda muatnaik ke laman social media kerana pihak restoran akan menyalurkan sumbangan RM1 bagi setiap hastag kepada Pusat Jagaan Baitul Hidayah, Sri Puchong, Selangor. Memang terbaik!


Sajian Fusion Cukup Menarik Di Restoran Anggun Chef 

Restoran Anggun Chef yang berkeluasaan 280m² dengan kapasiti 113 tempat duduk ini memang cukup selesa untuk pengunjung atau pelanggan boleh Grab & Go makanan dengan mudah sekiranya terdapat acara di MITEC. 

Waktu perniagaan : 7 pagi hingga 9 malam (setiap hari)


Alamat :
Anggun Chef Restaurant
South Entrance MITEC, 8, Jalan Dutamas 2, Kompleks Kerajaan, 50480 Kuala Lumpur