5 Muzium Bersejarah Wajib DiLawati Di Selangor | Pasti ramai antara kita yang masih belum ada kesempatan untuk melawat ke muzium bersejarah dalam Malaysia khususnya di dalam Selangor atau masih ramai yang tidak sedar akan kewujudan muzim bersejarah dalam memperingati jasa wira-wira yang memperjuangkan Tanah Melayu daripada jajahan negara Eropah. Dengan adanya muzium sejarah, rakyat Malaysia dapat memupuk semangat cintakan negara dan mengukuhkan perpaduan sesama rakyat. 

Terdapat 5 Muzium Bersejarah wajib diLawati di Selangor yang pastinya tidak akan mengecewakan anda yang meminati dan ingin mengetahui sejarah pahit manis dalam negara sendiri dan semestinya lawatan ini akan  menawarkan kenangan bermakna serta signifikan. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus berbangga dan memupuk nilai-nilai murni dalam diri agar sejarah tidak pupus dari ingatan.

Selain muzium, Selangor banyak tempat menarik untuk dilawati dan tempat makan yang sedap sambil menikmati pemandangan laut sambil melihat matahari terbennam,  boleh singgah baca di SINI

1) MUZIUM INSITU JUGRA, KUALA LANGAT

5 Muzium Bersejarah Wajib DiLawati Di Selangor

Muzium Insitu Jugra, bangunan runtuhan lama yang menjadi Balai Polis Daerah pada tahun 1878 dibina oleh Pegawai British, Kapten Harry Charles Syers dan kemudian dijadikan tempat pusat pemerintahan dan pentadbiran Kesultanan Melayu Selangor. Kini IA berfungsi sebagai muzium dengan 3 ruang pameran yang berisi paparan sejarah. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke muzium ini tetapi fotografi tidak dibenarkan. Pengunjung boleh melawati muzium ini bermula pada pukul 9.30 pagi hingga 5.30 petang (Sabtu hingga Khamis) dan 9.30 pagi – 12 tengah hari dan bersambung pada pukul 2.45 petang hingga 5.30 (Jumaat).

Selain muzium, anda boleh nikmati pemandangan cantik matahari terbenam di sini

Untuk maklumat lanjut, sila emel ke: info@heritage.gov.my

2) GALERI DIRAJA SULTAN ABDUL AZIZ, KLANG

5 Muzium Bersejarah Wajib DiLawati Di Selangor

Terletak di Klang, Selangor, Galeri Diraja ini dibina sebagai sebuah peringatan kepada Almarhum Sultan Selangor Salahuddin Abdul Aziz Shah. Bangunan muzium ini mula dibina pada tahun 1909 sebagai Bangunan Sultan Sulaiman di mana kerajaan Inggeris menggunakan bangunan tersebut sebagai Pejabat Tanah dan pentadbiran semasa Tanah Melayu British. Selain itu, bangunan ini juga pernah dijadikan markas Jepun semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Pada tahun 1957 selepas kemerdekaan Tanah Melayu, bangunan ini dijadikan Pejabat Daerah Klang dan mula dibuka sebagai Muzium Peringatan pada tahun 1988 dan mula dirasmikan pada 19 Oktober 2007 oleh Sultan Sharafuddin sehingga kini. 

Galeri ini dibuka pada hari Selasa hingga Ahad dan dibuka pada pukul 10 pagi hingga 5.00 petang, Isnin dan cuti umum ditutup. Masuk adalah percuma.


3) MUZIUM KUALA SELANGOR, KUALA SELANGOR

5 Muzium Bersejarah Wajib DiLawati Di Selangor
Terletak dalam hanya 53 km dari bandaraya Shah Alam, Muzium Daerah Kuala Selangor adalah sebuah lagi lokasi yang menarik dilawati untuk membongkar dengan lebih mendalam mengenai sejarah Kuala Selangor. Bangunan muzium ini pada asalnya merupakan kediaman rasmi Pegawai Daerah Kuala Selangor.

Muzium Kuala Selangor ini menempatkan peninggalan sejarah Selangor yang boleh diketahui seperti batu nisan, senjata, tombak, meriam dan lain lain yang mana ia digunakan pada masa peperangan dari awal Kesultanan Selangor oleh Sultan Salehuddin (Raja Lumu) pada tahun 1766. Selangor juga mempunyai pertempuran tempatan (Perang Saudara) dan juga pertempuran yang diperjuangkan dengan Belanda dan Inggeris. Perang Saudara melibatkan Sultan Abdul Samad, Raja Mahmud, Raja Abdullah dari Kuala Lumpur, Raja Sulaiman (penguasa Klang), Tengku Kudin, dan Raja Mahadi. Ia kemudiannya adalah pertempuran untuk mendapatkan kuasa dan permainan politik di antara mereka yang berkuasa. Muzium ini terletak berhampiran dengan Altingsburd Lighthouse yang mana pengunjung boleh lawati selepas ke Muzium Kuala Selangor ini. Sekarang, muzium ini dibuka pada setiap hari bermula pada pukul 9.30 pagi hingga 5.30 petang.

Alamat: Kuala Selangor District Historical Museum, No 1, Puncak Bukit Malawati, 45000 Kuala Selangor

Untuk maklumat lanjut, sila emel ke: www.padat.gov.my

4) PUSAT WARISAN KAJANG, KAJANG

5 Muzium Bersejarah Wajib DiLawati Di Selangor
Penubuhan Bandar Kajang adalah hasil daripada  perlombongan bijih timah dan penanaman getah. Pada tahun 1850-an, Daerah Hulu Langat merupakan tempat pertama untuk perlombongan bijih timah yang berada di Rekoh. Sultan Abdul Samad menawarkan untuk membuka lombong bijih timah di Bukit Arang kepada Towkay Chin Ah Chan pada tahun 1868. Pendatang Mandailing dari Sumatera adalah pelopor dalam membuka kawasan hutan di sekitar Kajang. Pengunjung boleh melawat ke Pusat Warisan Kajang ini pada hari minggu sahaja pada pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang yang menawarkan pelbagai koleksi yang berkaitan dengan Bandar Kajang dan Daerah Hulu Langat.
Untuk maklumat lanjut, sila emel ke: leekimsin@gmail.com.

5) MUZIUM SULTAN ALAM SHAH, PETALING

5 Muzium Bersejarah Wajib DiLawati Di Selangor
Muzium ini merupakan lambang utama warisan budaya dan pembangunan di Negeri Selangor dan reka bentuk bangunan ini adalah berdasarkan seni bina Minangkabau. Muzium ini ditubuhkan pada tahun 1974 dan dinamakan sempena nama Sultan Hisamuddin Alam Shah, Sultan Selangor yang ke-7. Muzium ini memaparkan artifak prasejarah penempatan manusia awal dan serpihan gendang dari zaman Gangsa (Dong Son) sejak tahun 600 SM. Malah, museum ini juga menceritakan sejarah Selangor dari zaman kerajaan Portugis, Bugis, Belanda, Melaka dan Kesultanan Johor sehingga Hari Kemerdekaan. Kini, muzium ini boleh dilawati secara percuma 

Sebagai peringatan, sekiranya anda melawat ke muzium bersejarah ini, pastikan untuk menjaga penjarakkan sosial dan fizikal yang diguna pakai dalam prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah sebarang penularan wabak virus COVID-19 yang sedang melanda dunia sekarang ini.
Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.