Resepi Kari Kambing SedapTidak Hamis Dan Mudah

Resepi Kari Kambing SedapTidak Hamis Dan Mudah | Kalau selama ini asyik makan kari kambing yang dibeli dari kedai mamak tapi kali ni berjaya memaasak kari kambing sedap tidak hamis dan mudah semudah memasak kari dan gulai daging.  Apa yang penting bila memasak kari kambing pastikan tidak hamis. 

Resepi Kari Kambing SedapTidak Hamis Dan Mudah

Berdebar jugak untuk menyediakan kari kambing tidak hamis ni sebab takut bila berbau hamis, memang akan spoil mood memakannya.

Alhamdulillah, resepi kari kambing sedap tidak hamis dan mudah ni mendapat pujian ahli keluarga sampai tak sabar nak buat kari kambing lagi dan lagi.


Bahan-bahan:

1 kilo daging kambing campur tulang

2 mangkuk santan

2 sudu yogurt (kalau suka)

2 biji tomato, dipotong baji 

2 biji kentang, dipotong 

2 batang daun ketumbar


Bahan untuk menumis:

2 inci kulit kayu manis

3 kuntum bunga lawang

3 biji buah pelaga

2 kuntum bunga cengkih

1 sudu jintan manis

2 tangkai daun kari

2 sudu besar serbuk kari ikan

2 sudu besar serbuk kari daging

2 sudu besar rempah kurma daging (optional)

1 sudu serbuk cili


Bahan untuk kisar:

10 ulas bawang merah kecil

7 ulas bawang putih

2 inci halia


Cara memasaknya:

Resepi Kari Kambing SedapTidak Hamis Dan Mudah

  • Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) seketika kemudian masukkan jintan manis dan daun kari.  Goreng seketika 
  • Masukkan bahan yang dikisar, dimasak hingga naik bau dan kemudian masukkan daging kambing. Kacau biar sebati
  • Masukkan serbuk kunyit dan biar direnih sehingga sebati. Tambahkan air secukupnya sehingga menutupi daging  kambing.
Resepi Kari Kambing SedapTidak Hamis Dan Mudah

  • Bila kuah dah menjadi agak kering, masukkan rempah kari ikan, rempah kari daging/ayam, rempah kurma serta serbuk cili. Tambah air dan tutup periuk dan biarkan daging dimasak hingga sebati dengan rempah. Kacau seberapa kerap supaya kuah tidak menjadi kering.
Resepi Kari Kambing SedapTidak Hamis Dan Mudah

  • Bila kuah menjadi kering dan daging nampak sebati dengan rempah, masukkan santan dan yogurt. Kacau dan masukkan kentang serta tomato.  Biarkan masakan direnih dan mendidih. Tutup api dan perasakan dengan garam secukupnya.

Selamat mencuba


Tips : 

Bagi menghilangkan bau hamis pada daging kambing, cucikan daging kambing dengan serbuk kunyit dan ada yang menggunakan tepung. Selain dari tu lebihkan sukatan kunyit di dalam masakan.

Kalau tak letak santan pun kari kambing ni masih sedap tapi kurang lemak sebab selera orang Melayu kalau buat kari atau gulai mesti guna santan kan.

Resepi Kari Kambing SedapTidak Hamis Dan Mudah Resepi Kari Kambing SedapTidak Hamis Dan Mudah Reviewed by Fuzy Hamid on November 04, 2020 Rating: 5

4 comments:

  1. Kalau makan kambing, memang sedap cari part yang ada tulang2.

    ReplyDelete
  2. Yang tak hamis tu paling penting kak.

    ReplyDelete
  3. wah..... sudah panadai masak kari kambing yeee... nnt buat, nak rasa

    ReplyDelete
  4. Kat rumah ni ana sorang je makan kambing. So kalau kata nk makan g umah mak je bebila mak masak. Haha. Tp mak selalu masak kambing masala.

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Powered by Blogger.