Drama Misteri Mona Tonton Online Full Ep 1 Hingga Ep 8 (Akhir) | Peminat  Janna Nick dan Redza Rosli pasti tidak ketinggalan menonton drama gandingan mereka berdua dalam drama Misteri Mona yang kini disiarkan menerusi slot Samarinda TV3. Drama genre psiko thriller arahan Amor Rizan telah disiarkkan bermula 10 Disember 2020, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di TV3.

Tonton Drama Misteri Mona Full Ep 1 Hingga Ep 8 (Akhir)

Barisan Pelakon/Watak

Janna Nick (Anom), Redza Rosli (Dr Nadeem), Ruzana Ibrahim (Mona), Elisha Sandha (Farah) Zarynn Min (Laila), Zizan Nin (Razlan), Ainin Batrisya (Anom kecil), Duerra Mitilda (Mona kecil), Syed Irfan (Fahmi), Alif Hadi (Shawn), Amir Rahim (Dr Uwais), Syafi Tee (Ikmal), Azhar Amir (Tuan Jamal), Jeff Saly(Jali), Elly Suhail (Shima), Badsham Harun (Malik)


Lagu Tema / OST

Suatu Pernah - Fynn Jamal 

Misteri - Openg


Sinopsis Misteri Mona

Mengisahkan Anom (Janna Nick) seorang wanita lemah lembut yang menghidap penyakit mental yang kronik. Suaminya, Dr Nadeem (Redza Rosli) risau akan keadaannya Anom yang sering berhalusinasi tentang seorang wanita bernama Mona yang sering menghantuinya. Dr Nadeem telah memberikan Anom segala ubat untuk membantunya mengawal kondisi halusinasinya, tetapi kerana pekerjaan Dr Nadeem yang terlalu sibuk, Nadeem mengupah Farah (Elisya Sandha) sebagai penjaga isterinya.

Farah merupakan seorang gadis yang jujur dan rajin mula menjaga Anom kerana dirinya telah menganggur sekian lama setelah tamat pengajiannya. Pada mulanya Farah selesa menjaga Anom, sehingga suatu hari, Farah mula melihat keadaan Anom yang sebenar apabila Farah terleka untuk memastikan Anom mengambil ubatnya, lalu Anom meroyan pada malam itu. Farah teruk dimarahi Dr Nadeem dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Ketika keadaan semakin baik, dan Anom juga semakin rajin mengambil ubatnya, Anom mula menyatakan bahawa dia sering mendengar suara seorang wanita di loteng rumahnya, lalu menyiasatnya sendirian. Farah terkejut apabila mendengar jeritan Anom lalu bergegas ke arah Anom. Ketika itu, sebuah kejutan besar buat Farah apabila Anom berkata, “Aku dah lepaskan Mona……”

Siapakah Mona? Adakah Dr Nadeem tahu kewujudan Mona di loteng selama ini? Mungkinkah Farah mangsa Dr Nadeem seterusnya?


Tonton Drama Misteri Mona Full Ep 1 Hingga Ep 8 (Akhir)

Drama Misteri Mona ep 1 

Drama Misteri Mona ep 2 

Drama Misteri Mona ep 3

Drama Misteri Mona ep 4 

Drama Misteri Mona ep 5 

Drama Misteri Mona ep 6 

Drama Misteri Mona ep 7 

Drama Misteri Mona ep 8 


Artikel berkaitan: