Makan Malam Di Kopi Village 24 Kafe Viral Sebelum Berpindah

Dah hampir bersawang blog, bukan kerana tiada buat apa-apa tak terlalu banyak buat sampai tak tahu nak mula di mana. Haha.


Kopi Village 24 Kafe Viral

Sewaktu artikel ni ditulis, kafe ni sudah berpindah ke Gombak. Dah kat kafe ni up lokasi baru mereka,  InsyaAllah kalau ada ruang dan peluang, pasti kami ke sana

Memang cantik view malam kat lokasi sini dan memang sangat cantik dan sesuai untuk anak muda yang suka lepak sambil layan minuman dan makanan kat sini.


Kedai ni dah lama viral dan sering dijadikan tempat ngopi Kak Cik Iman dengan kawan-kawan dan kami pun dah sampai!



Swedish Meatball RM16

Sesuai dengan harga dan selera kami, jadi tak de komen so much kecuali sosnya kalau pekat sikit lebih sedap. Ala macam kita makan Ikea pun tidaklah terlalu sedap. Sedap-sedap biasa jer.




Chicken Chop RM15

Tak tahu nak makan apa jadi kami suggest hubby ambil chicken chop ni yang didatangkan dengan fries, coleslaw, salad dan sos cendawan.


Aglio Olio RM18

Tak susah untuk Ayong buat pilihan sebab dia dah banyak kali ke sini. Menariknya aglio olio pilihan Ayong ni, secukup rasa ada udang besar, ada beef slice, mushroom dan ada brokoli. 


Creamy Pasta Tomyam RM18

Jujurnya memang sedap walau portionnya sikit tapi bak kata nak ghaso ghaso lagipun dah malam, tak perlu nak makan banyak kan. Memang secukup rasa, dengan rasa tomyam yang tak terlalu creamy dan just nice untuk tekak umi.


4 orang kami dengan 4 jenis minuman ikut selera masing-masing, fresh orange, capuccino, caramel latte dan chocolate.


Memang kafe ni tempat lepak anak muda yang akan duduk berjam-jam dengan kawan-kawan mahupun dengan pasangan  tapi ada juga warga baya 50an pun kelihatan ada duduk makan, maybe dibawa oleh anak seperti mana umi juga kot.


Overall, memang puashati dengan food yang kami order dan kalau boleh nak datang lagi tapi tadi baru tengok yang mereka akan berpindah di Gombak sebab beberapa minggu lepas kami pergi (kami pergi bulan April hari tu) mereka dapat notis disuruh pindah.

Post a Comment

0 Comments