Tonton Drama Biar Mereka Cemburu Episod 1 Hingga Akhir Episod 16  | Novel Biar Mereka Cemburu karya A Darwisy, diterbitkan tahun 2014 kini diadaptasi ke drama dengan tajuk sama, Biar Mereka Cemburu tapi terdapat perubahan bila mana watak Nadia bukan sebagai konduktor bas tapi  Nadia budak penghantar makanan yang cukup sinonim dengan keadaan pandemik sekarang ni. Memang wajar ditukar pada pendapat saya sebab ada lagi ke konduktor bas sekarang ni agaknya?

Drama Biar Mereka Cemburu Episod 1 Hingga Akhir Episod 16  ini menggantikan slot drama Perempuan Tanpa Dosa yang cukup trending penuh dengan debaran, ada rasa marah dan ada yang geram dengan watak dalam tu.


Hari tu pergi ke event sempat saya berswafoto dengan pelakon cantik manis Nabila Razali yang peramah ni. Manis jer dan tak kekwat.  Semoga Nabila Razali terus cemerlang dalam bidang lakonan dan seni suara.


Tonton Drama Biar Mereka Cemburu Episod 1 Hingga Akhir Episod 16 


Drama adaptasi novel Biar Mereka Cemburu karya Anuar Darwisy kini di tayang sejak 1 Disember 2020 di slot Megadrama, Astro Ria menggandingkan Aiman Hakim dan Nabila Razali terbitan Global Station Sdn Bhd dan diarah MP Roslin Sharif dengan Abdul Adzim Shahabudin, Ayuni Zamani dan Baizurah Kahar sebagai penulis skrip. Drama Biar Mereka Cemburu sebanyak 16 episod ini di tayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam  di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan aplikasi iQIYI atau di www.iQ.com

Sinopsis Novel Biar Mereka Cemburu

Nadia, satu-satunya konduktor bas di KL ini yang kalau dirapikan penampilannya, pakai cantik-cantik, agaknya berduyun-duyun lelaki yang jatuh cinta. Tetapi dalam kesederhanaannya itu jugalah, dia masih berjaya menambat hati dua orang jejaka. Seorang pemandu bas dan seorang lagi anak tengku. Bukan main lagi kan? Dia keliru. Hendak memilih cinta yang mana satu sedangkan hendak bercinta pun dia tidak tahu!

Rostam, pemandu bas yang malu tapi mahu orangnya. Punyalah berat mulut hendak meluahkan perasaan kepada konduktor basnya sendiri. Apabila datang kekuatan dalam diri untuk berterus-terang, datang pula pesaing yang membuatkan dirinya rasa tercabar. Dia perlu cepat melafazkan kata-kata cinta tetapi sempatkah dia? Tapi jangan tak tahu, dia juga ada peminat fanatiknya sendiri. Tiap-tiap hari mengajaknya kahwin! Perempuan berani mati yang sanggup terjun bas apabila dia menolak cinta perempuan itu. Dahsyat!

Iedil, anak tengku, lelaki yang punya segala-galanya. Termasuklah kekasih hati. Tetapi entah bagaimana, boleh pula dia berkenan dengan konduktor bas seorang ini. Sampai sanggup naik bas tiap-tiap hari ke tempat kerja semata-mata mahu berjumpa dengan si konduktor cantik ini. Tapi bukan senang! Sebab dia kan sudah ada kekasih hati. Aduh, macam mana ni?

Pitam!!! Di sana menanti, di sini menunggu. Di kota Paris, Nadia membuat istikharah. Jangan main-main, istikharah di Paris! Kau mampu?


Tonton Drama Biar Mereka Cemburu Episod 1 hingga Episod 16 (Akhir)

Barisan Pelakon Biar Mereka Cemburu : Aiman Hakim Ridza (Tengku Eidil), Nabila Razali (Nadia Salleh), Izzat Mushtaq (Rostam), Rubini Sambanthan (Marsha Gordon), Bella Dowanna (Nabila), Hasmira Azmi (Sofea), Syahir Shafein (Reza), Adam Malek (Nabil), Aedy Ashraf (Fetri), Shah Rezza (Tengku Alauddin), Mas Anizan (Engku Zulaikha), Chiwan Chilok (Malek), Kamarul Zaman, Mili Supina, Shakila Saiful, Amanda Dewi Remaja, Farra Zainuddin, Muhammad Harminder, Nurin Jazlina


Sinopsis Drama Biar Mereka Cemburu

Mengisahkan tentang Tengku Eidil yang merupakan pengarah kreatif di sebuah syarikat pengiklanan terkemuka dan sedang bercinta dengan Marsha Gordon. Namun, detik hatinya untuk berubah ke arah ukhrawi membawanya jauh dari rancangan untuk berkahwin dengan Marsha. Nadia ialah seorang penghantar makanan untuk sebuah kedai makan yang dimiliki oleh  kawan baiknya, Rostam. Dalam masa yang sama, Nadia turut menyimpan hasrat untuk bergelar jurufoto profesional.

Takdir menemukan mereka berdua apabila pada suatu petang semasa sedang menghantar makanan, Nadia berhenti di tepi jalan dan Eidil terlanggar lopak air lalu menyebabkan ia terkena pada Nadia tanpa sengaja. 

Nadia yang degil dan ceria pada luarannya sebenarnya menyimpan beban dan kesedihan yang hanya mampu dipendam kerana tertekan dengan kesibukan kerja demi mencari rezeki untuk menampung perbelanjaan keluarganya di kampung semenjak bapanya dipenjarakan angkara Nadia sendiri. 

Eidil juga tidak kurangnya, keadaan di rumahnya berantakan kerana adik tirinya Fetri yang sering bermasalah. Fetri mencemburui dan berdendam dengan Eidil kerana dia juga mencintai Marsha pada masa yang sama. 

Eidil mula mendekati Nadia kerana tertarik dengan perwatakannya. Sedikit sebanyak Eidil semakin banyak berubah ke arah yang lebih baik, seperti yang diharapkan oleh bapanya Tengku Alauddin. 

Walaupun cuba untuk mengelak dari Eidil, Nadia terkejut apabila kursus fotografi yang dihadirinya rupanya diketuai oleh Eidil yang juga merupakan seorang jurufoto terkenal. Marsha pula semakin gilakan Eidil dan mula menyiasat tentang Eidil dan Nadia. Sedikit demi sedikit rahsia kehidupan Rostam yang sudah lama mencintai Nadia mula berasa cemburu pada Eidil, namun dia akur yang dia perlu meraih cinta Nadia dengan cara yang adil.

Tonton Drama Biar Mereka Cemburu Episod 1 hingga Episod 16 (Akhir)


Lagu Tema OST Drama Biar Mereka Cemburu


Tajuk : Ku Mau

Penyanyi : Aizat Amdan & Hanin Dhiya

Lirik : Yeshua Abraham 

Komposer : Aizat Amdan, Anas Amdan, Melanie Wehbe, Elias Naslin


Anda boleh menonton Drama Biar Mereka Cemburu kesemua episod secara percuma di aplikasi iQIYI atau di www.iQ.com


Artikel berkaitan: