Bahayanya Sifat Ujub Yang Ada Dalam Diri | Apakah itu sifat ujub? mengapa pula ada dalam diri kita, ya Ujub itu wujud dalam diri setiap kita tanpa kita sedar dan kita sedar.  Semoga perkongsian ini memberi ruang untuk kita fahami dan jauhi dari dalam diri kita kerana ianya adalah penyakit yang sangat merbahaya

Stay away from the nature of Ujub that is within

UJUB ialah perasaan kagum atas diri sendiri. Merasa diri hebat. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri. UJUB lain, RIAK lain. Kadangkala riak dapat dielak. Tapi ujub masih ada.

Salah satu sifat tercela yang juga penyakit hati adalah sifat ujub. Mungkin kita sering mendengar kata takabur, riak, dan lain sebagainya tapi belum banyak mendengar tentang sifat ujub. Lalu apakah sebenarnya yang dimaksud sifat ujub? bagaimana hukumnya dan apa bahayanya bagi umat muslim? simak penjelasannya berikut ini.

Contoh:

Kita solat tahajjud diam², takda siapa tahu,  dan kita tak cerita orang,  dgn harapan tiada riak, sebab kerana Allah.

Tetapi, dalam hati berkata², "hebat aku ni, bangun setiap malam tak pernah miss Solat Tahajjud, org lain tidurrr je..."

Itulah ujub, walaupun orang lain tak tahu dan tidak riak. Penyakit UJUB  ni antara penyakit hati yang paling tersembunyi.

Perasaan UJUB boleh datang pada bila-bila masa tidak kira siapa-siapa pun

  • Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.
  • Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.
  • Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.
  • Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.
  • Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.


Sufyan at-Tsauri mengatakan:

"UJUB adalah perasaaan kagum pada dirimu sendiri sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjat"


Muthrif rahimahullah telah berkata:

“Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal, adalah lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.”

 

Bahaya Sifat Ujub

Sifat ujub yang termasuk dalam sifat tercela yang memudharatkan dan keburukan bagi yang memilikinya. Tidak hanya di dunia, sifat ujub ini juga menambah dosa kerana Allah SWT tidak menyukai sifat ini. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surat Luqman ayat 18 berikut ini

وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ

Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. (Qs Luqman :18)


Seorang Sahabat Nabi Abu Ubaidah al-Jarrah yang menjadi Imam. Setelah selesai beliau berkata: “Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih hebat dari orang di belakangku. Aku tidak mahu jadi Imam sampai bila-bila.”

Ingatlah, semua kelebihan adalah anugerah dari Allah, oleh itu kagumlah hanya kepada Allah, bukan diri sendiri.


Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda:

 "Apabila seorang lelaki  sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang disikat  menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah tenggelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.” (HR Bukhari dan Muslim)


"Ada 3 hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu KEDEKUT yang ditaati, hawa NAFSU yang diikuti dan UJUB (rasa kagum dengan diri sendiri).” (HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)


Imam Nawawi rahimahullah berkata:

"Ketahuilah bahwa keikhlasan niat terkadang dihalangi oleh penyakit  UJUB. Sesiapa ujub dengan amalnya sendiri maka akan terhapus amalnya." (Syarh Arba’in)


Hanya TANPA sifat Ujub,  barulah ikhlas 100%. Sifat ujub boleh dikurangkan dengan:

  1. Perbanyakkan diri kita beristighfar memohon ampun kepada Allah,  setiap kali terdetik kehebatan diri,
  2. Mengganggap semuanya dari Allah jua,  dan 
  3. Berdoa mohon bantuan Allah.


Mari kita sama-sama muhasabah diri, dan cuba yg terbaik. Semoga Allah bantu kita mengikis penyakit ujub. In Shaa Allah. Alhamdulillah


جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا


sumber : @Dakwah_Itu_Cinta