10 Tempat Menarik Di Penang Yang Mesti Dikunjungi | Kerinduan nak ke Penang memang selalu menggamit apatah lagi bila buka social media pasti ternampak pelbagai perkara mengaitkan Penang di timeline dan disebut oleh para sahabat.  

Penang
Penang Destinasi Percutian Dengan Pelbagai Tarikan Mesti Dikunjungi

Apa yang saya selalu lakukan kalau ke Penang ni pastinya nak cari nasi kandar, pasembor, cari jeruk Pak Ali dan tak sah kalau tak ke lokasi menarik seperti Bukit Bendera, Fort Cornwallis, Penang War Museum, jalan-jalan cuci mata di Pasar Malam Batu Ferringhi, Botanical Garden dan banyak lagi yang senarai yang belum sempat dikunjungi dan tak pernah tak teruja bila menaiki feri Pulau Pinang sejak kecil sampai dah berusia ni. Nak tahu senarai tarikan mesti dikunjungi tu, sila baca sampai habis ya.

Penang sememangnya destinasi yang cukup digemari baik rakyat Malaysia mahupun pelawat dari luar negara memang antara negeri yang sibuk dan padat dengan pelancong dan hotel-hotel pun selalu penuh tapi saya tak risau sebab bukan susah pun nak cari hotel in Penang yang cukup dekat di hati. 

Bukan susah pun nak cari hotel yang menepati citarasa dan selera kita di Penang, klik saja hotel in Penang bukan berpuluh malah beratus senarai hotel dari bajet ke hotel 5 bintang.  Pilih saja apa yang berkenan dan menepati kemampuan kita.


10 Lokasi Menarik Di Penang Yang Mesti Dikunjungi

Bila sebut percutian ke Penang, saya dah rangka dan senaraikan tempat dan lokasi mesti pergi walau ada yang sudah berkali saya pergi tapi memang tak pernah jemu untuk pergi lagi antaranya

Penang Destinasi Percutian Dengan Pelbagai Tarikan Mesti Dikunjungi
  • Bukit Bendera – memang menjadi tempat favorite saya kalau ke Penang sebab untuk ke atas puncak tu kita perlu menaiki keretapi (funicular train) yang bergerak perlahan menaiki bukit yang membolehkan kita menikmati kehijauan. Jadi dalam 5 minit kita boleh sampai ke puncak dan menikmati udara segar dan sejuk. Bila dah kat atas tu saya lebih suka berjalan menikmati kesegaran puncak dan kemudian ke Cliff Café untuk makan dan minum.  Kalau anda ke sini, anda boleh Love Lock, Owl Museum, Bel Retiro, Earthquake & Thypoon Pavilion atau menaiki buggy kalau tak larat nak berjalan di sekitar puncak.
Penang Destinasi Percutian Dengan Pelbagai Tarikan Mesti Dikunjungi

  • Batu Ferringhi – Siapa tak suka ke pantai pasti akan tertawan dengan pantai yang mempunyai daya tarikan yang cukup cantik dan menjadi tumpuan orang ramai untuk melihat matahari terbenam. Lokasi pantai ini tak jauh hanya terletak hanya 15km dari Bandar Georgetown

Kedua-dua tempat tu memang dah selalu saya pergi tapi tak pernah jemu untuk ke sana lagi dan berikut adalah senarai lokasi yang ingin saya kunjungi bila ke Penang nanti.


Penang Destinasi Percutian Dengan Pelbagai Tarikan Mesti Dikunjungi
  • The Top Penang – Bangunan KOMTAR yang cukup dikenali dan sering saya kunjungi sebelum dijadikan taman tema.  Ikon shopping mall tertinggi di Penang yang dibina pada tahun 1974 ini cukup gah sebelum adanya shopping mall seperti Queensbay dan  kini adalah taman tema  indoor terbesar di Penang. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di The Tops selain menikmati pemandangan indah bandar Penang dari tingkat 68 atau rooftop.  Antara lain anda boleh ke  Jurassic Research Center, Rainbow SkyWalk, The Gravityz, 7D Discovery Motion Theater, Tech Dome Penang, UFO-X, Magic Mirror Maze, Zombie Outbreak, Dance Oki, Augmented Reality, Ocean Explorer, The Top Boutique Aquarium, Dragon Regatta, Spacetime Squadron, Formula One dan Top Capsule yang terdapat di sini.
Penang Destinasi Percutian Dengan Pelbagai Tarikan Mesti Dikunjungi

  • Penang 3D Art Museum – Seronok tengok kawan-kawan singgah ke sini dan bergambar bergambar di 40 jenis lukisan 3D dalam muzim 2 tingkat ni. 
Penang Destinasi Percutian Dengan Pelbagai Tarikan Mesti Dikunjungi

  • Taman Tema Escape Penang - taman tema dengan slide terpanjang didunia (1km) dan untuk ke sini anda kena naik kabel yang pasti buat anda thrill kan.
Penang Destinasi Percutian Dengan Pelbagai Tarikan Mesti Dikunjungi
  • Wonderfood Penang, lokasi yang menempatkan replika makanan yang bersaiz gergasi untuk kita abadikan dalam gambar.
Penang Destinasi Percutian Dengan Pelbagai Tarikan Mesti Dikunjungi

  • Penang Avatar Secret Garden - Pasti anda akan teruja dengan lampu2 yang menghiasi pokok yang menjadikan suasana taman menjadi sangat cantik seakan Luminous Forest di Sunway Lost World of Tambun.
Penang Destinasi Percutian Dengan Pelbagai Tarikan Mesti Dikunjungi

  • Taman Rimba Teluk Bahang - destinasi yang terkenal sebagai kawasan perkelahan dan aktiviti riadah bersama keluarga.
Penang Destinasi Percutian Dengan Pelbagai Tarikan Mesti Dikunjungi

  • Penang Street Art - terletak di Georgtown dan disini terdapat lebih 100 lukisan mural dan pastikan anda ambil peluang untuk berposing setiap lukisan yang ada tapi di sini tempat tumpuan pelancong dalam dan luar Negara jadinya memang anda kena ambil giliran.
Penang Destinasi Percutian Dengan Pelbagai Tarikan Mesti Dikunjungi

  • Taman Negara Pulau Pinang - taman negara terkecil di Malaysia terletak di bandar Georgtown dan anda boleh merentas titian kanopi di sini tapi buat masa sekarang ianya ditutup sementara waktu

Selain 10 tempat menarik yang saya senaraikan tu ada lagi yang akan saya masukkan ke dalam bucket list bila ke Penang pada masa akan datang. Sungguh mudah dan tak perlu pening kepala untuk cari  hotel ni, cuma pilih lokasi dan bajet yang anda ada, tempah dah bersedia untuk bertolak ke Penang destinasi pelbagai tarikan.

Jom bercuti!