Tazkirah : 7 Golongan Mendapat Naungan Allah

by - May 21, 2021

Tazkirah  : 7 Golongan Mendapat Naungan Allah | Rasulullah SAW memberitahu bahawa pada akhirat kelak, terdapat tujuh golongan manusia yang mendapat naungan dan lindungan daripada ALLAH.  Siapakan golongan yang dimaksudkan itu? Adakan kita termasuk didalam golongan yang dimaksudkan itu?

Tazkirah  : 7 Golongan Mendapat Naungan Allah


Hadis daripada Abu Daud dan Ibnu Majah melaporkan Rasulullah SAW berkata 

"terdapat sebilangan manusia yang akan dinaungi ALLAH pada hari akhirat kelak dan mereka itu ialah pemerintah yang adil, pemuda yang sentiasa mengabdikan diri kepada ALLAH, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana ALLAH di mana kedua-duanya bertemu dan berpisah untuk mendapat keredhaan ILAHI, orang yang dipujuk oleh perempuan kaya dan cantik untuk berzina dengannya tetapi dia menolak dengan berkata : Aku takut kepada ALLAH, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehinggakan tangan kirinya tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kanannya dan orang yang menyebut dan mengingati ALLAH dalam keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain lalu menitiskan air mata kerana mengenali sifat-sifat ALLAH itu sendiri."


1. Pemeneritah yang adil

Tanggungjawab untuk pemerintah yang adil amatlah berat kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai ragam manusia apatah lagi untuk memberikan keadilan yang saksama.  Ganjarannya amat besar jika pemerintah dapat melaksanakan tanggungjawab dengan adil dan saksama tetapi jika sebaliknya, azab pedih sedia menanti pada hari akhirat kelak


2. Anak muda yang sentaisa dekat dengan ALLAH

Ketika usia remaja, inilah masa yanga amat berharga untuk menentukan masa hadapan.  Jika disalah guna ia akan memberikan kesan buruk terhadap kehidupan seterusnya.  Beruntunglah jika anak-anak muda yang sentias amengingati ALLAH mengisi masa dengan mengadbdikan diri kepada NYA dan bukan melakukan perbuatan sia-sia.  Sikap takwa inilah yang patut dipupuk sejak kecil lagi


3. Orang yang hatinya sentias dekat dengan masjid

Terdapat hadis yang menyatakan bahawa langkahan menuju ke masjid akan mendapat ganjaran yang amat besar dan langkahan itu ibarat satu sedekah buatnya.


4. Berkasih sayang kerana ALLAH

Perhubungan di antara lelaki dan wanita yang bercanggah dengan batas agama akan menjurus kepada kemaksiatan.  Bagaimanapun jika ikatan kasih sayng itu dilakukan dengan ikhlas mengikut batasan agama dan kerana ALLAH, mereka akan mendapat pahala dan keberkatan disebabkan dibatasi oleh adab sopan dan agama


5. Mengelak melakukkan zina walaupun dipujuk

Hanya lelaki yang teguh iman sahaja yang mampu menangkis pujuk rayu dan godaan syaitan untuk melakukkan maksiat.  Bagi menyekat keinginan hawa nafsu melakukan maksiat apatah lagi dengan pujukan wanita bukanlah satu perkara mudah.  Orang yang sentiasa dekat dengan ALLAH sahaja yang mampu berbuat begitu.


6. Bersedekah secara sembunyi

Orang yang sentiasa bersedekah dengan ikhlas tidak akan menguar-uarkan kepada orang lain mengenai pemberian sedekahnya.  Waaupun ia adalah perbuatan baik, namun dia tidak mahu keikhlasan itu disalahertikan.  Cara yang sebaik-baiknya adalah bersedekah secara senyap sehingga perbuatan baiknya itu tidak diketahui oleh orang lain atau orang yang terdekat.


7. Mengingati ALLAH sehingga menitiskan air mata

Jarang ada orang mahu menitiskan air mata hanya kerana mengingati ALLAH.  Sebaliknya, mereka lebih banyak menitiskan air mata kerana perkara-perkara lain yang tiada hubungan denganNYA.  Hanya mukmin sejati yang sentiasa membesarkan keagungan ALLAH sahaja, hati dan jiwanya terasa dekat.  Dia berasa jiwanya dalam peliharaan ALLAH dan jauh daripada perbuatan yang melalaikan.


100 Pesanan Terakhir RASULULLAH - Muhd Nasruddin Dasuki

Bab 84 / m/s 313 - 315

You May Also Like

2 Comments

  1. Kalau pun kita tidak semua di atas dapat menjadi dan melunas sebahagiannya sangat bersyukur.

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!