5 Pilihan Tempat Makan Terbaik di Kuala Lumpur | Makanan Barat boleh dianggap sebagai satu subjek yang luas kerana menu makanan barat ini biasanya digabungkan sebagai makanan Eropah dan Amerika. Disebabkan itu pilihan menunya sangat banyak hingga membuatkan kita sukar untuk menentukan mana satu makanan kegemaran dalam senarai western food ini.


Antara menu yang paling digemari adalah burger dan pizza. Tapi, bagi para pencinta daging pastinya menu stik yang paling melekat di hati.


1. Meat Point Halal Steakhouse

Image credit : ttdimeatpoint.com


Dimiliki oleh pemilik restoran yang berbangsa Melayu, restoran yang terletak di Taman Tun Dr Ismail yang dikenali juga sebagai Taman Tun atau TTDI secara ringkasnya, tidak asing lagi dengan penduduk Kuala Lumpur. 


Mereka menawarkan pelbagai jenis daging seperti grain atau grass-fed tenderloin, striploin, ribeye, T-bone dan juga daging wagyu. maka , tidak hairanlah jika restoran ini mendapat ramai pelanggan sepanjang masa. 


Bergantung pada berat dan jenis daging, yang dipilih oleh anda, harganya biasanya antara RM50 hingga RM100 keatas untuk potongan biasa atau antara RM200 hingga RM300 untuk daging wagyu. 


2. Beard Brothers’ BBQ

Image credits : beardbrothersbbq.com


Beard Brothers’ BBQ adalah salah satu tempat yang menyajikan daging panggang yang terbaik di Kuala Lumpur. Ianya adalah tempat yang sesuai untuk nikmati barbeku ala Texas. Brisket daging yang lembab dan berjus melalui kaedah salai yang perlahan memerlukan sehingga 20 jam untuk penyediaan. 


Selain daripada itu, mereka juga turut menghidangkan pulled lamb, lamb rib slab dan beef rib bone dan bolehlah nikmati rasa yang berbeza dan enak dari semua jenis daging ini. 




3. Simply Ribs

Image credits : foodadvisor.my/


Gabungan daging yang sesuai dinikmati bersama keluarga di TTDI dan Kota Damansara yang menyajikan stik, pasti, daging kambing, makanan tempatan dan juga tulang rusuk daging lembu khas, inilah tempatnya. Menu terdiri daripada pelbagai pilihan hidangan Barat dan juga Asia Tenggara. 


Terdapat pelbagai jenis menu yang sesuai untuk semua pelanggan dan jangan lepaskan peluang untuk mencuba tulang rusuk daging lembu dengan pelbagai jenis cara masakan seperti Dino Ribs ataupun Jalapeno Ribs. 



4. Nobu Kuala Lumpur

Image credits : facebook.com/nobukl/


Nobu Kuala Lumpur merupakan restoran yang terkenal di dunia, ia dimiliki oleh dua orang pelakon Amerika Robert De Niro. Restoran ini pertama kali dibuka pada tahun 1994 di New York. Ia juga turut dikenali sebagai gergasi berbintang Michelin dalam dunia sushi, sashimi dan juga tempura. 


Nobu Kuala Lumpur terus mendapat pujian yang sangat baik untuk hidangan klasik mereka yang hebat dan kreatif. Di samping itu, chef Nobu Matsuhisa dan rakan-rakannya terus menerjah dunia seperti ribut dengan membuka lebih daripada 29 cawangan di seluruh dunia. 


5. Kaiju Company Kuala Lumpur

Image credits : malaysianflavours.com/


Kaiju Company Kuala Lumpur berkongsi ruang dengan beberapa kafe dan juga restoran di APW Bangsar. Ia merupakan sebuah bangunan kilang yang telah diubahsuai di sepanjang Jalan Riong. Restoran ini sangat mudah untuk dibezakan dengan terdapatnya struktur yang berbentuk naga sepanjang 30 meter  yang tergantung di siling. 


Restoran ini merupakan salah satu tempat makan yang popular dalam kalangan komuniti ekspatriat Bangsar hasil makanan Thai-Jepun yang mereka tawarkan. 


Antara hidangan yang disyorkan adalah Tom Yum Udon yang diperbuat dengan mi udon Jepun, sotong, udang, cendawan dan telur di dalam kuah tom yum yang pedas. Hidangan lain yang selalu menjadi pilihan para pelanggan di Kaiju Company adalah Hawaiian Kaiju Rice yang menggunakan patty ayam goreng, kari Jepun dan juga cendawan shimeji dengan nasi putih yang diletakkan telur goreng dan mangga hijau di atasnya.  


Jauh dari lokasi tempat makan yang dikongsikan tadi? Teringin nak dapatkan menu makanan yang sedap sesuai dengan lokasi kediaman masing-masing? Apa susah, Foodpanda kan ada. Boleh dapatkan info menu dari restoran berhampiran termasuk untuk tahu lokasi western food near me yang terdekat. 




Dengan adanya servis pesanan atas talian dan penghantaran terus sehingga ke depan pintu rumah sebegini, masa yang ada boleh dijimatkan, kos minyak kereta boleh diselamatkan malah tenaga untuk pergi beli atau makan terus di restoran juga boleh dihadkan. Lagi-lagi di dalam tempoh berkurung kerana virus COVID-19 ini, dari perlu risiko kan diri sendiri, ada baiknya kekal duduk di rumah saja.