Apa Akan Jadi Pada Akaun Facebook Anda Bila Anda Meninggal Dunia, Padam Atau Jadikan Memoir

by - September 08, 2021

Apa Akan Jadi Pada Akaun Facebook Anda Bila Anda Meninggal Dunia, Padam Atau Jadikan Memoir | Setiap yang hidup, pasti akan mati. Tahu tak, terdapat 2.85B pengguna Facebook yang aktif hari ini termasuk saya dan mungkin anda yang sedang membaca artikel ini. Pernah tak, anda terfikir, apakah yang akan berlaku kepada akaun Facebook anda setelah anda meninggal dunia?

Sekiranya anda tidak memilih untuk memadamkan akaun Facebook, anda boleh membuat tetapan untuk menjadikan akaun ada sebagai memoir atau sebagai peringatan. Sememangnya anda tidak lagi boleh mengaktifkan atau mengemaskini akaun tapi bila ada akaun memoir atau kenangan, akan ada yang dapat mengetahui anda telah tiada lagi dialam ini. Mungkin terdapat gambar-gambar anda yang telah anda post bersama kawan-kawan yang masih boleh dikongsi untuk diingati. Apa pun terpulang kepada anda untuk mengaktifkannya atau pun sebaliknya.

Apa Akan Jadi Pada Akaun Facebook Anda Bila Anda Meninggal Dunia, Padam Atau Jadikan Memoir

Ini adalah contoh dimana akaun Maren (kenalan saya semasa bekerja bersama di Malaysia) yang telah meninggal dunia yang mungkin diwarisi anaknya. Maren seorang engineer yang cukup baik, hebat dan menetap di Malaysia untuk projek STAR LRT Fasa 1. Kami bekerja bersama ada dalam 2 atau 3 tahun. 

Sekiranya anda ingin akaun Facebook anda terus ada, buat tetapan dengan ciri Kenalan Legasi (Legacy Contact) yang bertujuan untuk mewariskan akaun anda kepada orang lain apabila anda sudah tiada lagi. Pewaris yang anda akan pilih ini dibenarkan untuk membuat yang berikut

  1. Menulis siaran yang dipinkan (pinned post) untuk profil anda seperti kongsi mesej akhir bagi pihak anda atau menulis tentang pemergian anda
  2. Kemas kini gambar profil dan muka depan (cover photo)
  3. Memohon Facebook memadam akaun anda
  4. Muat turun salinan tentang perkara yang telah anda kongsi di Facebook (jika anda menghidupkan ciri ini)

Bagaimana untuk mengaktifkan Kenalan Legasi ini:

Buka aplikasi Facebook dan klik pada ˯ seperti gambar dibawah. 

Apa Akan Jadi Pada Akaun Facebook Anda Bila Anda Meninggal Dunia, Padam Atau Jadikan Memoir


1. Tekan Setting & Privacy > Settings > Memorialisation settings

Apa Akan Jadi Pada Akaun Facebook Anda Bila Anda Meninggal Dunia, Padam Atau Jadikan Memoir

2. Masukkan nama mana-mana kenalan dan klik Add. Anda boleh meletakkan siapa sahaja samada ahli keluarga atau kenalan yang anda inginkan.

Pihak Facebook akan memaklumkan kepada kenalan yang dia telah dipilih sebagai legacy contact. Anda harus berusia 18 tahun ke atas untuk memilih pewaris.

Nak tukar legacy contact, ikuti langkah 1 hingga 2 dan klik Remove. Kemudian masukkan nama legacy contact yang baru.

Atau

Anda juga boleh pilih untuk padamkan akaun Facebook anda apabila anda telah tiada.

Perkara yang sama yang boleh anda lakukan untuk akaun Instagram anda

Apa Akan Jadi Pada Akaun Facebook Anda Bila Anda Meninggal Dunia, Padam Atau Jadikan Memoir

Gambar atas adalah contoh akaun Facebook yang telah ditukar untuk memperingati empunya Facebook yang telah meninggal dunia.

Apa yang pewaris boleh lakukan pada akaun Facebook anda

  • Menulis dan pinkan (pinned post) untuk profail anda (berkongsi mesej terakhir bagi pihak anda atau memberitahu mengenai info pengkebumian anda) 
  • Melihat post anda walau ianya telah diset sebagai Only me
  • Mengawal siapa yang boleh melihat dan menulis penghormatan (sekiranya ada) dan memadamnya.
  • Menukar siapa yang boleh melihat post yang anda di tagged dan membuang tags yang dibuat orang lain kepada anda (sekiranya anda aktifkan)
  • Kemaskini gambar profail dan gambar cover
  • Mohon untuk memadamkan akaun Facebook anda

Difahamkan pihak Facebook akan adalah lebih keupayaan kepada seorang pewaris yang akan menjaga akaun Facebook anda kelak. Kita tunggu.


Perkara yang TIDAK BOLEH dilakukan oleh pewaris

  • Log masuk ke akaun anda
  • Baca mesej anda
  • Keluarkan (remove)sesiapa kenalan anda dan membuat kenalan baru

Kenalan Legasi yang telah dipilih itu juga boleh diberikan akses (tekan Data Archive Permission) untuk memuat turun salinan tentang perkara yang telah anda kongsikan di Facebook, seperti yang telah dinyatakan di atas (melalui pewaris, mereka boleh..).

Saya syorkan anda membuat tetatpan dan memasukkan Legacy Contact kerana kita tidak tahu bila kita akan dijemput Illahi dan sebagai pemberitahuan pada kenalan dan ahli keluarga yang baru memiliki akaun Facebook dapat mengetahui yang anda telah tiada.

You May Also Like

2 Comments

  1. Replies
    1. semoga bermanfaat..akak sendiri pun dok fikir nak buat juga dan tak padam supaya nanti kawan yang lama mencari akan jumpa yang kita telah tiada

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!