Girls Day Out, Window Shopping Dan Makan Sopong Di Melawati Mall

Dah lama tak keluar bersama the girls sejak PKP dan sejak the girls berada diluar kawasan untuk belajar. Selalunya en suami akan ikut serta dan suka melayan anak dara dia ni, yang anak bujang dua orang tu memang tak de la nak ikut sama window shopping, masuk satu kedai ke satu kedai. Tapi kalau cakap nak pergi makan kat specific restoran atau kedai makan, InsyaAllah diaorang akan join.

Jadi hari tu saya dengan empat dara pun keluarlah kononnya nak cari walking shoe, nak cari wallet dan yang pastinya saya rindu nak makan dengan the girls. So kami pun keluar lepas Asar ke Melawati Mall. 


Kami keluar lepas Asar sebab banyak perkara perlu kena settle sebab en suami berada di Kelantan dan sejak PKP ni memang ramai orang ambil peluang ke mall. Dah memang hari minggu, memang agak payah nak cari parking sebab orang ramai pun dah ramai keluar untuk shopping.


Kami ke Padini Concept Store, konon niat nak cari walking shoes warna hitam tapi tak ada yang berkenan dan kalau ada pun bukan hitam. Tidak la terlalu penting, tapi kalau berkenan di hati, ambil la sepasang dua kan. 

Kalau ke Padini ni, harus ke bahagian pakaian juga, berkenan dengan long shirt yang cantik tapi saiznya muat-muat jer. Ahh sudah, badan dah makin berisi dan bertambah berisi, mau bila pakai nanti jadi sarung nangka. So we buy nothing.

Next stop kat Kaison yang jadi favorite the girls terutama KY Amanda dan KC Iman.


Masuk ke Kaison pun ramai orang yang dok membeli, KY Amanda dan cikapplepie ke bahagian langsir dan bed sheet. Belek dan belek tapi tak de yang berkenan. KC Iman pula mencari barangan untuk gerai kopi dia, erm tak de yang sesuai sementara saya dan Cik Meya, layan kat kawasan bunga plastik tapi tidaklah nak membeli bila tengok ramai beratur.



Memang cantik bunga-bunga plastik dan tahan lama, cuma bila difikir kemalasan diri nak mencuci bunga ni dan lokasi nak letak bunga ni buat niat membeli dibatalkan. Lokasi tu penting sebab kat rumah kan banyak kucing, kang tak memasal nak mengemas bunga dan bekas kaca pulak pecah. Mungkin nanti kalau saya punya banyak masa, mungkin ada kot kat beberapa sudut  dengan bunga plastik mahupun bunga segar.



Next ke Restoran makanan Korea, Sopoong di L3-20 untuk isi perut. Sopoong bermaksud picnic dan memang tempat favorite the girls termasuk umi diaorang. Pernah bawa en suami makan kat sini tapi dia cuma enjoy makan Bingsu je


Kali ni kami ambil menu berbeza untuk setiap orang dan tambah Hotteok (sweet pancake). Kalau rajin nanti saya buat entri apa yang kami makan dan suka kat sini dan kosnya. Mungkin juga buat video kat channel youtube yang dah agak berabuk tu.

Jadi kalau nak merasa makan bibimbap, bulgogi, topokki dan banyak lagi makanan Korea, kenalah singgah dan rasa kot sesuai dengan selera. 

Lokasi akhir pastinya kat Village Grocer di LG-29. Tempat yang bukan para mak-mak saja suka tapi the girls memang suka sebab segala macam frozen food ada, segala macam jenis kopi ada kat sini. 

Apa yang penting kena sediakan duit sebab main masuk jer dalam troli pastu bila sampai kat cashier, mau juling mata. Jumlah hangus kat Village Grocer ni RM179.85. Lagi lama berlegar kat sini memang lagi banyak yang akan masuk troli walhal barangan marketing barangan kering tu tak berapa hari lagi dan stok pun masih banyak. Alahai nafsu.

Fuhh..dah lama tak story macam ni, ada ke yang nak membaca kisah peribadi yang tak peribadi sangat ni. 

Till next time, terima kasih sebab membaca.

Girls Day Out, Window Shopping Dan Makan Sopong Di Melawati Mall Girls Day Out, Window Shopping Dan Makan Sopong Di Melawati Mall Reviewed by Fuzy Hamid on October 30, 2021 Rating: 5

1 comment:

  1. Amboi sakan jalan dengan 4 orang anak perempuan. Adik perempuan saya pun ada 4 orang anak perempuan. Mesti riuh.
    Borong makanan ringan. Lama tidak buat.

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Powered by Blogger.