Lega Bila Proses Neuter Rey Selesai Dan Kami Tenang | Rey melahirkan anak buat kali ke lima dan kali kelima ni memang kegatalan Rey double triple gitu. Rey ni jenis kucing kampung yang besar, kami ambil dari rumah kakak ipar di Kedah

Last pregnancy Rey dia dapat 4 anak yang budak-budak namakan Sky, Sun, Bintang dan Brownie. Hanya Sky yang disimpan dan semestinya jadi in house pet dan dia ni memang saling tak tumpah macam mak dia yang suka mind on business apatah lagi warna dan bulu dia memang duplicate Rey.

Rey ni memang a good mother walau garang, paling best dia jadi mak susuan pada kucing yang menumpang, si Coco dan Soy yang masih sekali sekala menyusu 


Kucing
Lega Bila Proses Neuter Rey Selesai Dan Kami Tenang


25 Julai - hantar Rey untuk vaksin dos pertama dan dos kedua patutnya lepas 7 hari tapi kami overlooked jadi 3 September tu kena buat dos pertama balik. Aduh haiii..memang stress sebab kegilaan Rey yang kerap on heat ni dengan tarikh untuk mandulkan dia masih tak tahu bila sebab tiada kekosongan.

First time terpaksa tahan telinga dengan kucing on heat ni yang bukan saja bising tapi siap sembur air gatal dia. Memang rasa nak letak luar jer tapi jenuh pulak nanti bila dia mengandung dia balik, dah la nak bersalin dalam rumah.


Dalam dok rimas dengan Rey yang semakin galak gatal tu, tup-tup malam tu KC Iman dapat call dapat call dari klinik untuk membawa Rey sebab ada kekosong. Alhamdulillah rasa lega dan tak sabar nak tunggu esok. Terus masukkan Rey dalam sangkar sebab dia dah kena puasa.

Pukul 7.45 pagi kami dah sampai depan klinik, rupanya klinik buka awal untuk temujanji pemandulan kucing dan lebih kurang jam 8.30 tu kami dah berangkat balik. Risau juga takut Rey tu meragam dan on heat yang akan menyukarkan proses pemandulan. Rey ni kucing yang pendiam tapi bila dia on heat tu pernah bergegar sangkar dia mengamuk dan dia pernah tampar biawak sampai biawak tu lari.


Pakej Pemandulan Klinik Dr Hawa Murah Dan Recommended

Sebelum ni kami dah buat survey klinik yang buat pemandulan, ada yang RM150 untuk 1 malam, RM200 tapi semuanya ada kekosongan bulan Disember atau tahun depan. Tak boleh nak imagine kalau kena bertahan terlalu lama untuk mendengar Rey on heat sampai rasa kalau worst case scenario, memang kena bagi dia keluar. Sampaikan rasa nak grab jer pakej pemandulan RM450 dengan penjagaan untuk 4 malam tapi masih dok bertahan.

Pemandulan Rey di Klinik Dr Hawa ni cuma RM94 untuk 3 hari 2 malam, tapi sebab dah lewat, jadi Rey hanya dijaga 1 malam. Tak jadi masalah sebab malam pertama tu sepatutnya Rey bermalam di sana dan berpuasa. Bayaran RM94 tu dah termasuk dengan ubat dan bagi saya cukup berbaloi apatah lagi klinik Dr Hawa memang dekat dengan rumah.

Balik dari ambil Rey dari klinik, kami singgah beli head cover supaya Rey tak jilat terutama dibahagian jahitan.

Setiap hari memang kami tengok luka jahitan tu sampai ada sekali tu nampak macam jahitan terbuka, terus bawak ke klinik balik tapi doktor kata tak apa2 

Lega Bila Proses Neuter Rey Selesai Dan Kami Tenang

Surprisingly kena caj RM5 untuk consultation doktor masa bawa Rey untuk pastikan luka kat perut tu tidak memudaratkan. Murah kan!

Lega Bila Proses Neuter Rey Selesai Dan Kami Tenang

Part merawat kucing ni memang kerja Cik Meya dan Kak Yang sambil dibantu cikapplepie atau Kak Cik Iman dan sesekali umi la tumpang tengok dan ambil gambar atau video.

Lega Bila Proses Neuter Rey Selesai Dan Kami Tenang

Sekarang ni Rey memang dah makin gemuk dengan berat 4.7kg tapi Rey masih Rey yang bukan suka digomol. Berat badan pun sangat bertambah dan kerja dia makan, tidur, makan dan tidur.  Yang pasti hidup kami pun aman buat masa ini sebab lain-lain tu masih kecil.