Mungkin ramai yang tidak mengenali MKAJ Salon & Academy yang telah terlibat dalam di dalam industri hibuuran selama lebih dari 18 tahun dengan penglibatan langsung bersama acara-acara berprestij tanah air dan antarabangsa. MKAJ Salon & Academy merupakan sebuah perniagaan dalam  pendandanan rambut professional  yang cukup dikenali dikalangan para artis tanahair.

Pembukaan Francais MKAJ Salon & Academy Pertama Di Kuala Lumpur


Baru-baru ini, Shahrizan Salleh, Pengasas MKAJ Salon & Academy juga selaku penggaya rambut selebriti professional telah melebarkan cabang perniagaannya dengan pembukaan francais pertama dan turut melancarkan produk terbaru mereka.  Berbekalkan lebih 20 sijil pengiktirafan didalam karier professionalnya, Shahrizan Salleh telah terlibat dengan artis-arits berprofil tinggi seperti Zizi Kirana, Zizan Razak, Hefny Sahad dan ramai lagi.

Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan di salun MKAJ termasuk konsultasi profesional, penggayaan rambut, penjagan rambut dan pewarnaan rambut. 


Dalam waktu yang sama, MKAJ turut memperkenalkan 4 produk baru yang diformulasikan untuk menjaga dan merawat kerosakkan rambut.

  • Signature ceLab shampoo (soothing)
  • Signature ceLab perapi rambut (PH Balance)
  • Signature ceLab serum (essence)
  • Signature ceLab pewangi rambut (volume).  

Produk-produk ini boleh didapati melalui pesanan secara atas talian seperti di laman sesawang rasmi iaitu (www.signaturecelab.com) dan Media sosial seperti instagram (signature-recelab).  Selain itu, produk ini juga boleh didapati di salon-salon yang terpilih.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan penjagaan rambut di MKAJ Salon & Academy, boleh datang ke Pusat Perniagaan Platinum Walk, Danau Kota, yang dibuka bermula jam 11 pagi hingga 11 pagi setiap hari.

Sehubungan dengan sekatan PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) yang baru ditamatkan, MKAJ mengambil inisiatif dengan menawarkan promosi servis pewarnaan rambut sehingga 29 Oktober 2021 untuk pelanggan-pelanggan setia.

MKAJ Salon & Academy turut mengalu-alukan mereka yang berminat membuka francasi perniagaan salon untuk tampil berjumpa dan berbincang secara lanjut mengenai terma dan syarat.