Kopi Hunting Wangsa Maju Buat Penggemar Kopi  | Minum kopi ni memang sudah jadi trend masakini tapi kopi yang saya suka ni bukan kopi kampung tapi kopi dari serbuk nescafe atau kopi yang di brew. Kalau dulu bekerja di pejabat, sehari saya akan minum at least 3 mug nescafe o atau nescafe tarik buatan sendiri untuk kekal segar. 

Kopi Hunting Wangsa Maju

Semasa PKP, the girls semua dah jadi barista, hebat buat kopi antaranya Dalgona coffee yang viral dan pelbagai olahan kopi ala Starbucks hampir setiap hari tak kira siang atau malam. Hanya Angah Ammar je yang tak minum kopi tu semua dan en husby pulak sukakan kopi White town coffee sejak beberapa tahun dulu hingga kini. Tapi kini dah selang seli minum kopi kampung jenama Songkok sampai saya pun dah tahu cara membuat kopi yang kaw untuk dia tapi heheee saya memang tak boleh terima baunya apalagi boleh diterima tekak. Bukan berlagak tapi memang dari dulu tak menggemari kopi macam tu dan saya juga peminat teh o tapi dah jarang minum sebab tak ada geng.


Kopi Hunting
Kopi Hunting Wangsa Maju Buat Penggemar Kopi 

Sejak PKP, pembelian kopi di Starbucks, Zeus atau Gigi Coffee sentiasa dalam senarai dan selalu tiba tak kira waktu.

Bila bercakap pasal kopi ni, saya adalah peminat Americano, terasa rindu nak minum Americano sambil makan breakfast di San Francisco Coffee sebelum masuk ke pejabat di KL Eco City dulu dan kemudian bila pejabat berpindah ke SOHO KL, hanya Americano MyNews sentiasa ada di tangan sebelum masuk ke pejabat. Ahh kenangan yang cukup membuat saya tersenyum dengan pengalaman kerja baik yang indah dan sebaliknya.

Rindu nak lepak kat Kopi & Teh Kuantan dan Kuantan Pickers dan makan mango cheesecake di Kula Cakes. May be soon! InsyAllah


Kedai Kopi Satuu

Kedai kopi hipster yang unik namanya ni terletak di kawasan perumahan di Air Panas. Kalau nak ke sini, guna waze dan anda boleh nampak kedai yang terletak di laman rumah corner lot yang cukup simple dekonya. Di sini terdapat kerusi untuk duduk menikmati kopi atau minuman serta dessert bersama kawan.

Kopi Hunting Wangsa Maju Buat Penggemar Kopi 

Bila letak kisah kopi Satuu di FB hari tu, baru tahu yang kedai ni masuk rancangan MHI pagi sebelum kami terjah. Saya cuba 3 jenis kopi iaitu Shakerato Bianco, White coffee dan Iced Americano. Terasa nak try Affogato kat sini tapi sebab sesi dobi tak selesai, kang cair pulak ice cream tu. Saya recommend kopi ni sebab penggunaan kopi premium.


Koficinto

Gerai ni terletak di kawasan parking di Rampai Business Park, jadi parking tak menjadi masalah dan tidak sesak.

Kopi Hunting Wangsa Maju Buat Penggemar Kopi 

Ternampak gerai kopi ni sewaktu selesai mendobi berdekatan kedai Wahab Cendol dan dah on the way balik tapi pusing balik walau waktu tu dah ada 3 kopi dari Satuu. Haish macam tiada esok tapi tu la bila dah teringin nak mencuba tu, bukan kira kan. Since kat Satuu dah terambil Iced Americano, jadi kat sini saya cuba hot Americano dan Butterscotch. Not bad rasa kopinya dan boleh cuba lagi 


Kulim Coffee Classic

Gerai ni terletak disebelah perhentian bas berdekatan pintu masuk Hospital Tunku Mizan Wangsa Maju.

Kopi Hunting Wangsa Maju Buat Penggemar Kopi 


Antara bisnes kedai kopi francais dengan harga serendah RM5 ni  cukup mudah dihasilkan dan memang akan jadi hot selling dengan harga yang berpatutan. Nak-nak pula terletak bersebelahan HTM yang ramai pengunjungnya dan gerai ini satu-satunya gerai minuman tepi jalan.


Majesty Coffee

Gerai ini terletak di tepi jalan berhadapan dengan restoran mamak Barakath Noor dan terdapat deretan kedai Takoyaki dan gerai pisang goreng

Kopi Hunting Wangsa Maju Buat Penggemar Kopi 

Kopi kat sini pun sama macam Kulim Coffee Classic yang rasanya juga francais dengan harga serendah RM5.


Kopi Dua Darjat

Sesiapa yang Pasaraya Hero boleh singgah ke gerai Koi dua Darjat yang terletak berdekatan dengan Kompleks Sukan Wangsa Maju

Kopi Hunting Wangsa Maju Buat Penggemar Kopi 

Juga dengan konsep francais jadi kopi di sini adalah biasa-biasa seperti Kulim Coffee Classic dan Majesty Coffee. 


Memang Wangsa Maju dan sekitarnya memang cukup hidup dengan pelbagai pilihan makanan dan minuman, apa yang penting perlu ada $$ je.