Ambil Iktibar Kisah Siakap Langkawi Tapi Sedap Lagi Ikan Terubuk Bakar

Ambil Iktibar Kisah Siakap Langkawi Tapi Sedap Lagi Ikan Terubuk Bakar | Meriah sungguh hujung minggu kami semeriah kisah viral siakap Langkawi jugak tapi meriah kami rasa puashati berpihak pada saya. Eh, rasanya tak habis lagi orang bercakap selepas kes viral ikan siakap di Langkawi minggu sudah ke sudah sunyi?. Ternampak juga orang selit kisah siakap tu bila jengah ke Facebook mahupun Twitter penuh la orang dok bercerita pasal pengunjung kena caj RM1196.80 untuk seekor ikan siakap show seberat 7kg lebih hingga jadi viral tu. 

Selepas tu ramai pula pengunjung yang berkunjung ke Kilim Geopark 'terkena' makan di restoran terapung tu tampil tunjuk bil makan di restoran yang sama di caj sebanyak RM846.40 untuk ikan siakap seberat 5.29 kg,  Puan Rohani pula membayar RM896.40 untuk siakap seberat 4.980kg dan ada yang tunjuk bil untuk 1kg siput di caj RM100. Fuhhh..saya tak nak komen banyak cuma nak tanya, apa rasa ikan yang gila berat tu? Ikan yang terlalu besar, rasa isinya liat dan tak manis. 


Apa pun kesemua pihak pasti nak membela diri dan kita yang tak berada di tempat sebagai pembeli mahupun peniaga tu biarlah komen berilmiah dan tak perlu nak menambah dan berbaur negatif. Baca dan hadam dan ambil iktibar.

Secara jujurnya saya pernah menyukai siakap, tersangat suka terutama buat Siakap Kengsom,  Siakap Masak Kuah Lemak Nenas, Siakap Masak Masam Manis, Siakap Goreng buat cicah dengan cili kicap dan banyak lagi resepi ikan siakap ni. Tadi tu dulu, waktu beli ikan siakap dan bila di masak rasanya sedap dan segar. Tapi sekarang siakap yang dibeli kebanyakannya siakap sangkar atau siakap bela, yang bila dimasak akan berbau selut terutama dibahagian bawah perut. Jadi cara paling selamat masak ikan siakap ni ialah dengan menggoreng garing dan letak sambal atau curah sos cili thai tu.


Nota kaki : alah membeli menang memakai


Hujung minggu kami cukup meriah bila hari Jumaat lepas, adik ipar yang bermastautin di Penang turun KL untuk menjemput putri tunggalnya yang dah 3 minggu ada dirumah. Rancangan asal tu nak bercuti bersama-sama tapi jenuh kami cari area Selangor semua homestay penuh untuk tarikh yang kami nak tu. Cameron Highlands pulak en suami tak nak sebab sesak dan memang kami tak berhasrat nak bercuti jauh dari Selangor sebab cuti ramai orang sambung cuti Diwali kan jadinya sesak tu pasti. 

Pagi Sabtu tu en suami ajak Mak Teh (panggilan manja adik bongsu dia yang sebaya saya) dan suaminya ikut ke Pasar Datuk Keramat dan kami singgah breakfast capati kat One Chopati di Keramat Mall.

Lepas breakfast, masuk ke pasar untuk menu tengahhari dan Mak Teh nak tunaikan permintaan KC Iman yang nak makan laksa.



Udang masak lemak cili api dengan keladi lambuk, nak tahu resepi boleh klik SINI. Ikutkan udang besar ni sedap buat goreng kunyit tapi kalau tak de lauk berkuah, pasti kurang umphh kan,


Bila tengok ikan terubuk ni memang teringat pada Allahyarhamah ibu mertua yang suka buat terubuk bakar waktu bulan Ramadan. Kalau kat Kedah memang murah ikan terubuk ni tapi bila ditanya harganya 1kg RM75.00, biasanya seekor dalam RM45 / RM50 je dan bila ditimbang harganya RM88.00 Gila mahal tapi mujur puashati ikan terubuk yang kami bakar ni rasanya sedap dan manis. Kata peniaga tu ikan ni ikan perairan Malaysia dan memang tak nampak keras beku seperti yang kami selalu nampak. Mahal tapi berbaloi la jugak rasanya, nak-nak pulak orang belanja kan.


Mak Teh ni pemintat laksa, jadi bila anak buah minta buat laksa memang dia seronok dan saya pun seronok la sebagai peminat laksa juga kan.

Kemeriahan ada tetamu ni bila en suami seronok buat planning untuk bercuti dan jala-jalan. Jadinya kami atur program jalan-jalan di Kuala Lumpur tapi hari Sabtu sebelah malam pulak en suami ada shooting, so membeku la kami kat dalam rumah. Saya ok sebab sejak dah tak bekerja ni memang malas nak keluar rumah dan lebih rasa selesa membaca, menulis dan menonton. Nak ajak berborak, tak ada banyak benda yang nak diborakkan sebab kalau berborak lama nanti pastinya nanti terbercerita perihal sipolan tu dan sipolan ni.

Hari Ahad pulak kami pun buat rancangan nak ke Nilai 3, jadi lepas subuh tu terus buat nasi lemak supaya perut tu kenyang. Kena la bagi kenyang sebab nak jalan jauh tu. Nak tahu apa yang saya beli kat Nilai 3, boleh je jengah kat youtube dan unboxing kat IG dan Tiktok nanti.


Ya, memang rambang mata dengan pelbagai pinggan mangkuk kat Madam King Nilai 3 ni, pelbagai pinggan mangkuk Nordic buat rasa nak borong jer tapi en suami dah pesan, jangan berbelanja lebih-lebih sebab kat mana nak letak dan kata pada hati, sila berjimat, sila berhemat, sila beringat heee.

Nak tengok gambar pinggan mangkuk yang menarik boleh jengah kat page saya, boleh sama-sama rasa rambang mata.

Selepas Nilai 3 tu kami singgah rumah Akmar (anak bongsu abang sulung en suami) di Cheras yang sesampai tu dah terhidang mee goreng dan kudapan.  Perut pun dan terisi dan penat pun dah hilang, jadi kami ajak Akmar dan suami ikut kami ke rumah Nuriza (anak saudara sepupu) di Kajang. Dah jadi macam ziarah raya pun ada walau tiada hidangan ketupat, rendang atau lemang tapi seronok dan perut memang penuh dengan pelbagai juadah spagetti, kuih putu ayu, kuih lopes dan rojak. Tak cukup dengan tu Nuriza ni bekalkan kek pisang yang hot from the oven, asam gelugur buatan sendiri dan kuih badak frozen. Meriah sungguh dia raikan ayah dan ibu saudara dia ni sampai rasa sendat dah seluar yang kami pakai.

Dari Kajang, destinasi seterusnya ni untuk dinner walau en suami macam tak nak pergi sebab masih kekenyangan tapi suami Mak Teh beria nak dinner so kami ikut jer sebab selepas tu Mak Teh akan teruskan perjalanan balik.

Kalau ikut rancangan asal en suami juga nak bawa Mak Teh ke River of Life tapi adik ipar dia cakap tak balik lewat sebab nak hantar si Umairah (cucu saudara) ke Sungai Petani jadi plan tu untuk next visit depa. 

Tapi dinner kat Restoran Salai-Salai pun cancel bila adik ipar call en suami yang perut masih kenyang so kami just stop over kat tepi jalan untuk bersalam dan teruskan perjalanan balik. Memang rugi kalau singgah makan sebab masing-masing kekenyangan sangat dan boleh balik rehat sebab esokya Cik Meya kena kerja.

Gitulah weekend kami tapi rasanya saya nak ke Nilai 3 lagi kot sebab nak shopping pinggan mangkuk lagi tapi memang kena fikir nak cari ruangan penyimpanan dulu.

Ambil Iktibar Kisah Siakap Langkawi Tapi Sedap Lagi Ikan Terubuk Bakar Ambil Iktibar Kisah Siakap Langkawi Tapi Sedap Lagi Ikan Terubuk Bakar Reviewed by Fuzy Hamid on November 10, 2021 Rating: 5

5 comments:

  1. Masa balik seremban bulan 9 haritu dok kene gak ngan husband nak gi madams King.. Tak dilayannya kita. Huh.

    Ammi suka terubuk masin sbb boleh goreng faring. Kalau tka tu penat nak gaduh ngan tulang dia. Malas nak kerja byk waktu makan

    ReplyDelete
  2. Jadi viral kisah siakap langkawi ni

    ReplyDelete
  3. Semalam beli siakap kat jeti, harga naik dari biasa. Tanya kenapa? Depa cakap tu siakap tangkap kat laut langkawi haha

    ReplyDelete
  4. tu la kan kita ambil iktibar.. lenkali bila makan jgn berlebih2 tu je la

    ReplyDelete
  5. ikan terubuk memang sedap 👍🏻 tapi susah cari. tak semua pasar ada. kat kelantan ni tak jumpa lagi 😢

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Powered by Blogger.