First Ride Jarak Jauh Dengan Motor Baru Bangkitkan Nostalgia Gila-Gila Remaja - IAMFUZY™ Malaysia Lifestyle Blog

TERKINI

Post Top Ad

First Ride Jarak Jauh Dengan Motor Baru Bangkitkan Nostalgia Gila-Gila Remaja

Hahaha...lawak sungguh bila nak letak tajuk ni tapi tu la tahun 80an la kami mengenal hidup, waktu muda belia dan filem Gila-Gila Remaja antara filem letops zaman tu. Kiranya first ride jarak jauh dengan motor baru bangkitkan nostalgia gila-gila remaja la tapi kami remaja purba bak kata orang sekarang ni kan. Kalau dalam filem tu ada Roy dan kekasih hatinya Suzi, jadi kami pun ala-ala gitu la tapi remaja purba berdua ni lagi hensem dari Roy dan manis dari Suzi hehe.

Tahun 80an juga la tahun dimana DH berhijrah ke KL mencari rezeki dan bekerja di UTM dan kemudian pastinya motor menjadi transport pergi dan balik kerja dan ambil buah hati. Bila duduk flat, budak-budak zaman tu semuanya bekerja dan ada motor sebab diaorang akan ride ke Taman Negara, Cameron Highlands, bercamping dan motorsikal tu transport mereka la. 


Motor pertama DH adalah motorsikal Honda Rider yang kemudian di hantar ke kampung konon nak bagi anak buah dia tapi ermmm dah tinggal rangka je rasanya. Bila dah ada anak dan usia meningkat motor RXZ tu tak sesuai, kena beli Honda EX5 yang ada bakul tu. Saya pun kerap juga bawa motor tu untuk round flat Setapak Jaya 1A waktu mengandung dulu. 


Bila bertukar kerja ke Putrajaya, DH masih menggunakan EX5. Memang banyak berjasa EX5 tu dan malah Ayong pula mewarisi EX5 tu bila DH bertukar ke Honda Future sewaktu bekerja di Filem Negara tahun 20007. Dan sekarang DH bertukar ke ADV, jadi si sulung mewarisi Honda Future. 


Nampak nau DH ni cukup serasi dan pengguna tegar Honda kan tapi bab kereta saya memilih Toyota sebab kena ikut kemampuan kan.




First ride jarak jauh dengan motor baru bangkitkan nostalgia gila-gila remaja kami bermula hari Ahad (16 Januari 2022) yang lalu, selepas selesai solat subuh je, DH cakap jom bersiap kita breakfast kat Kuala Kubu. Perghh rindu nak makan nasi dagang jualan kakak sepupu DH, adik beradik sebelah Allahyarhamah bonda mertua yang berniaga di Pasar Kuala Kubu. Breakfast jauh tu tanpa anak-anak pulak tu sebab kami akan ride ke Pasar Kuala Kubu Bahru dengan si ADVnya


Dari Wangsa Maju yang masih sepi, sebab hari minggu kan, jadi ramai yang tak bangun tidur lagi atau lebih tenang berehat sebab masa awal pagi. Malahan MRR2 pun tak banyak kenderaan tapi bila sampai kat area Batu Caves tu dah nampak kenderaan parking kat kiri kanan sebab hari kaum India nak sambut Thaipusam dan mereka yang bernazar dah mula dibotakkan rambut dan berjalan ke arah kuil. Rugi pulak sebab tak sempat nak ambil gambar.



Laluan banyak selekoh ni memang favorite DH, mujur muatan yang dibawa kat belakang tu berat je..kiki

Perjalanan menghala ke Ulu Yam sambil terkenang zaman kami rajin ke kebun Allahyarham abah dengan melalui kawasan sungai, air terjun dan kawasan kami rajin berhenti untuk anak-anak mandi. Di kawasan air terjun tu kami pernah stop sekejap tapi tak benarkan anak-anak mandi sebab bahaya. Ada juga kes kematian sebab lemas. 


Kalau dulu sejauh lbih 500 meter dah berderet kenderaan di kiri dan kanan jalan termasuk motorsikal anak muda dan pasangan yang nak mandi di air terjun. Jadi bila melalui jalan menghampiri air terjun ni memang kena berhati-hati dengan pengunjung yang melintas. 


Sunyi memang sunyi mungkin sebab PKP atau dah lama agaknya kawasan air terjun tu sunyi sebab sejak tanah abah dijual, kami jarang ke sini melainkan kekadang DH akan ambil jalan ni untuk lari dari kesesakan jalan raya bila balik dari Kedah, tu pun hari dah malam.


Hehee..dah 2 tahun kami tak balik Kedah pun.


Nostalgia seterusnya bila DH kata nak singgah tengok bekas kebun abah di Kampung Pasir, Ulu Yam. Laluan masuk selepas SMK Sains pun dah berubah, dah naik rumah teres yang masih dalam pembinaan.



Jalan masuk ke kampung ada sedikit perubahan, dah agak cerah tapi jambatan besi yang menghala ke bekas kebun abah masih kukuh berfungsi.


Ahh memang rindu kat tempat ni bila weekend kami datang untuk mengambil hasil yang tak seberapa seperti rambutan, rambai dan durian. Kat kebun ni pun ada abah tanam pokok nangka, kelapa, bunga champa yang cukup wangi.


Pokok rambai yang dua hasta tu memang meriah bila berbuah semeriah daunnya dan pokok rambutan ada dalam 3-4 pokok pun meriah bila berbuah. Sempat la juga saya lepas gian memanjat tapi bila kat pokok durian tu memang tak la saya dekat.


Tetiba emosi bila melayan kerinduan waktu dulu, rindu segalanya waktu abah ada. Rindu berkebun, memasak sambil melepak di kebun ni.



bukan saja-saja berhenti tau, berhenti untuk posing. Mesti kereta yang lalu lalang tu ingat kami ni first time ke KKB la kot..haha


Next kami stop kat papan tanda untuk simpan kenangan dan kongsi kat anak-anak di rumah dan DH seperti biasa kongsi kat grup famili dia dan kawan sekolah. Puas berposing, kami teruskan perjalanan menuju ke Pasar Kuala Kubu Bharu untuk cari nasi dagang dan nasi kerabu.



"Macam sungai kat Colorado" kata DH. Ermmm macam la pernah pi sana kan. Tapi memang cantik dan ada bahagian yang tak dalam untuk mandi-manda tapi tak ada tempat untuk tukar pakaian basah.


Kami stop lagi bila nampak sungai yang cantik mengalir, kelihatan ada family dengan anak-anak kecil tengah mandi sungai. Terus DH kata nak ajak anak-anak mandi sungai sebab dah lama tak mandi sungai kan dan tempat ni pulak nampak menarik dan tak ramai. Bila tu tak tahu la pulak.



Nak makan nasi dagang tapi kata Wati dia tak menang tangan nak membuatnya jadi rezeki makan nasi kerabu jer la tapi dengan paru goreng garing. Kalau saya suka nasi kerabu dengan ikan rebus goreng garing atau ikan rebus goreng berlada, tak perlu lauk lain dah.


Alhamdulillah dapat merasa nasi kerabu Suwati (anak kakak sepupu DH) kat Pasar Kuala Kubu ni. Dulu mak dia yang masak dan berjualan kat sini tapi sejak dia sakit, si anak ambil alih. Rupanya si suami pun ada membantu, jadi DH sempat la bergambar dengan pegawai besar bomba ni.

Jadi warga Kuala Kubu sekelian, kalau nak makan nasi kerabu, nasi dagang Kelantan dan kuih-muih, sila singgah dan beli kat kedai Mek ni. Sedap senghoti 



Selesai makan, borak-borak dengan Wati yang ada je cerita yang nak diceritakan, siap suruh kami tunggu dia balik dari meniaga selepas diberikan alamat ke rumah bondanya dan ajak kami ke Gua Musang bersama bulan Februari nanti. Alahaii memang rindu nak ke Gua Musang lagi tapi tu la bila balik waktu perayaan nii memang azab dengan jem. Kena fikir banyak kali juga ni, selain kos, masa, lauk untuk bonda dan banyak lagi sebab planning nak balik Kedah pertengahan bulan Februari nanti. InsyaAllah kalau jadi lah.



Kata DH, nak lajak ke Fraser's Hill tak? ehh tak lah. Mana boleh sebab tak prepare apa-apa untuk anak-anak kat rumah. Waktu hujung minggu ni la seronok dapat duduk makan ramai-ramai kan.

Waktu balik tu masih ikut jalan Ulu Yam dan nampaklah air terjun yang tanpa pengunjung dan agak semak dan melalui jalan Sungai Kertas, laluan yang sering kami lalu dulu. Alhamdulillah, kami safely sampai rumah lebih kurang jam 12 lebih.

Next ride? InsyaAllah,  tunggu bila free nanti dan tunggu video our First Ride Jarak Jauh Dengan Motor Baru Bangkitkan Nostalgia Gila-Gila Remaja.

5 comments:

  1. wah..feeling masa zaman muda mudi dulu, yea kak..hehe..sesekali feeling young gitu..seronok tu ride jalan2 cari makan sambil singgah kat tempat-tempat yang jadi kenangan..mengimbau memori, gitu...

    ReplyDelete
  2. Seronoknya. tak pernah ride kak. naik motor keliling kampung je. hehehe

    ReplyDelete
  3. cayalah! saya naik motor perlahan pun dah takut hahaha

    ReplyDelete
  4. What a nice places:) thanks for your sharing...

    ReplyDelete
  5. Wahhh best nya ronda² macam tu. Tak risau traffic jam.. and mmg cara sis cerita, dpt balik feeling² masa muda remaja tu yg best haha. 

    Jauh betul sis berjalan² sampai nak ke fraser’s hill tuh haha. Tapi kadang² trip tak dirancang tu mmg lg menarik sbb adventurous gituh. Hopefully next time sis boleh enjoy lagi trip gila² remaja mcm ni hihi 

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Post Top Ad