Datuk K Dedahkan Perubahan Asyraf Kerana Azizan Osman | Nama Asyraf Khalid sudah cukup dikenali ramai apatah lagi beliau merupakan anak tiri kepada penyanyi no 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Beliau juga turut menurut langkah bapanya dengan menceburi bidang perniagaan seperti bapanya,  Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa, usahawan Melayu yang cukup dikenali. Kini, Asyraf antara usahawan yang tidak lagi menumpang nama kedua nama besar dalam keluarga sejak menjadi anak didik Dr Azizan Osman.


Baru-baru ini, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K dedahkan perubahan Asyraf kerana Azizan Osman. Kejayaan Asyraf Khalid sebaris nama-nama usahawan negara ini selepas beliau menyertai Mentor Usahwan kelolaan RichWorks ini cukup membanggakan bapanya.




Dalam satu hantaran video dikongsikan Asyraf pada semalam, Datuk K merakamkan penghargaan kepada Datuk Azizan yang dapat mengubah dan membimbing anaknya bukan saja dalam bisnes malah kehidupan dalam tempoh 3 tahun saja. 


Menurut Asyraf ketika ditemui berkata, ucapan tersebut dibuat ketika makan malam dan sempena sambutan hari lahir bapanya di rumah ibu bapanya Isnin lalu. 




Perubahan Asyaf Membanggakan Datuk K

Dalam hantaran video di instagram milik beliau, Asyraf berkata, membuat bapanya bangga dengannya adalah merupakan 'Big Why' dia selama ini dan beliau sering mencuba untuk membanggakan bapanya namun semuanya seperti sangat mustahil.




"Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik," 


Hantaran video tersebut itu telah meraih tontonan hampir 15,000 orang dalam tempoh beberapa jam saja. 




Kini Asyaf bukan budak yang dulunya nakal dan selalu mengecewakan bapanya serta merasakan diri ini sangat tak berjaya.

Tambah Asyraf, beliau faham perjalanannya masih jauh namun beliau sangat bersyukur dengan luahan bapanya buat pertama kali di hadapan mentor sendiri. 


"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup. 

 


"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini," jelasnya. 

 

Asyraf Angkat Azizan Osman Sebagai Mentor Terbaik Buatnya



Dalam pada itu, Asyraf melihat Azizan sebagai mentor yang terbaik buat dirinya yang bukan hanya membimbing mengenai bisnes semata-mata malah secara holistik termasuk kepimpinan dan perhubungan sesama manusia dan bersama Maha Esa. 


"Malah nilai-nilai baik ada dalam lingkungan anak didik Azizan dan RichWorks membuatkan beliau menjadi lebih baik lagi. 

"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan," ujarnya. 

 

Datuk K Kagum Dengan Kebolehan Dr Azizan

Dalam ucapannya, Datuk K turut menyatakan beliau turut merasa kagum dan mencemburui kebolehan yang dimiliki  Dr Azizan hingga RichWorks lahirkan jutawan yang sebegitu banyak melalui kelas bimbingan usahawan bersama RichWorks. 


“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat. 

“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya. 

 

Menurut Datuk K, rakan usahawan jutawan sangat beruntung dengan usaha tanpa jemu dari Dr Azizan dalam memimpin tangan, memberi tunjuk anak didiknya,  mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, kerana beliau tidak dapat semua yang mereka dapat ketika seusia mereka dan pada masa memulakan perniagaan.


Sementara itu, Datuk K turut mengingatkan bangsa usahawan yang berjaya tidak melupakan individu yang masih merangkak dan berusaha keras untuk mencapai kejayaan. 


“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,” ujarnya. 


Kejayaan Asyraf  Memberi Inspirasi Dan Pembakar Semangat

Kejayaan yang diraih Asyraf Khalid membuktikan RichWorks terbukti mampu lahirkan jutawan yang bersungguh-sungguh untuk berjaya. Kejayaan budak yang nakal suatu ketika dulu ini turut memberi inspirasi dan pembakar semangat bagi mereka yang ingin berjaya dan berusaha.


Bagi yang ingin berminat untuk turut serta dalam progam Titan RichWorks, boleh layari RichWorks untuk dapatkan program yang akan datang.