Tonton Drama Suamiku Lelaki Pendosa | Siapa dah tonton Suamiku Lelaki Pendosa yang diadptasi dari novel 'Imamku Lelaki Pendosa' karya Umie Nadzimah yang sudah bersiaran sejak 9 Februari 2022 di slot Samarinda TV3 bermula 9 Februari 2022. Drama 28 epsiod yang menampilkan gandingan utama Aaron Aziz dan Sophia AlBarakbah Global Station Sdn Bhd.


Memang drama best dengan barisan pelakon seperti Aleza Shahdan yang cukup menjiwai watak dan Anne Abdullah yang cukup sombong tu.  Lagipun dah lama Dato Aaron Aziz tak berlakon dan watak dia pun lain dari biasa ditambah watak yang dipegang oleh Gambit Saifullah. Semestinya akan hit drama ni.


Umie Nadzimah ni antara penulis novel yang novelnya banyak di adaptasi ke Drama Melayu seperti Dia, Kebaya Kasut Kanvas, Jangan Ganggu Jodohku, Kerana Terpaksa Aku Relakan lakonan Amar Bahrin dan Izreen Azminda. 




Tonton Drama Suamiku Lelaki Pendosa

Pelakon: Aaron Aziz (Dean Illyas), Sophia AlBarakbah (Cahaya Malaika), Shima Anuar (Anggun Dania), Fauzi Nawawi (Firdaus), Gambit Saifullah (Izfairin), Aleza Shadan (Wahidah), Maria Farida (Datin Junaidah), Edika Yusof (Dato Seri Afnan), Hafeez Mikail (Hael Idris), Anne Abdullah, Michael Lean, Ungku Hariz, Kael (Nik Safri), Annie Mosha (Balqis), Faez Malek (Jerry), Fiza Thomas (Maya), Ieda Moin, Betty Banafee, Auni Zahra


Tarikh Tayangan: 9 Februari 2022

Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam

Rangkaian: Samarinda TV3

Skrip: Siti Jasmina Ibrahim, Ctna Marzuki, Eenaz Mokhtar

Penulis Novel: Umie Nadmizah

Pengarah: Eyra Rahman

Produksi: Global Station Sdn Bhd




Sinopsis Drama Suamiku Lelaki Pendosa

Kisah Dean Ilyas yang tampak sempurna namun cenderung kepada homoseksual iaitu hubungan sesama sejenis. Dean cuba berubah dengan bantuan dan sokongan isterinya Cahaya Malaika.


Cahaya Malaika dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh Encik Firdaus dan Puan Wahidah. Cahaya sangat rapat dengan kakaknya, Anggun Dania. Cahaya bertunang dengan lelaki pilihannya, Nik Safri.


Malangnya pertunangan mereka diputuskan selepas rahsia identiti Cahaya terbongkar. Malahan, Cahaya juga dihina oleh Nik Safri sebagai anak tak sah taraf. Sehubungan itu, hubungan Anggun dan Dahlia dengan ibu mereka juga menjadi renggang. Cahaya masih boleh berlapang dada dan berusaha untuk menerima takdirnya. Dia juga memujuk dan memberi semangat kepada ibunya yang sedang bermurung.


Tidak lama kemudian, Cahaya dipertemukan dengan Dean Ilyas yang bertindak sebagai hero untuk menyelamatkan Cahaya daripada terus disakiti oleh Nik Safri di kedai makan. Dean merupakan lelaki yang berbudi bahasa dan mempunyai aura tersendiri. Mereka berdua bertemu lagi ketika menemani orang tua ke sebuah majlis reunion. Ibu Dean, Datin Junaidah terus berkenan dengan anak sahabatnya dan bersungguh-sungguh untuk menyunting Cahaya sebagai menantu.


Cahaya berterus-terang tentang statusnya kepada Dean kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali. Dean sangat ikhlas dan bersedia menerima Cahaya seadanya. Dia juga bersetuju akan merahsiakan hal ini daripada pengetahuan keluarganya. Oleh itu, Cahaya bersetuju dengan lamaran daripada Dean.


Majlis perkahwinan Dean dan Cahaya bakal dilangsungkan oleh Datin Junaidah. Ketika kedua-dua keluarga gembira dengan penyatuan Dean dan Cahaya, kawan baik Dean iaitu Izfairin tidak bersetuju dengan pilihan Dean.


Selepas kahwin, pelbagai dugaan mula datang menguji. Cahaya yang dipergunakan oleh Datin Junaidah untuk menyelamatkan maruah keluarga dan egonya akhirnya bakal berhadapan dengan sejarah hitam Dean yang disimpan rapi.


Apakah yang bakal berlaku seterusnya? Adakah Cahaya dapat menerima dan memaafkan suaminya?



Sinopsis Novel Imamku Lelaki Pendosa

Hidup Cahaya Malaika yang bahagia dan ceria bertukar rentak selepas rahsia identitinya terbongkar. Dia bukan anak kandung Encik Firdaus yang penyayang itu. Lalu pertunangannya dengan Nik Safri diputuskan dan dia dihina sebagai anak tak sah taraf! 


Apakah dosanya? Kenapa dia yang harus menanggung akibat atas khilaf orang lain?


Tiba-tiba ibu Dean Ilyas bereya-eya hendak jadikan Cahaya sebagai menantu. Nak cepat pula tu langsungnya. Malah majlis besar-besaran sudah dirancang Datin Junaidah. 


Dean Ilyas yang serba sempurna dan miliki segala-galanya. Ikhlas menerima Cahaya seadanya tanpa mempersoal kisah silam dan status, walau diminta untuk nikah mengikut hukum secara rahsia. 


Rupa-rupanya Datin Junaidah ada agendanya. Cahaya yang cantik dan sangat baik itu hanyalah alat untuk menyelamatkan maruah keluarga dan menjaga egonya sahaja. Dengan harapan kehadiran Cahaya akan memisahkan Dean dari ‘Best Friend Forever’nya, Izfairin yang menjadi api dalam sekam. 


Bila Dean merayu supaya jangan tinggalkannya, maka Cahaya Malaika letakkan syarat. Dia mahu Dean mencintainya sebagai seorang isteri sepenuh hati kerana Allah, bukan berkongsi kasih dengan insan yang tak sepatutnya.


Tapi bagaimana dengan Dean? Apakah syarat Cahaya Malaika? Mampukah dia memenuhi permintaan dan syarat-syarat Cahaya? Sedangkan Cahaya telah berkorban seluruh jiwa raga demi mendampingi dan menyokong dirinya yang sering tersasar itu. 


Mampukah kedua-duanya menggapai bahagia yang sebenar pada akhirnya?



Lagu Tema (OST)

Fasa - Hazama feat Tuju 



Episod 1 - Drama Suamiku Lelaki Pendosa

Episod 2 - Drama Suamiku Lelaki Pendosa

Episod 3 - Drama Suamiku Lelaki Pendosa

Episod 4 - Drama Suamiku Lelaki Pendosa

Episod 5 - Drama Suamiku Lelaki Pendosa