Drama Dendam Seorang Isteri  | Adaptasi K-Drama popular, Temptation Of Wife telah mula disiarkan di Slot Tiara 105 Astro Prima pada 21 Mac 2022, hari Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang. Drama penuh konflik yang mengandingkan pelakon hebat seperti Fasha Sandha, Nad Zainal, Aidit Noh dan Wan Raja sebagai penerju utama. 


Drama Dendam Seorang Isteri dengan 80 episod ini  memaparkan bagaimana seorang isteri bertahan untuk mempertahankan cinta dan perkahwinan bersama suami dan percaturan yang dilakukan isteri walaupun semua di sekeliling membenci dan membuat pelbagai cara dibuat untuk memisahkan mereka. 


Mujur drama ni tak ada teaser macam drama Perempuan Itu lakonan Zul Ariffin, dan harapnya tidak lah ada adengan yang tidak sepatutnya dalam drama Melayu ini dan yang lain-lain lagi.



Drama : Dendam Seorang Isteri

Jumlah episod : 80

Mula siaran :21 Mac 2022

Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, jam 6:00 petang

Siaran TV : Slot Tiara Astro Prima 

Penulis Skrip : Lynnda Sharudin, Marr Mohamad, Pahzai Al-Khaired, Suzanna Zaily

Pengarah : Nizam Zakaria, Uchee Fukada

Produksi : Radius One Sdn Bhd


Senarai Pelakon Dan Watak

Fasha Sandha sebagai Amira (Angeline) | Wan Raja sebagai Harris (Marcel) | Nad Zainal sebagai Kirana (Heidi) | Aidit Noh sebagai Naufal (Nigel) | Syefik sebagai Syafiq | Amylea sebagai Neelisa | Zarynn Min sebagai Kak Baby | Ziema Din sebagai Datin Mona | Roy Azman sebagai Mus | Kween Keela sebagai Hilda




Sinopsis Dendam Seorang Isteri

Mengisahkan Amira, seorang gadis kampung, berkahwin dengan seorang jejaka daripada keluarga kaya, Harris dan menjalani hidup sebagai seorang isteri yang setia. Malangnya Harris tetap bersikap berfoya-foya dan tidak pernah setia. Keguguran pertama Amira membuatkan Amira tidak disenangi ibu Harris, Mona yang hanya pentingkan status dan kedudukan. Amira sering didera oleh Mona tetapi dia masih bernasib baik kerana bapa mertuanya, Mus prihatin terhadap kesusahan yang dihadapi Amira. 


Kemudian, adik angkat dan rakan karib Amira, Kirana pulang ke Malaysia dan terus menjalinkan hubungan sulit dengan Harris kerana dendam lamanya terhadap Amira. Syafiq, adik Amira telah lama jatuh hati dengan Kirana dan berharap Kirana dapat membalas cintanya. Namun kerana hubungan sulit Kirana dengan Harris, Kirana langsung tidak mempedulikan cinta Syafiq. Amira yang masih mengharapkan dirinya untuk hamil mula berprasangka kepada Harris apabila mendapati Harris sering mengelak daripada bermesra dengannya dan sering pulang lewat. Hasil siasatan Amira, Amira dapat rasakan yang Kirana terlibat. Tanpa memikirkan apa yang bakal terjadi, Amira nekad untuk pergi bersemuka dengan Kirana. 


Kirana tidak peduli akan perasaan Amira dan mengakui dia ada hubungan dengan Haris dan memaksa Amira untuk meninggalkan Harris. Dalam kesedihan, Amira kemudian mengetahui dirinya kini sudah hamil. Saat Amira merancang untuk membawa diri, satu masalah besar yang menimpa ayahnya membuatkan Amira terpaksa meminta bantuan kepada Mus untuk membantu ayahnya dengan syarat Amira bersetuju untuk terus kekal menjadi isteri Harris. Amira juga tahu yang Kirana tidak akan mengalah untuk merampas Harris daripada hidupnya. 


Kirana dan Harris akhirnya merancang untuk membunuh Amira walaupun Amira hamil. Amira yang disangkakan mati dalam sebuah tragedi telah diselamatkan oleh seorang lelaki bernama Naufal. Dialah yang memberi Amira semangat baharu untuk bangkit semula dan membalas dendam terhadap mereka yang memusnahkan kehidupannya. Lantas Amira menjadi Neelisa!




Sinopsis Drama Temptation Of Wife

Goo Eun-jae merupakan seorang pelajar lulusan dalam bidang kecantikan dan bakal melanjutkan pelajarannya ke Perancis. Namun, dia terpaksa melupakan impiannya itu apabila dia hamil selepas terlanjur dengan teman lelakinya, Jung Gyo-bin. Gyo-bin adalah anak orang kaya yang menguruskan syarikat hartanah terkenal di Korea. 


Mereka kemudian berkahwin. Bagaimanapun, perkahwinan tersebut merupakan kesilapan terbesar Eun-jae apabila dia dilayan ibarat orang gaji oleh ibu mertuanya, Baek Mi-in. Namun Eun-jae tetap bersabar dan menjalankan tugasnya sebagai isteri dan menantu yang baik buat kedua mertuanya.


Disebabkan kekejaman ibu mertuanya, Eun-jae mengalami keguguran dan sukar untuk kembali hamil. Hal itu kemudian membuatkan Gyo-bin mula bersikap dingin dengan Eun-jae.


Tujuh tahun kemudian, keadaan rumahtangga Eun-jae menjadi semakin keruh apabila kawan baiknya sejak kecil, Shin Ae-ri telah kembali dari Perancis. Ae-ri yang sememangnya cemburu dan berdendam dengan Eun-jae selama ini kemudian mula menggoda Gyo-bin. 


Hubungan sulit mereka akhirnya terbongkar apabila Ae-ri kembali dengan membawa seorang budak lelaki yang bernama Jung Ni-no. Ae-ri mengatakan bahawa Ni-no adalah anak hasil hubungan sulitnya dengan Gyo-bin. Eun-jae yang mengetahui akan hal itu berasa sangat sedih dan berasa dikhianati oleh kedua-dua orang yang disayanginya.


Eun-jae kemudian dipaksa oleh Mi-in agar menandatangani surat penceraiannya dengan Gyo-bin disaat dia tengah hamil kali kedua. Gyo-bin dan Ae-ri yang mengetahui akan kandungan itu kemudian menemui Eun-jae dan memaksanya agar mengugurkan kandungan tersebut. 


Eun-jae yang enggan menurut kemahuan mereka itu kemudian dihanyutkan ke laut. Ae-ri kemudian membuat surat palsu yang mengatakan Eun-jae membunuh dirinya lalu menghantar surat tersebut kepada keluarga Eun-jae.


Eun-jae kemudian diselamatkan oleh Min Gun-woo, yang juga kebetulan ketika itu sedang mencari adik angkatnya, Min So-hee yang membunuh dirinya dilaut yang sama dimana jasad Eun-jae ditemui. Gun-woo kemudian membawa Eun-jae ke hospital. Ketika sedar, Eun-jae menjadi sedih apabila dia mendapati dirinya keguguran buat kedua kalinya.


Hal itu membuatkan Eun-jae hampir membunuh dirinya namun dia segera membatalkan niatnya apabila dia bertekad untuk membalas dendam terhadap Gyo-bin dan Ae-ri. 


Kesempatan itu tiba apabila Eun-jae bertemu dengan Min Hyun-joo atau Lady Min, iaitu seorang wanita anggun dan kaya raya yang menguruskan Min Beauty Shop, iaitu sebuah syarikat kecantikan dan kosmetik yang terkenal di Korea. Lady Min adalah merupakan ibu kandung Min So-hee dan juga ibu angkat kepada Min Gun-woo, iaitu lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya sewaktu berada dilaut tersebut.


Lady Min yang mendapati nasib malang yang kini menimpa Eun-jae hampir sama dengan nasib malang yang menimpanya suatu ketika dahulu, membuatkannya bertekad untuk membantu Eun-jae membalas dendam terhadap keluarga bekas mertua Eun-jae itu. Ini kerana dia juga pernah mempunyai sejarah kelam dengan bekas bapa mertua Eun-jae, Jung Ha-jo. Eun-jae kemudian segera menukarkan penampilannya dan identitinya serta mula bekerja dengan Lady Min.


Eun-jae kembali dengan identiti baharu dan menyamar sebagai Min So-hee, iaitu anak kepada Lady Min. Penyamaran tersebut adalah untuk menjayakan rancangannya membalas dendam terhadap Gyo-bin dan Ae-ri. So-hee akhirnya bertemu semula dengan Gyo-bin di sebuah majlis tari-menari. 


Gyo-bin berasa terkejut apabila pertama kali menemui So-hee di majlis tersebut. Gyo-bin sempat curiga dengan So-hee namun So-hee berpura-pura tidak mengenali Gyo-bin. Ae-ri yang juga telah menemui So-hee juga berasa terkejut kerana wajah So-hee yang seiras dengan Eun-jae. Namun So-hee juga berlakon seolah-olah tidak mengenali Ae-ri dan mengatakan Ae-ri sudah menjadi orang tidak waras. 


Berjayakah rancangan Eun-jae untuk membalas dendam dan sekaligus melindungi identiti sebenarnya daripada terbongkar?