Bak kata orang, jangan dikacau dan di usik kucing yang tengah bergaduh dan itu yang berlaku pada Cik Meya hari Ahad lalu. Selalunya dia akan leraikan pergaduhan Boba dengan Cookie tapi kali ni entah marah apa si Boba atau dendam apa si Boba ni sampai digigitnya tangan Cik Meya.


Si Cookie sebenarnya cepat trigged walaupun dia dalam sangkar, Boba memang suka kacau tapi kali ni Boba kat dalam sangkar dan Cookie yang baru balik nak dimasukkan ke dalam sangkar. Memang akan take turns seperti tu supaya keduanya tidak bertembung kat luar.


Kucing


Memang terkejut tengok kesan gigitan si Boba dan DH sempat buat dressing simple sebelum kami ke Kelana Jaya untuk food review.


Bila ditanya kenapa Cik Meya tak tampar si Boba tu, dia cakap dia terkejut dan panik tapi masih sempat panggil Cik applepie. Memang dia tak sangka yang Boba akan gigit hingga teruk sekali tu


Cik Meya ni memang pencinta kucing dan memang rutin dia memberi makan, membersihkan sangkar, membersih tandas kucing dan cukup sensitif bila dengar bunyi kucing.  


Pening kekadang bila bermacam dia beli untuk kucing-kucing tu dan suka betul bawa kucing tidur sama. 



Selepas di cuci, doktor cakap memang kena jahit pada bahagian yang dalam tu. Memang nampak isi bila dia cuci.


Malang sekali tak boleh ambil video waktu dicuci dan dijahit, cuma boleh ambil gambar sebelum dan selepas jer.



Gambar pertama tu luka yang kena 3 jahitan, gambar tengah tu sebab tak dalam, jadi doktor cuma letak gam. Kata Dr Morishi, Cik Meya kena cuci luka ni 2 hari sekali dan 14 hari dari Ahad (20 Mac) kena datang balik untuk buka jahitan.



Ingatkan benang tu jenis dissolve rupanya tidak. So Cik Meya pastinya akan dug dag dug dag lagi bila tiba masanya untuk buka jahitan.


Lastly, kena la jab sejarum untuk elakkan kancing gigi dan menghindari apa yang tak sepatutnya berlaku.



Inilah si pelaku, Boba kucing jantan yang nakal suka kacau kucing lain. Anak Rey dari kelahiran kali ketiga.


Boba anak Rey dari kelahiran ketiga, Rey pun dah dineuter


Selalunya Boba ni akan dikurung waktu siang dalam sangkar dan dibiarkan bebas waktu malam atau sebaliknya. Tapi kalau dilepas waktu siang dia suka provoke Cookie, Coco dan Peanut sampai kucing-kucing yang lain takut dan terberak dikejar si Boba ni.


Coco hidap FIV bukan Diabetic


Dulu Boba memang kucing dalam rumah tapi sejak dia suka spray, terus biarkan dia kat luar.  Boba ni pula jenis yang akan makan makanan dekat rumah dan merayau tapi tetap balik. Dulu pernah sekali hilang 2 hari kot tapi hari ketiga tu dah ada balik.


Sejak hari Ahad hari tu, memang Boba terus kena kurung dalam sangkar sebab supaya Cookie dan lain-lain kucing boleh bebas tanpa ganguan manakala Coco dah hilang entah ke mana.


Apa pun Cik Meya memang tak serik dan semoga tiada infeksi lain harapnya.


Baca : 

Cara Memilih Makanan Kucing