Ulasan K Drama The Devil Judge (악마판사) Di Netflix -  Mesti Tonton  | Dah beberapa minggu terperap dalam draf sebab dok layan K Drama lain yang mengalirkan airmata. Ahh sengal sungguh bila dah terlayan back to back kat Neflix ni sampai terbabas kerja lain. Kali ni kisah kehakiman yang sangat moden dengan teknologi masa kini. Pasti ramai dah tonton kan.


Selesai menonton K Drama Bulgasal, KC sambung tonton drama Taxi Driver yang dia tak sempat habis, bukan KC Iman jer yang tak sempat habis, KY Amanda pun sama. So sempatlah saya buat kerja lain sementara nak join dia tonton drama lain.


Ulasan K Drama The Devil Judge (악마판사) Di Netflix -  Mesti Tonton 

Dalam dok scroll, nak tengok drama apa, saya tertarik dengan tajuk The Devil Judge dan bila buka jer, ehh ni pelakon K Drama Doktor John yang segak dan kacak tu walau tak ingat apa namanya.  Terus tak sabar nak tonton..gitu. So here we go, selesai sudah menonton drama The Devil Judge kat Netflix ni.


Pelakon Utama : Ji-sung (Kang Yo-han), Kim Min-jung (Jung Seon Ah), Park Jinyoung (Kim Ga On), Park Gyu-young (Yun Su-hyeon), Jeon Chae-Eun (Kang Elijah), Ahn Nae-sang (Prof Min)


Pengarah : Choi Jeong-gyu

Penulis Skrip : Mun Yu-suk

Syarikat Produksi:  Studio Dragon; Studio&NEW;

Distributor : tvN

Genre : Mistery, Legal Drama

Bilangan Episod :  16 episodes 

Tarikh Keluaran : 3 Julai 2021


Sinopsis K Drama The Devil Judge

Drama kisah serba moden dengan teknologi dan dunia alternatif (alternate universe) atau Korea versi distopia di mana seluruh negara menyertai perbicaraan dalam mahkamah menerusi siaran langsung (live). Dunia yang tidak pernah sunyi dari pemimpin yang tamak dan korup hingga menyusahkan rakyat dan negara. Kang Yo-han, ketua hakim yang cukup misteri, Jung Seon Ah, musuh ketat Kang Yo-han, pengarah di Social Responsibility Foundation (SRF) (bertanggungjawab dalam sosial korporat) 


Review Drama : The Devil Judge Tonton Di Netflix


Ulasan K Drama The Devil Judge (악마판사) Di Netflix -  Mesti Tonton 

Kang Yo Han seorang hakim golongan aristokrat dilantik mengendalikan rancangan pengadilan secara langsung (live) di kaca tv. Dia menghukum pesalah yang korup dan tamak tanpa belas dan cukup di sukai orang ramai dan diangkat sebagai hero. Semestinya rating menjadi tinggi apabila perbicaraan secara live disiarkan. Yo-Han seorang perahsia, turut menjaga anak perempuan tunggal abangnya Kang Elijah (Jeon Chae-Eun) dengan penuh kawalan, disayanginya tapi tidak pernah dipamerkannya malahan pembantu rumahnya Ji Young-Ok (Yoon Yee-Hee) sendiri mencurigai Yo-han.


Ulasan K Drama The Devil Judge (악마판사) Di Netflix -  Mesti Tonton 


Jung Seon-ah musuh Yo-han yang cantik dan licik, sangat berpengaruh dalam pelbagai lingkungan sosial seperti politik dan ekonomi. Di usia 12 tahun, dia pernah menjadi pembantu rumah Yo-han dan jatuh hati kepada Yo-han tapi tidak pernah dipeduli. Seorang yang bercita-cita tinggi dan sanggup membuat apa saja demi cita-citanya dengan bantuan pembantunya Jae-Hee (Lee-So-Young)


Ulasan K Drama The Devil Judge (악마판사) Di Netflix -  Mesti Tonton 


Kim Ga-on, hakim muda yang baru tamat belajar, direkrut menjadi pembantu kanan Yo-han. Wajahnya iras Issac (abang Yo-han) dan punya sebab tersendiri untuk bekerja dengan Yo-han.


Ulasan K Drama The Devil Judge (악마판사) Di Netflix -  Mesti Tonton 


Yun Su-hyeon, detektif muda yang tidak mempercayai Yo-han yang sedaya upaya mencari bukti kisah silam Yo-han. Dia merasakan Yo-han bersalah dalam kes kebakaran di gereja yang menyebabkan kematian abang Yo-han. Su-hyeon juga adalah kawan baik Kim Ga-on sejak sekolah yang selalu ada untuk membantu Ga-on sejak kecil sebab dia memang suka pada Ga-on.


Ulasan K Drama The Devil Judge (악마판사) Di Netflix -  Mesti Tonton 

Dipendekkan cerita Yo-han ni sebenarnya nak balas dendam pada Presiden Heo Joong-Se (Baek Hyn-Jin), isterinya First Lady Do Yeon-Jung, Menteri Kehakiman, Cha Kyung-Hee (Jang Young-Nam) Pengerusi Saram Media,Park Du-Man dan isteri Pi Hyang-Mi (Yoon Da-Kyung), Pengerusi Minbo Group, Min Yong-Sik (Hong Seo-Jun), isteri Kim Sang-Sook (Joo In-Young) yang cukup rakus dan tamak.


Yo-han ni kalau dilihat memang tak de rasa simpati pada pesalah yang diadilinya dengan menjatuhkan hukuman yang dilihat sesuka hati tapi penonton suka. Penonton boleh menghantar undian dalam aplikasi untuk setuju atau tidak akan hukuman yang akan dikenakan pada pesalah.


Pemimpin yang rakus sememangnya seronok sebab rancangan tu mendapat rating tinggi tapi bila hukuman dijatuhkan kepada Yoeng-min anak kepada Menteri Cha, membangkitkan kemarahan SRF terutama Menteri Cha. Maka terjadilah konflik dan rasa tidak puashati si ibu ni.


Insiden Yo-han mengambil Elijah yang tengah minum bersama Detektif Su-hyeon dan Ga-on membuatkan kedua mereka bertambah pasti pasti ada sebab kenapa Yo-han sangat mengawal pergerakan Elijah. Apatah lagi Ga-on pun pelik kenapa pembantu rumah tidak dibenarkan memasak dan tidak dibenarkan tidur di rumah agam tu.


Sebenarnya Yo-han adalah anak tidak sah taraf dan bapanya (bapa Issac) sendiri tidak menerimanya tapi Issac sangat sayang pada Yo-han. Memang sedih la kalau tengok zaman dia kecil tu...sobsss


Ada satu kejadian bila ada satu kawasan tu dikatakan dijangkiti virus hingga terjadi rusuhan tapi pihak kerajaan buat tidak kisah. Seperti mana berlaku masa kini, pemimpin yang jahat pun ada balaci yang dibayar untuk membuat kekacauan, macam tu juga yang ditunjukkan dalam drama ni. 


Memang cukup konflik dan sakit hati dengan pemimpin yang cuma tau nak kekayaan dan sanggup mencipta virus tanpa mempedulikan nyawa rakyat malah menjadikan rakyat miskin sebagai bahan ujikaji. Memang geram.


Kejadian Detektif Su-hyeon ditembak mati oleh pembunuh upahan yang menyebabkan Ga-on hilang semangat dan terus mencurigai Yo-han apatah lagi Prof Min menuduh pembunuhan tersebut berpunca dari Yo-han. Hasil siasatan Ga-on dia yakin Yo-han yang mengupah orang menembak Detektif serta membunuh abangnya.


Maka bermulalah konflik bila Ga-on berpaling tadah bila sesi hukuman Jukchang di kerusi elektrik hingga hukuman ditangguhkan dan Ga-on turut membuat kenyataan yang Yo-han memanipulasi pengadilan.


Part paling geram bila Ga-on menyerang Yo-han dan membuat laporan polis hingga Yo-han ditangkap. Si Seon-ah pula menunjukkan bukti kenapa Yo-han menutup rahsia pasal kebakaran. Memang rasa geram masa ni sebab Yo-han terpaksa memohon jangan ditunjuk dan dia memang tak nak Elijah tahu kisah sebenar.


Geram sungguh dengan Ga-on dan disebabkan rasa bersalah membuatkan dia terus menyiasat sendirian dan dapat memasuki hospital rahsia dimana rakyat dijadikan bahan ujikaji untuk virus.


Serius drama ni memang buat saya tak tenang dan berharap yang Yo-han bukan penyebab abangnya mati, penyebab kebakaran dan memang tak sabar tonton sampai habis.  Lebih stress bila episod 16 tu saya kena tunggu lebih 24 jam untuk ditonton.


Yo-han memang licik walau masuk pusat tahanan tapi dia ada idea untuk lepas dengan bantuan pengawal yang korup. Berita paling mengejutkan bila dia dikhabarkan mati dibunuh dan berita kematiannya semestinya mendapat liputan umum. 


Tapi sebenarnya dia sudah membuat pelan bagi memerangkap kesemua orang atasan yang terlibat di dalam kes ini termasuklah Jung Sun-ah. Hakim bijak tu sekali lagi berjaya menipu orang ramai kerana kepandaiannya dan membuatkan kesemua dalang itu terdesak untuk hidup.


To cut short, Yo-han dapat keluar pusat tahanan dan sempat menghalang Ga-on yang memasang bom jangka dibadan di samping Prof Min yang menipu tu.  Hero tu siap pakai baju kemas berkot tu. 


Para pemimpin korup dan tamat yang sedang berpesta di ruang pengadilan terkejut bila Yo-han muncul dan mendedahkan mengenai eksperiman manusia yang tidak berperikemanusiaan itu dalam satu siaran langsung. Seperti biasa Yo-han meminta undian untuk menentukan sama ada mereka bersalah atau tidak. Sekiranya undian mencapai 10 juta, kesemua mereka akan didakwa.


Dalam kelam kabut untuk selamatkan diri, semua berebut untuk keluar dan pengakhirannya Seon-ah mengambil keputusan untuk menembak dirinya. Manakala bilik itu meletup selepas undian mencapai jumlah 10 juta sekaliigus membunuh semua penjahat yang terlibat dengan eksperiman berkenaan.


Yo-han mati dalam letupan? Tidak, Ga-on sedar yang Yo-han selamat selepas nampak pelan bila balik ke rumah Yo-han


Masa menonton tu tertanya tenapa tak berubat di luar negara sebab Yo-han tu kaya. Rupanya Yo-han ingin mencuci bersih mereka yang tamak hingga membuatkan rakyat dalam kesusahan. Kesian dengan Seon-ah yang obses pada Tuan Muda Kang Yo-han tapi tak dipedulikan.


Yo-han dan Elijah berangkat ke New Zealand bagi mendapatkan rawatan terbaik kaki Elijah dan rahsia kematian kedua orang tua Elijah terus tersimpan rapi tanpa pengetahuan Elijah.


Mungkinkah ada musim baru K Drama The Devil Judge ni? kita tunggu je ya. Khabarnya aepanjang tayangan, ratingnya menunjukkan trend menaik hingga ke episod akhirnya, sekaligus mencipta rekod peribadi buat drama itu.


“The Devil Judge” ni merupakan siri yang disukai ramai peminat K-Drama, bukan kerana diterajui oleh Ji Sung, tapi plotnya yang mendebarkan membuatkan ramai yang tak sabar menanti episod seterusnya.


Sesiapa yang menonton pasti berpuas hati  dengan ending tu “The Devil Judge”?