Akhirnya selesai sudah menonton episod akhir, episod ke 16 drama Bulgasal : Immortal Souls.Tengok tajuk pun kita tahu drama ni adalah drama fantasi dan drama thriller fantasi ni memang cukup menarik untuk ditonton. Kalau nak diikutkan kami nak menonton sampai habis tapi episod 16 ni hanya dapat ditonton pada 7 Februari 2022. 


Secara jujurnya saya menonton drama Korea ni atas dasar melayan dan teman anak-anak yang menonton drama ni. Tapi bila dah tonton tu, terus melekat dan kalau boleh nak habiskan hari tu juga. Teruk ehh, ada tak sesiapa yang macam saya ni. Ni la penangan Netflix tanpa iklan tapi harus diingat kat Neftflix ni ada banyak cerita yang tak kena tapisan, so parents semua kenalah buat tapisan ya.


Baca : 6 Drama Bersiri Korea Best Ditonton

Mesti Tonton Drama Korea Bulgasal : Immortal Souls 

Sebelum tonton cerita ni, saya dah tonton Taxi Driver, We Are All Dead dan beberapa drama lain tapi  tak sempat nak buat ulasan sebabnya dah join 'the girls' tapi tunggu la kot kalau ada masa saya buat ulasan.


Barisan Pelakon : Lee Jin-wook (Dan Hwal) | Kwon Nara (Min Sang-un/Kim Hwa-yeon) | Gong Seung-yeon (Min Si-ho) | Lee Joon (Ok Eul Tae) | Kim Woo-Seok (Nam Do-Yun) | Jung Jin-Young (Kwon Ho-Yeol) | Park Myung-Shin (Lee Hye-Seok)


Korea Bulgasal : Immortal Souls mengisahkan Dan Hwal, manusia yang menjadi bulgasal 600 tahun dahulu setelah dia ditikam dan rohnya diambil oleh seorang bulgasal wanita. Setelah menjadi Bulgasal, dia tidak boleh mati dan tidak pernah berhenti mencari seorang wanita bernama Kim Hwa-yeon untuk membalas dendam. Wanita itulah yang mengambil rohnya serta membunuh isteri dan anaknya yang buta. 


Kisah reincarnation atau kehidupan selepas mati ni menjadi kepercayaan orang-orang Cina dimana mereka yang mati akan hidup kemudian nanti dalam kehidupan akan datang. Kalau yang jahat tu, bila dia hidup kembali akan jadi jahat dan sebaliknya.


Bulgasal : Immortal Souls

Kim Hwa-yeon yang masih bersekolah terpaksa melarikan diri dan menukar identiti bersama adiknya Min Si-ho, setelah kembarnya dan ibunya mati dibunuh.


15 tahun berlalu, pencarian Dan Hwal berjaya menemukan Kim Hwa-yeon yang bekerja di kedai dobi atas bantuan seorang detektif. Beliau melalui beberapa kali kehidupan semula hingga lupa asal usulnya apatah lagi dia lahir bersama seorang kembar di kelahiran terakhir.


Hasrat Dan Hwal ingin mendapatkan rohnya kembali terpaksa diketepikan buat sementara waktu kerana ada monster yang sering tampil ingin mengambil roh si gadis. Dan Hwal juga tidak menduga Min Sin-ho, isteri masa lalunya (Dan Sol) adalah adik kepada musuhnya. Sin-ho pula ada kelebihan istimewa yang membolehkan dia melihat masa lalu orang lain.


Bagi menyelamatkan si isteri masa lalunya, Dan Hwal membawa mereka tinggal bersamanya. Dan Hwal tidak tinggal berseorangan kerana adanya Lee Hye-Seok (ahli nujum pada 600  tahun lalu) yang di jumpainya dan tinggal bersama dengannya sejak remaja. Selain dari itu ada Detektif Kwon (bapa mertua Dah Hwal pada masa lalu) yang menjadi pegawai penyiasat kes pembunuhan kembar Kim Hwa-yeon dan Do-yun, budak remaja yang muncul dan tiada ibu bapa. 


Berlaku pelbagai kejadian dan kemunculan monster yang cuba membunuh Sang-un tapi diselamatkan Dan Hwal tapi Sang-un masih tidak ingat apa-apa langsung malahan Sang-un tiada tanda luka pada dada kirinya. 600 tahun dulu Dan Hwal sempat menikam Sang-un di dada kiri ketika Sang-un mengambil rohnya.


Kemudian muncul Ok Eul-Tae juga seorang Bulgasal yang penuh taktik malahan cukup suka kehidupan tanpa matinya dan dapat menikmati kekayaan dan kuasa. Dia berasal dari manusia tapi meminta untuk menjadi Bulgasal dari Dan Hwal, 1000 tahun lalu.


Bila ada Eul-Tae ni berlaku lagi pelbagai perkara sehingga Do-yun dihalau dari rumah kerana cuba membawa Sang-un kepada Eul-Tae yang memanupulasi tentang Sang-un yang dikatakan jahat. Tup-tup rupanya Do-yun adalah anak Dan Hwal yang buta. 


Hye-Seok, yang seakan kerasukan pula memberitahu, bila 'dia' ingat semula, mereka semua akan mati. Mungkinkan bila Sang-un ingat semula, dia akan bunuh mereka semua?


Dalam pada masa yang sama, ada kenampakan yang Sang-un sukakan Dan Hwal tapi Dan Hwal tu macam tak ada perasaan sebab nampak isteri zaman lalunya. 


Bagi memendekkan cerita, Sang-un dapat balik memori lamanya bila dia menikam dadanya tanpa sedar. Jadi flash back ke 1000 tahun lalu dimana semuanya terjadi. Ingatan Dan Hwal 600 tahun lalu bukanlah kisah paling awal tapi  sebenarnya 1000 tahun lalu dimana kedua-duanya (Dan Hwal dan Min Sang-un) adalah bulgasal. Si gadis kemudiannya hidup dalam masyarat manusia biasa apabila menjumpai seorang kanak-kanak perempuan (Si-ho) dan adik lelakinya (Do-yun) yang masih kecil hingga mereka menjadi dewasa dan hidup dalam kebahagiaan.


Suatu hari Hwa-yeon ditangkap kerana dituduh membunuh anak seorang ketua (adik Eul-Tae) hingga Dan Hwal muncul dan membunuh serta menghisap darah kerana mereka ingin membunuh kekasihnya, Hwa-yeon. Sebenarnya anak kesayangan ketua tu dibunuh oleh abangnya Eul-Tae (anak isteri pertama) yang disisihkan si bapa dan meminta menjadi Bulgasal dari Dan Hwal.


Kisah 600 tahun dulu yang diingati Dan Hwal, membesar tanpa ibu yang mati akibat gantung diri dan ayahnya melarikan diri kerana ahli nujum mengatakan Dan Hwal adalah anak yang disumpah. Dia diambil oleh Panglima tentera hingga dewasa dan berkahwin dengan anak panglima tentera (bapa mertuanya dan Detektif Kwon). Dan Hwal yang kemudian menjadi Bulgasal ni diminta mertuanya untuk tidak membunuh manusia apalagi meminum darah manusia. 


Bulgasal ni macam drakula pun ada, macam beast pun ada, macam zombie pun ada sebab dia bunuh orang, hisap darah orang kat tengkok dan ada kalanya merobek perut orang. Tapi Dan Hwal ni Bulgasal hensem 


Berbalik pada zaman sekarang dan dipendekkan cerita, Dan Hwal dan Sang-un bertungkus lumus cuba menewaskan Eul-Tae hingga berjaya tapi Hye-Seok, Detektif Kwon turut terkorban. Dan Hwal akhirnya membunuh diri kerana dia pernah bersumpah yang Si-ho  tidak akan dapat mengandung dan adiknya akan buta (budak perempuan dan adiknya yang dijaga Hwa-yeon). Sekiranya dia tidak mati, sumpahan tu akan terus berlanjutan.



Part sedih bila Sang-un juga meninggal dunia, maka tinggallah Si-ho dan Do-yun di rumah Dan Hwal dengan harapan kesemua mereka akan berjumpa lagi. Si-ho melahirkan anak perempuan, Do-yun berkahwin dan keluar dari rumah tapi Si-ho tetap setia menanti si kakak walau anaknya yang sudah dewasa mengajak untuk tinggal bersama.


Selepas 50 tahun, Si-ho mendapat perkhabaran yang Sang-un telah diumpai tapi dia sendiri telah uzur dan tua. Sang-un kembali ke rumah Dan Hwal apabila mendapat gambar rumah dari kiriman pos dan bertemu Dan Hwal yang juga tiba untuk membeli rumah tersebut. Tapi mereka tidak mengenali satu-sama lain. Ahh sweet kan.

Mesti Tonton Drama Korea Bulgasal : Immortal Souls 


Kesimpulannya : Memang recommended untuk tonton cerita ni tapi bukan dengan anak-anak sebab banyak babak pembunuhan. Walau cerita tu agak 'topsy turvy' tapi saya enjoy sebab saya suka cerita macam ni. Tiada scene romatik tapi feeling tu ada.


Lagi satu, saya cukup suka tengok Dan Hwal pada zaman dulu sebagai pahlawan dengan rambut panjang berbanding Dan Hwal zaman moden ni. Fuhh macho dan seksi..adehh.