Makan Buah Stey Cicah Garam Belacan | Bila tengok buah ni, pasti ramai yang beranggapan ni buah setoi atau buah sentul kan. Jangan tersilap walau nampak sama tapi ini adalah buah stey bukan buah setoi. Buah Stey bila masak berwarna KUNING dan buah Sentul bila cukup masak ranum berwarna  KUNING OREN. Nampak serupa tapi tak sama, hanya yang arif lebih mengetahui.


Waktu umi share kat FB semalam, ada yang tak kenal buah ni, ada yang ingat buah ni buat setoi dan ada yang dah lama tak makan buah ni. Mujur tak ada yang mengidam, kalau tak jenuh la umi rasa bersalah. Memang susah nak dapat buah ni sebab difahamkan buah ni boleh didapati dalam bulan Mei, Jun dan Julai. Kalau ada pun dijual dalam bentuk jeruk.


Makan Buah Stey Cicah Garam Belacan


Dari tempat DH park kereta menuju ke Nat, umi nampak dah pokok buah stey yang tinggi menyaup kat seberang jalan dengan kelihatan buat stey kuning. Memang tinggi sungguh! Eh sebenarnya tak tahu pun tu pokok stey tapi lepas dah beli buat stey ni dan tunjuk kat DH waktu jalan balik ke tempat letak kereta tu baru umi tahu. Noob sungguh oran KeyEll ni kan.


Makan Buah Stey Cicah Garam Belacan


Hajat DH nak bawa kami sarapan bihun sup Kodiang di Nat Pokok Getah ni terlaksana dan memang jenuh la kami berjalan tengok pelbagai jualan menarik kat sini. Nanti umi cerita kat entri yang lain


Nat Pokok Getah ni beroperasi pada hari Jumaat dan Ahad sahaja hingga waktu tengahhari dan terletak di Arau, Perlis. 



Pengalaman Makan Buat Stey Pertama Kali

Mestilah dah jatuh cinta, nak-nak pula DH yang tolong siapkan segala!

Makan Buah Stey Cicah Garam Belacan

Waktu nampak longokan buah-buah kat satu gerai tu, terus umi tanya buah apa dan bila budak yang jual tu cakap buah Stey dan diberikan rasa buah ni, terus la umi minta 1 kilo yang berharga RM10. Kata DH nanti balik KL dia buatkan cicah garam belacan. 


Buah ni kena dikupas kulit luar yang agak keras yang sekali tengok macam buat dukong ni. Lepas tu isi dalam tu di cincang supaya senang bila nak kopek dan cicah dengan garam belacan.


Kalau tengok isi pada biji tu macam buah manggis tapi lebih besar malahan isi pada biji ni memang melekat. Bagi umi rasa isi ni manis tapi tidak semanis manggis tapi sedap sebab tak kelat dan tak masam



Petang semalam dan petang tadi, umi dan DH layan menyicah buah stey ni, memang sedap sangat nak-nak pulak DH yang buat garam belacan dan siapkan semuanya, umi cuma sua tangan dan cicah buah yang dah dipotong. Nikmat!


Rasa nak pergi balik kampung dan beli buah stey ni lagi sebab buah ni dah habis!


Resepi Garam Belacan

Bahan :

1 tangkai cili kering

2 -3 biji cili api

2 sudu besar belacan

1/2 cawan kicap 

2 sudu besar gula / gula kabung


Cara penyediaan :


  • Masukkan belacan, cili padi dan garam dalam lesung, tumbuk sampai lumat, keluarkan masukkan dalam mangkuk. Kalau guna gula kabung, boleh tumbuk sekali


  • Masukkan kicap dan gaul rata dan kemudian masukkan gula putih, kacau hingga sebati.


  • Kalau nak tambah kicap, terpulang dan ikut selera masing-masing. 


  • Kalau nak makan, kopek buah stey yang dicincang tu dan cicah. Memang nikmat sungguh!

Atau anda boleh curahkan garam belacan ke atas buah stey dan perap dalam 30 min dalam peti sejuk, keluarkan dan makan.