Dah beberapa hari Angah Ammar minta si adik buat booking di Thai Pan tapi tak boleh nak confirm sebab LeyRas ni semua busy. Ayong busy sebab sebab kerja, Kak Yang Amanda pun kerja, Kak Cik Iman pula masih di Shah Alam dan DH sendiri sibuk dengan kerja luar kawasan. Cik Meya dan cikapplepie memang free selalu samalah macam umi kan


Bila semua dah berkumpul jadi dapatlah kami set tarikh dan masa tapi Thai Pan pulak tutup, jadi Angah Ammar suruh booking di Rot Thai Wangsa Maju jer. 


Rot Thai Buffet Steamboat & Grill


Rot Thai Buffet Steamboat & Grill – Thai Steamboat Buffet yang kami kunjungi malam tadi tu terletak di Plaza Wangsa Maju. Di kawasan yang sama ada Hedgeford Condo. Kalau nak tau lebih detail ia terletak sebelah Rumah Makan Cibuik dan berdekatan dengan Richiamo Coffee. Rasanya cukup untuk sesiapa yang nak ke sini boleh waze tempat-tempat tu kalau tak jumpa Rot Thai ni tapi tak mungkinlah tak jumpa.


Harganya hanya RM30 seorang dan anda boleh nikmati hidangan Thai steamboat & grill tanpa had. Kiranya boleh makan sampai pengsan. Eh jangan buat gitu ya sebab makan dengan kadar yang banyak boleh mengundang bahaya pada kesihatan badan.


Laju jer cikapplepie jadi tukang buat tempahan dengan whatsapp je pun dan dapat pengesahan segera tanpa perlu buat panggilan pun. Jadi warga Kuala Lumpur yang suka makan steamboat dan grill ni boleh datang cuba makan kat sini.



Apa yang boleh dimakan kat Rot Thai Buffet Steamboat & Grill – Thai Steamboat Buffet


Segala macam seafood, ayam, daging, ikan, lala, sayuran dengan pilihan sup dan tom yam. Som tam, kerabu maggi, Thai green tea, kebab, ais krim dan pelbagai menu sedia ada juga tersedia.


Dekat sini kita boleh makan 2 dalam 1 iaitu Steamboat dan BBQ GRIL. Terdapat dua pilihan sup samada sup ayam dan tom yam




Terdapat daging black pepper, ayam, ikan dan segala macam makanan laut serta sayur-sayuran. Kalau nak makan nasi goreng, nasi putih, mee goreng atau kerabu maggi pun ada.

Pilihan minuman pula ada air sirap, air sirap bandung, air mangga dan air masak

Sos pula ada 3 pilihan iaitu 🍯 Special home made thai sos 🍯 Seafood thai sos  🍯 Steamboat sos

Desert dan ais krim pun ada.


Sebenarnya saya langsung tak bangun pun dari kerusi sebab sibuk menggrill makanan dan makan. Lagipun ramai sungguh penggunjung kat sini apatah lagi kalau nak ambil makanan. 


Overall memang puashati dengan makanan tu walau ada komen yang saya dengar butter yang digunakan tu bukan butter tapi margerin. Ni memang saya akui dan bagi saya sebaiknya pihak kedai tu sediakan air minum dalam jug di atas meja jadi pelanggan tak perlu bangun untuk ambil air dan terpaksa menunggu kerana gelas tidak mencukupi.


Alhamdulillah, moga dimurahkan rezeki Angah Ammar yang belanja kami dan kawan dia tu.