PBAKL 2022 Mengubat Rindu Nak Bau Buku Baru Di Pesta Buku - IAMFUZY™ Malaysia Lifestyle Blog

TERKINI

Post Top Ad

PBAKL 2022 Mengubat Rindu Nak Bau Buku Baru Di Pesta Buku

Hari Sabtu yang cukup memenatkan sebab DH ada shooting fragmen kat Banting. Walau tak keluar daerah tapi bila DH tak de tu memang menambahkan kerja. Mana taknya kena ke pasar sendirian atau dengan anak-anak ni tak sama kalau DH tak ada. 

Lebih meletihkan bila jadual Sabtu berubah, bila abang yang sulung yang sepatutnya meng ambil giliran menemani bonda, ada buat jadual lain dan balik awal. Fuhh, dah lah weekdays memang berulang ke rumah bonda selain tidur pastu jadual hujung pulak terganggu. Stress la juga. Rasa nak marah tapi kena sabar.


Tapi dalam penat dan stress tu, Ayong Azmer yang tahu umi dia ni nak ke PBAKL 2022, siap offer nak jadi driver. Jadinya kami pergi berempat, Ayong dan kawannya, saya dan cikapplepie.



Awalnya nak pergi ke PBAKL ni nak tren saja sebab memang sedia maklum parking memang susah tapi bila Ayong offer nak bawa, pucuk dicita ulam mendatang bak orang mengantuk disorongkan bantal.


Memasuki dari pintu masuk tu terus cari booth Prolog Media ni. Jangan ingat saya tak congak tau, siap congak, kali bahagi tolak campur tu semua ada tapi kalau nak baca naskah yang menarik, apa salahnya sesekali kita spend kan.


Sambil kita membeli, ianya juga memberi pendapapatan kepada penulis untuk kesinambungan hidup dan terus berkarya.


Selain kat booth Prolog Media, saya jengah juga booth Love Novel, Karya Seni, Karangkraf dan beberapa booth lain.



Sempat singgah kat booth Sasbadi dan cikapplepie tunjukkan buku GALUS ni, ingatkan apalah rupanya GALUS bermaksu GAGAL LULUS. Tetiba rasa noob tentang pembelanjaran anak-anak terutam time cikapplepie ni




Dah kepenatan naik sampai ke tingkat 3 dan turun balik melilau cari buku berdasarkan penulis favorite tapi bila tengok tajuk, terus jadi lemah.  Saya kurang berminat dengan novel yang menggunakan nama gah atau nama omputih ni dengan kisah kaya raya sebab nanti akan potong feeling membaca. 


Mungkin sebab makin tua, makin rasa nak baca sesuatu yang lojik dan bukan kisah kayangan.


Tadaaaa...nilah dia buku-buku yang sempat dicapai dan usah ditanya berapa yang hangus ya. Mujur ada beberapa buku lagi akan sampai keesokan harinya (hari Ahad) kalau tak memang rentung dan kena ikat perut terus hehe.


By the way PBAKL 2022 masih berlangsung sehingga 12 Jun ni, terasa macam nak jengah lagi tapi takut pulak budget boleh bertempiaran lagi. Tengoklah nanti macam mana kan.

4 comments:

  1. saya suka juga buku dari Prolog Media, best dan unik jalan ceritanya :)

    ReplyDelete
  2. Moga Allah beri ganjaran atas kepenatan Puan Fuzy.
    Hehe saya pun cari buku yang berpijak di bumi nyata.

    ReplyDelete
  3. Seronoknya dapat ke PBAKL! Kalau dekat mau saya pergi jugak ni.
    Banyak hasil tangkapan tu, tebal, mesti kempis jugak poket yang tebal. Hehe

    ReplyDelete
  4. Seronoknya! saya tak sempat hari tu nak pergi. Berkira-kira nak pergi ke tak sebab anak tak berapa sihat. Enjoy reading your books! -NanyFadhly-

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Post Top Ad