Ucapan Selamat Hari Bapa - IAMFUZY™ Malaysia Lifestyle Blog

TERKINI

Post Top Ad

Ucapan Selamat Hari Bapa

Ucapan Selamat Hari Bapa  | Bapa, suatu jawatan yang tanpa perlu secara otomatik di sandang oleh seorang lelaki bila dia mengambil tanggungjawab keatas anak-anaknya. Abah, Ayah, Bapa, Walid, Daddy, Papa atau apa saja panggilan buat seorang lelaki, itulah suatu penghargaan buat mereka.


Alangkan indah jika kita sebagai anak menghargai jasa dan pengorbanan seorang bapa dengan memberikan ucapan indah supaya mereka tahu bahawa kita menghargai mereka sepertimana mereka mengasihi kita. Moga ucapan ini akan menambah keceriaan buat mereka.




Hari Bapa atau Father’s Day di Malaysia disambut pada minggu ketiga bulan Jun dan bakal disambut pada 19 Jun 2022 (Ahad).


Memuliakan seorang bapa atau kedua ibu bapa tidak terbatas pada hari-hari yang tertentu kerana ianya berpanjangan sepanjang hayat.



Contoh Ucapan Selamat Hari Bapa 


1. Setiap penat lelahmu, setiap titik peluhmu, jasa dan pengorbananmu tak terhitung. Tak pernah berkira walau sekalipun. Dialah insan paling ikhlas. Terima kasih Abah


2. Setiap penat lelahmu, Setiap titik peluhmu, Jasa dan pengorbananmu tak terhitung, Tak pernah berkira walau sekalipun, Dialah insan paling ikhlas. Terima kasih Ayah.


3. Setiap penat lelahmu, setiap titisan keringatmu, setiap jasa dan pengorbananmu, akan kami kenang sampai bila-bila. Terima kasih atas kasih sayang yang telah kau berikan kepada kami. Selamat Hari Bapa, We Love You, Ayah.


4. Ayah, terima kasih kerana telah membentuk kami menjadi seorang yang cekal hatinya. Setiap nasihatmu akan kami ingati. Berkat ketegasanmu dalam mendidik telah menjadikan kami berjaya pada hari ini. Terima kasih, Ayah. Hanya Allah saja yang dapat membalas segala kebaikan Ayah kepada kami.


5. Ayah! Biarpun diri ayah telah tiada, namun pengorbanan dan perjuanganmu tetap anak-anakmu kenang. Ayah tidak pernah mengeluh, malah sentiasa tabah dan tenang. Terima kasih Ayah.


6. Terima kasih ayah atas jasa, keringat dan pengorbananmu membesarkan kami.


7. Ayah, Tiada ucapan melainkan titipan doa buat ayah. Ayah pergi membawa separuh dari jiwa kami, kami semua rindu belaian dari seorang ayah. Selamat hari bapa buat ayah. Moga di sana nanti kerinduan ini akan temu penamatnya. Al fatihah untuk ayah dan semua yang telah pergi.


Ucapan Buat Bapa Yang Telah Pergi Ke dunia Abadi


8. Ayah, walau ragamu tak lagi di sisi, walau kita tidak lagi berpijak pada bumi yang sama, dan walau kini kita telah berbeda dimensi, aku percaya di suatu tempat sana doa dan harapan tulus kami akan selalu sampai padamu melalui tuhan. Selamat Hari Bapa. Moga dikau tenang disana. Tetaplah tersenyum di pangkuan illahi.



9. Selamat Hari Bapa. Kepada ayah tersayang yang telah terlebih dahulu pergi, tersenyumlah dikau di syurga. Ayah, kehadiranmu terasa begitu singkat di hidupku. Sesungguhnya tuhan memiliki rencana yang lebih indah untukmu. Al fatihah untuk ayah dan semua yang telah pergi.



Semoga ucapan indah dalam menghargai seorang bapa akan menambah kegembiraan buat mereka. Hargai mereka hari ini kerana suatu hari nanti kita juga akan menjadi seorang bapa yang juga ingin dihargai atas pengorbanan dalam membesarkan anak-anak.

2 comments:

  1. selamat hari bapa untuk semua bapa di dunia

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiap2 hari hari bapa kan Dana...cuma tarikh ni ada yg sambut extra special, kalau hari2 special mau bangkrap bank hehe

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Post Top Ad