Makan Malam Di Mee Daud Mat Jasak  | Ramai dok kata kalau  pergi Ipoh jangan lupa singgah makan mee kari di Mee Daud Mat Jasak, bukan orang lain atau Liez jer yang kata tapi DH yang kerap ke Ipoh pun cakap macam tu. Ada juga sekali dua attempt kami nak menjamu selera di sini tak kesampaian.  Tu cerita lama dulu dan keinginan untuk cuba makan di kedai makan popular ni akhirnya terlaksana.


Hari Jumaat lepas, kami sekeluarga balik Kedah sebab abang ipar nak buat perjumpaan di kampung. Abang ipar ni dah bermastautin di Johor dan dah lama sangat tak balik kampung, kiranya sejak FiL dah meninggal rasanya. Bukan dia tak rindu tapi jauh kot dan dia pun bukan la muda lagi.


Kami bertolak dari KL dalam jam 2.15 petang lepas cikapplepie balik dari sekolah dan saya sendiri balik dari rumah bonda. Kami balik berenam beranak jer sebab Angah Ammar tak boleh cuti dan Kak Cik Iman pun baru bekerja.


Tak sangka sungguh lebuhraya ke Utara ni banyak betul kereta walau masih awal waktu kami mulakan perjalanan. Malahan lori treler pun banyak dan laju sungguh dengan hujan yang turun, memang umi tak lelap pun.


Makan Malam Di Mee Daud Mat Jasak 


DH syorkan nak dinner di kedai makan Mee Daud Mat Jasak tapi risau kalau dah tutup, jadi Ayong pun mengoogle tapi encik google bagi lokasi yang bukan kedai yang DH biasa makan. Ha'ah memang salah pun tempat tu, rupanya ada kedai lain dengan nama sama. 


Ni kes unifi yang makin parah servisnya. Jadi umi pulak buat minta pertolongan encik Google dan semestinya dapat lokasi sebetulnya.


Makan Malam Di Mee Daud Mat Jasak 


Masa kami sampai tu dalam 7.30 tu memang penuh dan tak ada ruang kosong langsung, mujur DH tak kata jom ke tempat lain. Apa pun kena bersabar dan tunggu hingga ada tempat kosong untuk kami 6 orang dan lepas kami sampai pun masih ramai yang beratur.


Makan Malam Di Mee Daud Mat Jasak 

saya dan Ayong pilih nak makan mee kari. Ingatkan mee kari ni akan ada fish ball, kerang atau isi ayam tapi tidak. Mee kari ni hanya ada mee, taugeh dan kuah kari yang sedap (4*), tidak pedas, macam mee kari kedai cina  sebab tu pelanggan Mee Daud Mat Jasak ni terdiri bukan orang Melayu tapi bangsa lain juga. Kiranya memang ikut taste orang ramai dan wajarnya menjadi popular.


Makan Malam Di Mee Daud Mat Jasak 

Kak Yang memilih kuetiaw kari dan ditambah fish balldan fish cake. Ni bukan yang standard rupanya macam yang saya makan tu, walau standard tapi habis tak tinggal isi.


Makan Malam Di Mee Daud Mat Jasak 


DH pula makan mee kicap dengan sup walhal dia sebenarnya nak makan wantan mee. Saya sempat la merasa mee kicap ni, memang macam mee kicap kedai cina la yang pernah saya makan lama dulu. Apa pun mee kicap ni pun sedap.


Makan Malam Di Mee Daud Mat Jasak 

Cik Meya pula makan sotong kangkung, kuahnya sedap tapi lagi sedap kalau ditabur kacang tumbuk goreng. Mujur sotong basah tu pun lembut jer. 


Cikapplepie pula nak nasi goreng tapi kata Ashraf (yang ambil order) kalau goreng-goreng akan lambat sebab order dari Grab. Tapi waktu dah orang dah mula agak reda, dia tanya nak nasi goreng apa tapi Ayong dah belikan nasi goreng kat kedai makan kepunyaan pakciknya kat sebelah.


Nak tau berapa belanja hangus makan malam kami termasuk 1 teh tarik, 1 neslo, 2milo ais, 1 air suam, 1 limau suam? Hanya RM55 dan cukup mengenyangkan untuk kami meneruskan perjalanan ke utara 


Jadi sesiapa nak makan mee kari kat Mee Daud Mat Jasak ni jangan silap bila waze, pastikan alamat yang tertera tu ialah No 1 &, 2, Jalan Dato Onn Jaafar, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak. Lagi satu kalau nak tau betul ke tak kedai ni, tengok kat sebelah tu ada Kedai Makan Haji Yahya yang dibuka waktu siang je.


Makan Malam Di Mee Daud Mat Jasak 

Ipoh ni kaya dengan bangunan zaman kolonial dan ni salah satu bangunan warna pink berdekatan kedai makan Mee Daud Mat Jasak. Kalau nampak bangunan ni sebelah kanan, kedai mee kari ni kat sebelah kiri tak sampai 5 minit.


SEJARAH MEE DAUD MAT JASAK

Dari apa yang saya baca, kedai ni dinamakan Mee Daud Mat Jasak sempena nama datuk Ashraff ni yang merupakan pesara polis hutan dan berkawan dengan seorang lelaki Cina dan belajar menghasilkan mi kicap dan mi kari daripada teman rapatnya itu. Akhirnya arwah datuk buat keputusan nak buka gerai kecil menjual mi. Malahan tapak gerai sekarang ni adalah tapak asal gerai milik arwah datuknya.


Rupanya perniagaan mee kari ni dah memasuki 3 generasi dengan resepi turun-temurun dan perusahaan ini dijalankan sejak tahun 1970 


Nama asal Mee Daud Mat Jasak ialah Gerai Makanan & Minuman Haji Daud Mat Jasak atau lebih popular dikenali sebagai Gerai Mee Mat Jasak.


Menu utama yang sering mendapat perhatian pengunjung termasuk masyarakat Cina ialah mi kari, mi kicap dan kuetiau goreng kerang.


Jadi memang recommended buat peminat mee kari, mee kicap atau menu lain macam kami makan malam di Mee Daud Mat Jasak Ipoh ni.


Alamat : 

No 1 &, 2, Jalan Dato Onn Jaafar, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak.