Bekalan Ubatan Buat Bonda Dari Hospital Tunku Mizan | Minggu lepas bonda buat check up di Hospital Tunku Mizan kali ke berapa yang dah tak terkira tapi tak pernah umi buat sebarang entri. Kalau beberapa bulan dulu, tugasan menghantar bonda ni memerlukan 2 orang sahaja iaitu Kak Ndak dan adik tapi kali ni perlu 3 orang sebab bonda makin tidak larat.


Rutin Pemeriksaan Doktor 

Kalau dulu, adik akan bawa kereta dan Kak Ndak akan jaga bonda dari berjumpa doktor hingga selesai dan adik akan tunggu untuk jemput bila selesai. Kali ni 3 orang diperlukan sebab umi akan bawa Kak Ndak dan bonda sementara adik akan bantu untuk memastikan bonda dapat naik ke kereta umi dan kemudian tunggu di HTM untuk bantu menurunkan bonda.


Seperti biasa Kak Ndak akan sediakan air mineral atau kuih atau cekodok untuk buat lapik perut sebab proses untuk berjumpa doktor tu sangat lama. Bayangkan kalau temujanji jam 10 pagi dan bonda akan menunggu lebih 5 ke 6 jam  sebelum dipanggil untuk diperiksa. Paling cepat jam 3.30 petang baru boleh selesai dan kemudian dapat slip untuk ambil ubat.


Tapi bab ambil ubat ni memang umi yang akan lakukan atau dulu Angah Ammar akan bantu sebab dia kerja dalam HTM. Kalau Kak Ndak nak ambil ubatan tu semua, rasanya jam 5 baru selesai dan pastinya bonda dah kepenatan sangat.


Ubat Untuk Bonda
Bekalan Ubatan Buat Bonda Dari Hospital Tunku Mizan


Jadinya keeseokan hari atau sehari selepas tu baru umi mulakan tugas mengambil ubat. Nak dapat parking pun bukan mudah kat sini tapi lebih selesa sebab dekat dengan rumah. Kalau nak cepat kena pergi dalam jam 9 sebab pesakit yang ada temujanji masih tak ramai ke kaunter ubat.


Kalau ambil ubat bonda ni umi kena ambil di kaunter ubat pesakit luar dan kaunter ubat di bahagian veteran. Kedua tempat ni memang kena ambil nombor dan menunggu. Lama atau tidak bergantung berapa ramai yang menunggu dan berapa ramai di kaunter.


Sesiapa yang pernah ke Hospital Tuanku Mizan ni jangan risau bab makan sebab kat kantin di sini memang sedap-sedap juadah yang dijual cuma dah lama bonda tak ke sana sebab untuk ke sana akan mengambil masa dan bonda pun kalau makan pun agak perlahan. Bimbang juga terlepas  bila nombor dipanggil, Memang jenuh nak menunggu lama lagi.



Nak tahu ubatan apa yang bonda harus makan?


Bekalan Ubatan Buat Bonda Dari Hospital Tunku Mizan


Talbina - makanan sunnah baik untuk kesihatan


1. Mecobalamin (methylcobal)

Kegunaan : Saraf

Pengambilan : 1 biji sekali makan 1 kali sehari selepas makan



2. Bromhexine HCL 8 MG Tab (Bisolvani)

Kegunaan : Cair Kahak

Pengambilan : 1 biji untuk 3 kali sehari



3. Calcium Carbonate 500 MG Tab

Kegunaan : Tulang

Pengambilan : 1 biji x 1 kali makan bersama makanan


4. Cartril-S 500mg capsule

Kegunaan : untuk tulang (Osteoarthritis)

Pengambilan : 1 biji untuk 2 kali sehari


5. Calcitrriol 0.25mg

Kegunaan : untuk tulang

Pengambilan : 1 biji x 1 kali lepas makan


6. Lyrica

Kegunaan : ubat tahan sakit saraf (penenang)

Pengambilan : 1 biji untuk 1 kali makan (malam)



Tu baru ubat dari Hospital Tunku Mizan yang merawat bonda untuk sakit tulang belakang dan nanti umi kongsi ubatan apa yang perlu bonda makan bila berjumpa doktor di Klinik Kesihatan Setapak.



Okay, next tarikh untuk ambil bekalan ubatan buat bonda pada 8 September 2022. Harapnya umi tak lupa tapi kalau lupa sehari dua, masih ok selagi ubatan masih ada kan.